Gelombang Rakyat

BLOW - Percaya Dak Pemimpin Duit Berjuta Tapi Tak Senang Hidup..?

Cucu Cina AchehZiZi,

Cucu Tok Acheh Pedagang Cina

Ahli BLOW - Blogger Wawasan
Prima Maya Bloggers Network @ Selangor Malaysia

Saya ada pandangan tersendiri perihal pemimpin dari parti A ke parti B. Namun saya hormat pendirian orang lain.

Namun, suka sangat fokus perihal pemimpin terutamanya pemimpin politik Malaysia, maka disentuh juga perihal apa yang disebut sebagai lompat parti atau hijrah dari parti buruk ke parti baik memihak Rakyat Malaysia.

Kini politik di Malaysia sudah sampai ke peringkat bahawa pemimpin main politik wang, lepas. Jika rasuah, pun bebas. Membeli contohnya ADUN atau MP, okay.

Bila dalam sistem negara, semua ini boleh dilakukan, boleh berlaku, dan dilakukan, dan tiada siapapun diambil tindakan disiplin, atau dipenjarakan, maka semua keburukan ini berterusan dan berkembang dan memanjang meluas amalannya.

Namun mungkinkan seseorang yang dibeli dengan harga katakanlah RM 100 Billion, untuk mengasbabkan sebuah kerajaan yang sah, bertukar kepada kerajaan baru perampas.

Nah! Syok nye. Ada wang RM 100 Billion.

Tapi bila ke kedai, peniaga di kalangan Rakyat, tidak mahu jual walaupun sayur contohnya kepadanya atau ahli keluarganya.

Mungkin, sayur bukanlah kesan yang besar, masih boleh hidup.

Namun, jika cemuhan masyarakat sudah menjadi-jadi dan macam-macam boleh terjadi.

Begitulah bila pemimpin mementingkan diri dan tidak lagi mengutamakan Rakyat yang menaikkannya sebagai pemimpin.

Insaf..!

0 comments: