BLOW - Rakyat? Di Antara Bubur Dan Nasik Berulat..!
ZiZi,
Cucu Tok Acheh Pedagang Cina
Ahli BLOW - Blogger WawasanPrima Maya Bloggers Network @ Selangor Malaysia
Semakin dekat 9 Mac 2009, Rakyat Malaysia sedang melihat kemunculan seorang pemimpin, tidak ubah melihat orang kachak selama ini, kini semakin bertandok dan bertaring.
Ramai telah dan akan terus melihat pemimpin itu wujud dalam Pakatan Rakyat. Dalam kebaikan dan keburukannya, pemimpin ini telah digambarkan jahat. Tidak baik.
Tetapi, ketika sebahagian daripada ramai melihatnya penuh kagum, sebahagian lagi daripada ramai itu melihatnya penuh keji, saya menoleh ke arah lain.
Di mana Barisan Nasional berada. Di situ dia.
Bila nampak memang dia kachak.
Bila bertandok dan bertaring umpamanya, dia terlindung di belakang seseorang lain, memelihara identiti sebenarnya, sebelum ketajaman tiada lagi dapat disembunyikan, itu Lah dia hakikat sebenarnya.
Mengenang kembali Rakyat Malaysia apapun teraniaya juga, dan situasi Malaysia, apapun sedia dibebani sebagai medan boleh jika mahu dihancurkan, kini di suatu pihak ada nasi yang jadi bubur, dan di suatu pihak ada nasik sudah berulat jika pun kelihatan cantik sedangkan beracun.
Pada masa kini, jika sesiapa ada rasa bahawa N 25 Bukit Selambau dan P 59 Bukit Gantang, dengan ikut peraturan, and the rule of law, maka bersedia.
Semua keputusan pilihanraya setakat ini, sedang mula direncana supaya tercapai kemenangan paling besar, dengan cara paling ngeri.
Kepada-Nya saya mohon perlindungan...