Gelombang Rakyat

BLOW - Pak Lah Versus Rakyat Malaysia Berhadapan Majlis Raja-Raja Melayu..! Malaysiakini

Tok Bebayang Acheh Dan Cucunya - Zizi

Jelasnya ada satu peluang.

Sama-sama kita manfaatnya.

Suara Rakyat Suara Keramat

Kita buktikan..!

Bersama...

Zizi - Cucu Tok Bebayang Acheh








Maksud Tok Wa, ialah Persidangan Majlis Raja-Raja Melayu.

Ketika persidangan itu, Majlis Berdaulat akan bersatu dalam dewan, dan boleh memutuskan perihal krisis di Negeri Perak.

Malaysiakini melaporkan:


Krisis Perak: PM akan perjelas pada Majlis Raja-raja
Feb 15, 09 6:36pm
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menjelaskan situasi politik negeri Perak kepada Persidangan Majlis Raja-Raja dalam masa terdekat ini.

Lagi di sini:

http://www.malaysiakini.com/

Masa inilah Rakyat Malaysia yang mulia dapat suarakan untuk disampaikan kepada Majlis Raja-Raja Melayu yang bersidang.

Adakah cara?

Mungkin masa inilah Anwar Ibrahim dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan Abdullah Ahmad Badawi, berhadapan Raja-Raja Melayu.

Seorang memihak kepada Rakyat Malaysia. Seorang lagi memihak kepada parti dan gabungannya.

4 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Akhirnya UMNO akan tetap dituduh mempergunakan Majlis Raja Raja Melayu - bersedialah dengan skrip anda.

Gelombang Rakyat said...

Kluangman

Ada skrip lebih baik ke?

Wa tak de skrip beb...

Cuma mencari keredhaan-Nya, supaya Rakyat Malaysia dapat manfaat sepenuhnya.

Quantum Metal Consultant said...

Skrip datang dari fikiran yang bebas, tidak memihak dan tidak terganggu, berada di kedua dua tempat - penulis blog hanya pemudahcara dan meletakkan pembaca di simpang jalan - biar mereka memilih berdasarkan kebijaksanaan mereka sendiri.

Saya tidak bermaksud mengajar itik berenang dan saya seumpama ketam yang menyuruh anaknya berjalan betul.

Yang jahat itu datangnya dari saya.

Gelombang Rakyat said...

Kluangman,

Saya hairan kenapa Kluangman yang dinanti dan dihargai komennya, oleh beberapa Blogger, saya pun, kini memilih untuk jadi jahat.

Sesama Lah kita sentiasa memilih jadi baik, dan baiki diri serta menentang yang jahat.

Saya faham pendirian Kluangman. Saya hormat pendirian Kluangman.

Namun saya sebaliknya memilih untuk memihak kerana kini suasana politik tidak seimbang.

Contohnya, Muhammad Nizar Jamaluddin jika dia mahu tidak dapat guna polis halau keluar pejabat si Zambry Abd Kadir.

Sebaliknya dia yang dihalau.

Itu satu contoh, Kluangman pun arif, ada banyak lagi.

Saya kini memihak. Tidak saya minta restu sesiapa untuk hormat pendirian saya ini.

Pelawat dan pembaca Blog ini pun, ramai tiada berkunjung lagi disebabkan memihak saya ini.

Itu hak mereka.

Namun ada pelawat dan pembaca lama dan yang lain, masih terus ke sini.

Saya akan kembali memblog seperti dulu, sesama kita kenali masing-masing, jika demokrasi adil kepada BN dan PR.

Saya masih terbuka dan sudi terus belajar, walaupun ada anggapan sebagaimana perumpamaan yang tersirat begini: mengajar itik berenang dan ketam yang menyuruh anaknya berjalan betul.

Saya sudi selagi memanfaatkan Rakyat Malaysia.