Gelombang Rakyat

BLOW - Neutral Harimau Menaip Dikagumi - Saya Sedikit Berbeza

Cucu Cina AchehZiZi,

Cucu Tok Acheh Pedagang Cina

Ahli BLOW - Blogger Wawasan
Prima Maya Bloggers Network @ Selangor Malaysia

Ini pandangan Harimau Menaip dan Blognya ialah Bila Harimau Sudah Menaip.

Blogawan Neutral

Blogawan Neutral
Membentuk Minda Merdeka
Harimau-Menaip kata...

Salam Tuan,

Izinkan saya memetik bait kata Saiful Bukhari "Yang benar pasti tegak dan yang bathil pasti jatuh".

Saya tidak pasti siapa yang benar tetapi sentiasa mendoakan Allah memberikan kemenangan kepada yang benar. Tidak kira kebenaran itu di pihak mana, pasti Allah tahu kenapa insiden kecelaruan politik Perak berlaku. Dalam kelam kelibut, pasti terbit hikmah.

Tidak kira parti politik mana, jika salah kan selamanya salah.

Rasa penuh hormat dan kagum buat semua blogawan Pro- Pakatan Rakyat yang tidak pernah jemu dan putus asa menerangkan pandangan dari sudut yang sering tersisih dari media arus perdana.

Sayang, golongan hebat yang sebangsa dengan saya terbahagi beberapa bahagian iaitu :
1. pro BN
2. pro PR
3. neutral

Saya ada pilihan sendiri tetapi senantiasa meletakkan harapan agar tembok pemisah ideologi politik dipecahkan dan kita bangkit dengan satu suara, satu jasad dan satu roh. Memang agak mustahil tetapi bukankah harapan baru itu sentiasa mekar dan bercambah?

Salam persahabatan buat semua blogawan tidak kira apa parti. Kalian tetap saya anggap sahabat walaupun pandangan kita kadangkala berbeza. Pandangan berbeza itu adalah suatu rahmat.

Wallahualam.

Saya hargai pandangannya itu.

Saya pernah beritahu Nobisha, semasa dahulu, jika lawan UMNO macam lawan Ibu Bapa sendiri. UMNO memang harapan kita.

Ibu Bapa orang kuat UMNO, bila mengundi pesanan mereka macam wasiat.

Berterusanlah menyokong dan menyokong.

Namun setelah dewasa, dan melihat apa yang telah dan sedang berlaku, memanglah UMNO kini bukan seperti UMNO dahulu.

Kini, UMNO suci daripada rasuah dan amalan politik wang. Ada sesiapa pernah dengar berapa aduan perihal itu. Tiada kan? Kan?

Pergerakan begitu lambat, dari menyokong kepada neutral dan memihak.

Ada rakan yang teerkejut.

Sayapun jelaskan memihak itu bagaimana.

Natijahnya pemimpin mana, parti mana, dan pakatan mana yang memihak kepada memajukan Rakyat Malaysia dan memakmorkan Negara Malaysia.

Tiadakan boleh saya neutral apabila pemimpin, parti, dan gabungan yang kita harapkan, bukan main manis bila pilihanraya, setelah undi diberi, mereka menang pilihanraya, serta-merta harga minyak petrol dan diesel dinaikkan, harga barang membebankan kita semua.

Macam-macam lagi, Rakyat Malaysia pun mula hilang pekerjaan, Negara Malaysia entah ke mana halanya.

Dan mereka...


Begini...

0 comments: