Gelombang Rakyat

BLOW - Pendedahan Raja Petra Kamaruddin - Perak Tumbang Dan Penumbangan Berikutnya Selangor Dan Kedah..! Malaysiakini

Zubli Zainordin


Pemimpin, bila berkuasa, dia pun mula melihat ke hadapan dan ke atas.

Semakin jarang melihat ke bawah.

PRU 12 telah pamerkan 2 gerakan.

Pertama, Gerakan Lantang, tukar kerajaan Barisan Nasional kepada kerajaan Pakatan Rakyat. Kemunculan Perdana Menteri Ke-6 dari Pakatan Rakyat.

Sebahagian Rakyat menyokong, sebahagian menentang, bakinya barangkali tidak kisah.

Tentu Lah, keseronokan memuncak di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat. Terutama ramai yang bakal naik menyertai bulatan kepemimpinan untuk terajui negara.

Jawatan, kedudukan, pangkat, kerusi, kuasa, autoriti yang dipasak tanggungjawab, kurang mendorong berbanding dengan ganjaran kemewahan.

Pun begitu, kita menyokong kerana mahukan perubahan demi kemanfaatan Rakyat Malaysia dan Negara Malaysia. Terutama ketika UMNO menuju kerandanya, dan Barisan Nasional ibarat Titanik yang semakin tenggalam.

Pada masa yang sama tidak ramai yang nampak. Tandanya ada, bahawa di kalangan Barisan Nasional ada gerakan untuk merampas kembali negeri yang kerajaannya ialah Pakatan Rakyat.

Tanda di Selangor ialah pertemuan sulit beberapa pemimpin UMNO dan beberapa pemimpmin PAS, atas nama Melayu dan Islam.

Tanda di Perak ialah perangkap rasuah dipasang untuk ADUN PKR.

Tanda sedikit berbeza di Pulau Pinang dan Kedah. Khususnya yang semacam V Arumugam dikenakan. Begitu juga penafian Mahadir Khalid jumpa ADUN PKR, sebagaimana laporan Malaysiakini terkini.

Tanda di Kelantan ialah mengikis kewibawaan Nik Aziz Nik Mat perihal amalan kroni.

Jadi, keghairahan Pakatan Rakyat membina kerajaan baru, telah memunculkan gerakan Barisan Nasional meroboh tiang binaan kerajaan baru ini. Perhatikan peranan beberapa mantan Menteri Besarnya.

Seorang yang nampak ini sedang dilakukan ialah Raja Petra Kamaruddin...


20071011-raja_petra Sumber Foto: Haris Ibrahim The People's Parliament

Sebelum Perak dirampas keji, Raja Petra Kamaruddin telahpun alert pemimpin Pakatan Rakyat, perihal kedudukan di Perak.

Terlalu yakin akan kekuatan baru diperolehinya sejak PRU 12, dengan sokongan sebilangan besar Rakyat, disertai kemenangan di P 44 Permatang Pauh, dan P 36 Kuala Terengganu meletakkan pemimpin Pakatan Rakyat tidak lagi sudi mendengar alert.

Kedengaran hanya ialah keyakinan diri pemimpin dan kekuatan Pakatan Rakyat disokongi Rakyat Malaysia.

Pun begitu, 16 September 2008 tidak menjadi kenyataan. Para pemimpin Pakatan Rakyat yang mengharap, mula terhakis harapan. semangat pun kendur. Para pemimpin Barisan Nasional pula masih mahu kekal dan tidak jadi keluar dari gabungan ini. Apatah lagi tidak ramai ketahui siapa mereka, sedangkan senarai nama masih disimpan rahsia.

Setelah Perak dirampas keji, Raja Petra Kamaruddin mendedahkan:

01. Selepas Perak, bakal ditumbangkan berikutnya ialah kerajaan Selangor dan Kedah.

02. Berapa juga Ringgit Malaysia ditawarkan dan dari mana sumber kewangan yang dijanjikan, untuk melengkapkan tumbangnya kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Perak.

03. Beberapa ADUN di Kedah telah bertemu pihak Barisan Nasional, dengan tawaran meliputi jutaan Ringgit Malaysia, untuk membentuk kerajaan Barisan Nasional Negeri Kedah.

04. Pemimpin Pakatan Rakyat ditawarkan jawatan Menteri Besar, dan lain-lain ganjaran, dan sudah ada 4 +1 sedia membentuk Kerajaan Barisan Nasional negeri Selangor.

Perincian pendedahan, sila baca di sini:
Are Kedah and Selangor next?

Ada lagi individu dan pihak yang telah alert pemimpin Pakatan Rakyat.

Respons pemimpin Pakatan Rakyat ketika itu ialah, "Everything is under control".

Cantik!

Sementara itu, kelihatan di lautan politik Malaysia, The BN Grand Plan, yang semacam Naga, sedang dongak selam, dan selam selam dongak untuk merampas semua kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. Secara Terbuka dan Tertutup gerakannya.

"Everything in control shall go down under!"

Masih ada cara dan jalan untuk Pemimpin, Parti, dan Pakatan kini untuk mempertahankan semua kerajaan negeri yang utuh, dan ambil kembali Perak, dan terus gerak ke arah pembentukan kerajaan baru dan mengangkat Perdana Menteri Malaysia di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat.

Setakat ini, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, masing-masing tidak lagi beradu tenaga, malah sedang dan akan beradi tenaga.

Siapakah yang akan berjaya kelak?

Sama-sama kita saksikan...


Reblog this post [with Zemanta]

1 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Hayat perkahwinan ala kontrak yang ada di dalam Pakatan hanya akan serasi jika pilihanraya demi pilihanraya berterusan.

Rata rata wakil rakyat Pakatan terutama PKR adalah individu2 yang bermasalah sebelum ini dan kini menjadi kudis dan kurap bagi PKR untuk tangani.

Grand design atau atok kepada atok design ujud atas kelemahan dan kegoyahan dalaman PKR sendiri - masih nak tunding jari pada orang lain lagi ke ?? bawa bawalah beringat.