Gelombang Rakyat

BLOW - Perang Di Antara Dua Bukit - Masalahnya Bekalan..!

Cucu Cina AchehZiZi,

Cucu Tok Acheh Pedagang Cina

Ahli BLOW - Blogger Wawasan
Prima Maya Bloggers Network @ Selangor Malaysia

Memang, naik tegak bulu. Ya bulu roma, kat tengkok membaca posnya kali ini. Bersemangat.

Dua Bukit. Bukit Gantang. Bukit Selambau.

P 59 dan N 25.

Siapa lagi? Bloggawan Hebat Pos Menyengat...
I'm a wife
and also a mum
to three Mohd.
Mohd. Shakir
Mohd. Shazuan
and
Mohd Syafiq

Monday, February 9, 2009

MARI TEMPUR DUA BUKIT......!!!

Syabas diucapkan...

Sambungan di sini:

http://motherof3mohd.blogspot.com/

Pertempuran Perang Pilihanraya Kecil 2 Bukit ini, pada saya, masalahnya bekalan.

PRU 12, P 44, P 36 ya, dapat terima kasih dari pemimpin, dan medal sendiri buat sendiri pakai.

Parut luka manyak. Kachak tiada, manis masih ada.

Terkini, Blogger Paling Kuat kat Selangor sudah mula packing nak betapa kat Gunung Semangol.

Saya kata padanya, sana mana ada line Internet.

Dia kata ada, dan dia tunjuk line tali pancing ikan lilit mantan tin susu.

Dalam begnya hanya pakaian kelengkapan untuk solat. Tambah sikit lagi, dan selainnya tinggal dan dia tak bawak.

LapTop yang macam Sheikh Teluk Intan, Diapun Raja juga, Wak ini, tiada dibawanya bersama.

Kitab Quran kechik, macam ada bookmark Pustaka Ustadz Wahab, dibawanya sekali, untuk telaah, agaknya.

Saya kata, aku ikut kor Wak.

Moh ler, jawabnya.

Walaupun sudah dikatakan Moh, tapi saya masih tidak bergerak. Duduk ditangga lagi.

Ada 2 sebab saya boleh tukar fikiran dari mengikutinya.

Satu, Bukit Gantang. Emak saya keturunan Panglimanya. Sedara kami ramai di sana.

Dua, Isteri saya orang Kedah. Sedara kami ramai di sana.

Apa yang penting, bukan saya tidak ikut dia, tapi dia tak pergi, lantaran terus berjuang dengan saya.

Saya tengah fikir jalan cam maner nak korner Wak nii supaya tak pergi betapa. Mungkin, tempe goreng pedas berkichap, disalut dengan dua biji telor dadar, bukan tarikan umph padanya kini.

Seperti kami, inilah gambaran menyeluruh pejuang di kalangan Bloggers.

Ini jugak lah gambaran di satu pihak yang terlepas peluang paling besar hanya asbab sebuah kereta semurah mahal Camry.

Jika semangat usahkan risau. Padu.

Hakikatnya, rasa kepentingan pemimpin akan teknologi ini ada, tapi kepedulian tiada.

Di pihak sana, kepentingan teknologi ini tidak pernah dilayan pemimpin mereka, namun kali ini mereka tahu dan akan mula agihkan kotak. Bukan 6 kotak. Mungkin 6 treler berisi kotak. Dari PC, LapTop, PalmTop, dan lain-lain infrasrtuktur psywar. Atau InforPsyBerWar.

Walau pun penyokong mereka tidak matang lagi, dek ramainya maka mereka sudah boleh serbu pahlawan lawan sebelah sini semacam seribu nyamok.

Tak tahu Lah dengan demikian itu, mereka di pihak sana boleh cacak dak bendera serba serbi baru di dua bukit itu.

Atau di pihak sini, bendera re-cycle pilihanraya kecil lalu berjaya di cacakkan lagi.

Apapun, di tengah-tengah ini, dalam keadaan dari sana memang tiada, di sini dia pun tak mandang...sambil merenung nasib Rakyat Malaysia dan situasi Negara Malaysia, maka sujud lah kami berdua, sebelum perjalanan betapa di gunung semangol, memblog pakai line tali pancing ikan...

Sementara LapTop pun tiada, hanya diletakkan bayangan di atas kitab Quran kechik, entah bila nak pulangkan kembali pada tuan empunyanya.

Adeh!

2 comments:

Pengasas said...

Salam ZiZi,
Bila nak turun taraf Gunong Semaggul jadi Bukit Semanggul atau naik taraf Bukit Berapit kepada Gunong Berapit.
Lucu kan!?

ZiZi said...

Teknologi.

Itu jawapannya.

Gunung boleh ratakan.

Bukit boleh digunungkan.

Mohon nasihat dari Pengasas.