Gelombang Rakyat

BLOW - Pak Lah Semakin Dilupakan Ajak Lupakan Sengketa Politik..?

Cucu Cina AchehZiZi,

Cucu Tok Acheh Pedagang Cina

Ahli BLOW - Blogger Wawasan
Prima Maya Bloggers Network @ Selangor Malaysia

Ewah!

Tertumpu kepada Perak.

Sikit-sikit. Namun, maap ler, terlupa banyak dah akan Pak Lah. Tak berapa hirau dia ada dalam negara ke atau di luar negara. Sama sahaja.

Di mana Pak Lah..terkini? Ooo makan BESAR rupanya...

Lupakan sengketa politik - PM


ABDULLAH Ahmad Badawi dan isterinya, Datin Seri Jeanne Abdullah bersama-sama menteri Kabinet dan pemimpin Barisan Nasional menggaul Yee Sang sempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur, malam tadi. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 7 Feb. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyeru rakyat Malaysia melupakan persengketaan politik dan kembali bersatu untuk membina ekonomi negara.

Perdana Menteri berkata, dengan iklim ekonomi negara yang tidak memberansangkan ketika ini, semua pihak tidak perlu berasa tertekan dan kecewa.

Utusan Malaysia OnLine

Jika begitu makannya, memang Lah tidak perlu berasa tertekan dan kecewa.

Ye dak..?

Nak lupakan sengketa politik pun mudah...

Namun bagaimana mereka yang menganggur. Mereka yang kena buang kerja hasil daripada kepimpinan Pak Lah..?

Entah Lah.

Makan! Enjoy..! Pak Lah.

Kami tak aper, usah Lah dikhuatirkan. Selagi ada air sejuk itu Lah sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam...

0 comments: