Gelombang Rakyat

BLOW - Perampas Kerajaan Negeri Perak Langgari Rukun Negara..! Malaysiakini

Districts of PerakImage via Wikipedia

BLOW - Keselamatan Sivakumar Manfaat Rakyat dan Pemimpin PR di Perak..! Malaysiakini

Zizi - Cucu Tok Bebayang Acheh

Wa nengok pihak yang rampas kuasa di Negeri Perak telah menggunakan segala cara yang mereka tahu.

Ya, segalanya, tapi pada Wa, caranya keji. Caranya hina dan menghinakan. Jelek dan menjelekkan.

Memang telah mereka telah guna segalanya itu, tapi tidak sepenuhnya. Tidak seluruh.

Tidak lama lagi pemimpin dan ahli parti dan gabungan ini Apa Nama, Ya..! Betul, akan salahkan teraju rampasan itu.

Wa tahu, mereka malu dan marah. Ini, sudahpun mula ketara di kalangan mereka.

Kerajaan Negeri Perak mereka masih haram.

Apa cara mereka nak halalkannya?

Susah. Sukar. Sempravuvulehlehnyeh.

Kenapa?

Soalan ini ditimbulkan di Malaysiakini:

Adakah Kerajaan Percaya kepada RUKUN NEGARA?

Sekadar renungan...

Rukun Pertama:

Rakyat Malaysia di Negeri Perak telah lama derita di bawah pemerentahan gabungan ini Apa Nama, Ya..! Betul. Rakyat Malaysia di Negeri Perak, seperti di lain-lain negeri, mereka tunggu PRU 12 untuk menyatakannya.

Syukur, Rakyat Malaysia di Negeri Perak dapat kerajaan baru, dan pemimpinnya dari PAS - Parti Islam SeMalaysia, Muhammad Nizar Jamaluddin.

Nur Islam mula terserlah di Perak, dan pakatan kekuatan pancaran dari Kedah dan Kelantan - Serambi Mekah.

Bahawa semua kuasa tiadakan terlawan Yang Maha Berkuasa.

Rukun Kedua:

Perampas telah mencemarkan Istana, sanggup dan tergamak mereka aibkan nama baik Baginda Sultan Perak, serta keluarga.

Perampas juga telah memukul maut Demokrasi negara, hanya untuk memuaskan nafsu serakah beberapa pemimpin haprak. Perampas tiada setia dan kesetiaan. Kecuali hanya pada diri mereka.

Menteri Besar Negeri Perak yang sah, dihina, diherdik, dihalau, dikeji, dan dituduh derhaka.

Sedangkan, dalam proses ini Muhammad Nizar Jamaluddin semakin dihormat dan dikasihani, kerana demikian kepemimpinannya.

Rukun Ketiga:

Perampas tidak peduli kepada keluhuran Perlembagaan. Perlembagaan Negara dan Perlembagaan Negeri Perak.

Rampasan telah dilakukan dengan tergesa-gesa. Raja yang berdaulat pun telah diseret untuk mengumum dan merasmikan perlantikan MB dari kalangan mereka secara serta-merta.

Pakatan Rakyat terus bersabar. Terus mengharap Nusrah-Nya, dan masih mengikut proses.

Tekanan mula ditekankan dengan suasana di Perak kini sudah kelihatan biru dan merah, disusun ramai anggota beruniform.

Suara keramat Rakyat mula dipekop.

Dalam pada besarnya jenayah terancang di Malaysia, namun 4 insan kerdil lelaki dan perempuan, namun berjiwa besar, ditangkap dan ditahan kerana sekadar mengedar risalah.

Rukun Keempat

Perampas mendaulatkan parti dan gabungan ini diutamakan.

Sedangkan Perampas telah mahu mencabuli Undang-undang.

Pakatan Rakyat terus sabar dan melalui proses tuntutan keadilan di Mahkamah.

InsyaAllah, kebenaran akan tegak, dan kebathilan akan tumbang.

Rukun Kelima

Perampas di kalangan pemimpin pusat dan negeri sudah memperlihatkan mereka macam samseng yang sengsam.

Cakap meninggi. Bongkak. Takabbur. Kureng yeah yeah yeah ajar.

Pakatan Rakyat terus sopan dan susila. Begitu pada diri. Begitulah pada Raja. Begitulah pada Rakyat.

Jadek pada keseluruhannya, dari sudut ini, Rukun Negara pun, wa nengok mereka Perampas yang juga Perompak dan Perampok kerajaan Negeri Perak yang sah, telah gagal.

Setiap mereka akan dibaham rasa malu dari dalam. Besar malunya.

Sedangkan pemimpin, ahli dan penyokong mereka sendiri kini merasa sungguh terhina.

Tiada alasan dapat memurnikan najis mereka ini di Negeri Perak.

Perhatikan,

Dia asalnya insan biasa. Bukan pun Raja. Jika dia mahu, tetapi tiada dia perlu pun. Malah dia tiadakan dapat mengaku sebagai Melayu, sepertimana orang lain telah berpeluang.

Namun Sivakumar ialah Speaker Dewan Undangan Negeri. Peruntukan Perlembagaan Negeri Perak, telah memberi kuasa kepadanya untuk menegakkan keadilan.

InsyaAllah...

Pada Wa, Sivakumar ialah seperti Wa gak, hamba-Nya.

Sumber foto Kelab Greenboc:









Reblog this post [with Zemanta]

2 comments:

Anonymous said...

Dear Zubli,

Salam. nak habaq mai..depa tu... apa yang depa tak redah. Semua depa redah pi... Hukum Tuhan pun depa tak endah,inikan pulak Rukun Negara yang mak bapak depa buat...
Sebab tu kita kena mulakan kempen,
"Say poorrah to these kaki redah!!!"

Gelombang Rakyat said...

A Mum Of Three Mohd

True

Well said

We Are Together then.

InsyaAllah, let's enjoy this technology to benefit Malaysians in Malaysia.

Depa dah teruk dah...