Gelombang Rakyat

BLOW - Mohon Persetujuan Semua - Dr Abdul Wahab Arbain - Ahli Kehormat, Pengerusi, Dan Penasihat Blogger Network Selangor Malaysia

[wahab899.jpg]
Dulu,
dan
Terkini...
Dr Abdul Wahab Arbain.

Beliau telah memohon begini:

...

Dr. Abdul Wahab Arbain telah meletakkan ulasan baru pada catatan " Bersama Pertahankan Selangor...! Perak Telah Diram... " anda:

Salam,
Mohon jadi ahli BloggersNetwork@Selangor.
Nama & blogger: Dr. Abdul Wahab Arbain
Alamat blog: http://siyasahsyariyah.blogspot.com/
Nama blog: Fakulti Siyasah Syar'iyah
Email: universiti.maya@yahoo.com
Lain-lain: Juga ahli BloggersNetwork@Perak, dengan alamat dan nama blog yang lain.

...

Demokrasi.

Apa pandangan semua di Bloggers Network Malaysia. Khususnya Bloggers Network @ Selangor Malaysia.

Dalam mesyuarat awal tidak formal di antara ISA - Ikut Suka Aku, Radenjowo notoumno, dan saya sendiri, kami telah bersetuju untuk melantik Dr Abdul Wahab Arbain sebagai:

Ahli Kehormat,
Pengerusi,
Dan
Penasihat Blogger Network @ Selangor Malaysia.

Atau jawatan yang lebih wajar dan membolehkan kita semua memanfaatkan peranan beliau sebagai hamba-Nya. Khususnya di Selangor, Perak, dan Malaysia.

Kami di Selangor, macam orang semput nafas kini tiba-tiba dapat Oxygen seluas alam.

Cucu Cina AchehZiZi,

Cucu Tok Acheh Pedagang Cina

Ahli BLOW - Blogger Wawasan
Prima Maya Bloggers Network @ Selangor Malaysia

Sila nyatakan pandangan anda, dan seterusnya persetujuan, atau apa yang lebih baik.

InsyaAllah, rombongan akan dihantar untuk maksud ini kepada Dr Abdul Wahab Arbain, secepat mungkin.

Ke hadrat-Nya kita semua bersyukur...

6 comments:

KOPI LWN GOUT said...

alhamdulilah dah ada orang yang di pilih maka teruskan lah amanah tu,semuga rakyat mendapat manafaat serta hubungan antara blogger selangor serta lainnya akan bertambah-tambah rapat dan segala maklumat dapat dikembangkan keserata alam maya ini

ZiZi said...

Terima kasih KOPI LWN GOUT.

Kita perlu ramai lagi...

Anda juga boleh tawarkan khidmat.

Bersama kita!

Dr. Abdul Wahab Arbain said...

Assalamu 'Alaikum,
Saya mohon menjadi ahli BloggersNetwork@Selangor hanya sebagai peserta untuk berjama'ah dalam barisan makmum. Lebih-lebih pun, boleh jadi tok siak atau pembentang sejadah.
Adapun untuk menjadi imam dalam jama'ah ini, saya berpendapat, hendaklah orang lain yang lebih bertenaga, aktif, tangkas dan berfikiran semasa lagi ke hadapan.
ISA, RadenJowo, ZiZi dan yang lain-lain adalah ibarat penanam pohon yang lebih arif cara pengurusannya.
Kerjasama, insya Allah, akan saya berikan.
Saya amat berterima kasih kepada anda, budi-baik dan kepercayaan anda semua. Namun, saya dah jauh ditinggal zaman. Sungguh.
Wallahu a'lam!

ZiZi said...

Dr Abdul Wahab Arbain,

Tahu dan kenal saya, maka begitu Lah usulnya.

Bahagian berat kami ya. Namun rang muda, kami perlu nasihat ustadz dan ramai lagi di kalangan mereka yang lebih banyak makan anggur dan kiwi tanam sendiri.

Ibarat PAS ada Mursyidul Am.

Bloggers Network At Selangor Malaysia macam gitu juga umpamanya.

Tokoh rujukannya.

Ustadz di kedudukan sewajarnya dan ringan punya. Itu penghormatan kami terhadap Ustadz.

Allah jua mengganjari kesudian Ustadz.

Isa said...

Salam ZiZi dan Dr. Arbain,

Ada pepatah mengatakan, kurang anggur semangkuk, satu ladang kami berikan... ha..ha..ha..

Selamat datang Dr. nasihat dan pandangan amat diperlukan, demi Selangor dan Makaysia.

ZiZi said...

ISA

Ramai sayang kan Dr Abdul Wahab Arbain ini...

Kan?