Gelombang Rakyat

BLOW - Kita Berada Dalam Dentuman Asap - Dijangkakan Ada Lagi Dentuman Lebih Kuat Dan Berderetan..!

Cucu Cina AchehZiZi,

Cucu Tok Acheh Pedagang Cina

Ahli BLOW - Blogger Wawasan
Prima Maya Bloggers Network @ Selangor Malaysia

Saya harap sangat ada satu kawan sahaja yang dapat, bertukar maklumat untuk memberi kefahaman total apa yang telah, sedang dan akan berlaku dalam senario politik Malaysia.

Tak ada.

Saya harap sangat ada seorang lagi, bukan kawan, tapi saya respek dia, mendapatkan maklumat untuk memberi kefahaman total apa yang telah, sedang dan akan berlaku dalam senario politik Malaysia kini.

Dia dah tak nak cakap. Menyampah. Selsema.

Dari sebelah sana, hanya dapat dengar hilaian ketawa suka ria amat sangat. Bertukar maklumat untuk memberi kefahaman total apa yang telah, sedang dan akan berlaku dalam senario politik Malaysia jauh sekali.

Dia ada kisahkan cebisan dan memberi sedikit maklumat. Namun perlu tunggu gelaknya reda.

Dari sebelah sini, memang belum dapat akrab, dan kebersamaan yang baru mungkin mustahil bertukar maklumat serta masih sukar untuk memberi kefahaman total apa yang telah, sedang dan akan berlaku dalam senario politik Malaysia

Dia masih jauh sekali.

Kini, yang termampu dan terdaya, saya hanyalah mohon Petunjuk-Nya.

Dengan niat dan harapan supaya Rakyat Malaysia dimajukan dan Negara Malaysia dimakmorkan.

Mungkinkah perlunya bermula di petak satu kembali..?

Terbuka!!!

InsyaAllah, sama-sama kita saksikan...

0 comments: