Gelombang Rakyat

BLOW - Menjelang 9 Mac 2009 - Musuh Dalaman Akan Mula Bentis Najib

Malaysian Minister of Defense, Najib Razak, pi...Image via Wikipedia

Cucu Cina AchehZiZi,

Cucu Tok Acheh Pedagang Cina

Ahli BLOW - Blogger Wawasan
Prima Maya Bloggers Network @ Selangor Malaysia

Keputusan PRU 12 menyaksikan Mohd Najib Abdul Razak perlu turut bertanggungjawab sama. Namun bedalan dentuman kuat disasarkan kepada Abdullah Ahmad Badawi.

Namun, kekalahan teruk Barisan Nasional di P 44 Permatang Pauh, dan terutamanya di P 36 Kuala Terengganu, ramai mula nampak Mohd Najib Abdul Razak tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Mohd Najib Abdul Razak perlukan suatu kezutan. Namun, rampasan Perak amat keji. Beginikah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak? Hancor Yeop!!!

Mohd Najib Abdul Razak dan rakan sewaktu dengannya merasa sungguh seronok dengan mainan keji ini. Namun kredibiliti Mohd Najib Abdul Razak sudah tercalar. Kredibiliti UMNO BN terjejas. Namun, Mohd Najib Abdul Razak turut babit dan bakal cemarkan Istana Perak.

Segala usaha kini ialah untuk menggunakan lagi Istana supaya pemimpin, parti, dan pakatan disalahkan.

Berhati-hatilah dengan due process. Ubah Reformasi kepada Transformasi.

Namun, saya menjangkakan Mohd Najib Abdul Razak akan ditumbangkan dari dalam UMNO BN. Musuh politiknya dalaman UMNO BN lebih hebat.

Di suatu pihak Tengku Razaleigh Hamzah yang masih mempertahankan semangat UMNO asal.

Di pihak lain ialah orang Abdullah Ahmad Badawi yang masih tidak mahu turun kerana Abdullah Ahmad Badawi telah dipaksa bersara awal.

Namun, ada pihak yang mahukan Muhyiddin Yassin memulih dan memelihara UMNO. Merekapun tidak akan duduk diam, monitor Mohd Najib Abdul Razak, yang melakukan kesilapan demi kesilapan, dan amat keji ialah berkuasa dengan merampas Perak. Menumbangkan kerajaan negeri Perak Pakatan Rakyat, samalah seperti merobohkan demokrasi.

Perhatikan, Mohd Najib Abdul Razak telah pun beberapa bulan dahulu diletakkan di kedudukan dan tempat yang menjeratkannya. Masih ingat pertukaran port-folio dan Mohd Najib Abdul Razak, ialah Menteri Kewangan I Malaysia.

Keadaan ekonomi sekarang, ialah satu lagi sebab kenapa Mohd Najib Abdul Razak, ditumbangkan dari dalam UMNO BN.

Tunggu..!
Reblog this post [with Zemanta]

0 comments: