Gelombang Rakyat

BLOW - Sedikit Penjelasan Perihal Memihak..!

Cucu Cina AchehZiZi,

Cucu Tok Acheh Pedagang Cina

Ahli BLOW - Blogger Wawasan
Prima Maya Bloggers Network @ Selangor Malaysia

Rasanya sudah sampai masa memberi sedikit penjelasan.

Memihak.

Ini kisah benar berlaku. 1985.

Seorang Pensyarah (India) dan Seorang Pensyarah (China), dalam mesyuarat bertelagah perihal satu isu. Maka buntu. Mereka meminta pandangan supaya lain-lain Pensyarah (Melayu, India, China) memberi pendirian, pemihakan. Berat bagi saya, namun saya beri kelebihan kepada Pensyarah (China).

Selepas mesyuarat, ke bilik saya meluru Pensyarah (India), panjang lebar dicurah kekecewaannya terhadap keputusan saya, pendirian memihak. Dia yang dulu Pensyarah saya, kini sama-sama Pensyarah, tergamak saya memihak Pensyarah (China) colleague sahaja yang tidak pernah pun menjadi Pensyarah saya dulu.

Saya tetap hormatnya sebagai Pensyarah saya dulu, dan sebagai rakan Pensyarah ketika itu, kami masih berkawan. Saya sebenarnya tidak memihak kepada sesiapa, keputusan saya nyatakan pendirian mereka lihat memihak kepada Pensyarah (China) kerana isu yang dikemukakannya adalah benar. Itu sebenarnya keputusan saya, walaupun Pensyarah (India) itu lebih akrab dengan saya.

Pensyarah (India) itu, lama dia bermenung, dan dia faham pendirian saya perihal memihak.

Tidak sampai beberapa minggu terjadi lagi, dua Pensyarah yang sama, isu berlainan. Lebih kurang sama prosesnya, saya buat keputusan nyatakan pendirian memihak kepada Pensyarah (India).

Ya, bukan kerana 1 sama. Bukan kerana akrabnya saya dengannya. Kerana isu kali ini, dia benar.

Sekali lagi, dia datang ke bilik saya selepas mesyuarat. Salam dan tabik hormat.

Bila BLOW wujud, pendirian saya sama.

Mari kita fahami ini. Satu andaian.

Satu pertandingan Badminton. China lawan India. Di Malaysia.

Saya dan anda tidak memihak. May the best player wins.

Empire dari Australia.

Permainan bermula.

Servis pertama dari China, keluar gelanggang. Empire kata, masuk dan China dapat markah pertama. Begitulah sampai ke servis ke 10, bila masuk dikatakan Empire keluar, dan bila keluar dikatakan Empire masuk, dan China menang.

Andapun tahu, kini, dalam kisah andaian di atas, saya dan BLOW, adakah memihak. Pernyataan pendirian saya jelas.

Begitu juga, perihal pemimpin, parti, dan pakatan.

Ambil apa juga situasi, termasuk di Perak.

Pendirian saya, pemihakan BLOW, jelas...

0 comments: