BLOW - Petak Satu Dialih Dari Kawasan Asap - Rakyat Mesti Diselamatkan Dulu..!
0 Comments
»
ZiZi,
Cucu Tok Acheh Pedagang Cina
Ahli BLOW - Blogger WawasanPrima Maya Bloggers Network @ Selangor Malaysia
Rakyat Malaysia ada suara, dan suara ini suara keramat, dan keramat ini satu kuasa, dan kuasa ini hanya pada pilihanraya sahaja dalam rangkuman demokrasi.
Selepas pilihanraya, bermulalah dari kalangan Rakyat Malaysia yang terpilih dilantik untuk menjadi pemimpin peringkat pusat dan negeri.
Pada masa kini ada Barisan Nasional dan semua parti komponennya.
Sementara itu ada Pakatan Rakyat yakni pakatan PKR - Parti Keadilan Rakyat, PAS - Parti Islam Se-Malaysia, dan DAP - Democratic Action Parti.
Bebas mungkin masih terlalu kecil. Kecil pula signifikannya.
Keputusan PRU 12 memberikan gambaran yang sukar difahami pemimpin. Namun telah ada satu corak dan trend kematangan pengundi. Kelak, pengundi baru yang lebih rencam lagi.
Pada saya, UMNO dan Barisan Nasional sudah tidak relevan.
Relevan itulah yang diusahakan mereka selepas PRU 12.
Sepanjang ini, saya lihat Pakatan Rakyat semakin memihak dan mendapat sokongan Rakyat Malaysia.
P 44 Permatang Pauh dan P 36 jelas membuktikannya.
Saya sendiri yakin bahawa jika ada lagi pilihanraya kecil, pilihanraya seterusnya, dan PRU 13 Pakatan Rakyat akan menang besar.
UMNO dan Barisan Nasional memerlukan antara 20 ke 50 tahun untuk mendapatkan semula percaya dan yakin, jika kemenangan melalui pilihanraya sistem demokrasi menjadi pilihan.
Tetapi, peluang ini telah hilang. Ketika UMNO dengan budayanya. Barisan Nasional dengan keanggokan mereka.
Maka, dari PRU 12 telah ada perancangan UMNO BN sebagai opsyen bukan melalui pilihanraya.
Ada juga perancangan tersendiri Pakatan Rakyat.
Kemudian, "duum!", apa yang berlaku di Perak telah berlaku.
Untuk selamatkan Rakyat Malaysia, molek dialih petak satu ke kedudukan Mahathir Mohamad, paling tidak mengetahui adakah dia masih di kedudukan pemain utama. Ataukah kini dia hanyalah pemerhati sahaja, maka boleh duduk di sisi, raih kebijaksanaannya.
Buat masa ini, manusia misteripun kelihatan lebih sibuk packing mungkin bergerak bersara bersama dengan Abdullah Ahmad Badawi. Ataukah tetap merancang di kerusi utama, sekadar hiburan kali terkahir di penghujung kerjaya dan usia.
InsyaAllah bersambung...