Gelombang Rakyat

BLOW - Pos Yeols PRO-REFORM Memungkinkan Pusat Media Nasional Pakatan Rakyat Rujukan Ramai..!

Cucu Cina AchehZiZi,

Cucu Tok Acheh Pedagang Cina

Ahli BLOW - Blogger Wawasan
Prima Maya Bloggers Network @ Selangor Malaysia


Saya merasakan perlunya para pemimpin Pakatan Rakyat bersatu dengan Bloggers setelah wujudnya Pusat Media Nasional Pakatan Rakyat Untuk Rujukan Ramai:


Kemudian saya baca ini...

BAPA ARUS PERUBAHAN MALAYSIA
Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI)

12 February 2009

DSAI Hargai Sumbangan Para Bloggers

Menyampaikan maklumat jelas dan tepat adalah tanggungjawab semua RAKYAT yang inginkan keadilan dan kesejahteraan subur di negara tercinta, Malaysia. Kita boleh memainkan peranan yang berkesan dalam penyalurkan maklumat ini dengan berbagai cara dan pendekatan. Sebagai golongan yang ditindas dan dinafikan hak untuk menghebahkan tentang kezaliman, penipuan dan pendustaan kerajaan UMNO/BN, RAKYAT yang prihatin, berkemampuan dan berkesempatan bisa saja melakukannya melalui kaedah yang murah dan santai.

Sesetengah RAKYAT menyampaikan berita benar melalui blog dan laman web. Sebahagiannya menyampaikan maklumat ringkas melalui ‘SMS’. Ramai yang menyampaikan pandangan dan titipan minda melalui ruangan komen di blog dan laman web yang mereka lawati. Semua ini adalah sebahagian daripada sumbangan yang insyaALLAH dapat menjana kepada revolusi mental kearah yang lebih positif.

Dalam hubungan memperkasakan minda dengan berita-berita benar melalui blog dan laman web, samada oleh pengendali blog atau penitip komen, sumbangan mereka diberi perhatian dan penghargaan jelas oleh pimpinan Pakatan Rakyat terutama oleh Anwar Ibrahim;

“Tindakan Kementerian Dalam Negeri yang bertindak merampas nashkah Suara Keadilan dan Harakah jelas menggambarkan ketidakmatangan Umno berhadapan dengan realiti kebangkitan rakyat. Saya yakin dan percaya bahawasanya perkembangan mutakhir di Perak yang dikupas secara imperikal oleh blog-blog, dan kini didedah melalui media alternatif seperti Harakah dan Suara Keadilan membuatkan Umno-BN berada dalam keadaan gundah gulana. Aduhai! Mengapa tidak diharamkan terus penggunaan komputer dan akses internet di seluruh Perak? Rakyat semakin celik, dan akan terus getek melihat tindak tanduk Umno-BN yang kelihatan gagal belajar dari keputusan PRU-12. Umno-BN boleh terus berusaha untuk membenakkan pemikiran rakyat, tetapi di akhirnya mereka akan tahu kelak bahawa rakyat tidak bodoh dan tidak mudah untuk diperbodohkan!”

DSAI

Walau bagaimanapun, masih ramai RAKYAT yang tertipu dengan hidangan berita-berita pembohongan yang disampaikan oleh TV, akhbar dan blog yang dikuasai oleh perakus UMNO/BN.

Justeru peranan para blogger dan pembaca blog harus dipertingkatkan. Bagi tujuan memperkasakan sumbangan para penulis blog (Bahasa Melayu), kerajaan rakyat dipertanggungjawabkan untuk mengenalpasti beberapa blog “Berminda Merdeka” untuk memudahkan kami menyalurkan berita dan maklumat terkini dan tepat.

Kerajaan Rakyat

Bagaimana para pemimpin lain di negeri pemerentahan kerajaan Pakatan Rakyat?

Khususnya kepada kami, soalnya di Selangor, adakah kesedaran dan keprihatinan yang sama terhadap peranan Bloggers yang diucapkan Anwar Ibrahim.

Sebelum ini para pemimpin tahu pentingnya peranan Bloggers, namun ramai yang rasakan mereka paling tidak dapat terima kasih, tidak dipedulikan dan tidak dimanfaatkan sepenuhnya.

Tiada usaha total bermula dari kepemimpinan kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Sehingga Bloggers sendiri mengwujudkan ini, dalam keadaan serba daif, namun dibangunkan juga demi Rakyat Malaysia, khususnya kami di Selangor.

Bulan bila pulak pos seperti ini mendapat perhatian Anwar Ibrahim, Abdul Hadi Awang, Lim Kit Siang..?

Khusus untuk kami, Abdul Khalid Ibrahim..?

Jika tiada respons, mungkin ada di kalangan kami yang berkata, depa ini sama Lah macam pemimpin BN gak.

Kata nak dengaq pendapat kita. Taip berjela pun, apa pun depa tak dengaq.

Adakah begitu para pemimpin Pakatan Rakyat..?

Sama-sama kita saksikan...

4 comments:

ISA said...

Bro...

Depa busy kot...., atau over confidence....

Hantam sajalah labu..., dah terhantuk nanti... kepala depa jugak yang benjol...

Kita tolong tepuk tangan amai-amai..

Gelombang Rakyat said...

ISA

Mentara itu Wak ngan Den gi mancing ikan kat Gunung Semanggol dulu...

Sana line internet best, guna tali pancing ikan jah...

ISA said...

Pergi ler.... tiada halangan, jaga2 jangan tersepak tulang belulang yang berkecai udah ler...

Lagi satu jangan mengumnokan ikan-ikan tu, pakai umpan baik sikit...

umpamanya buah anggur atau kiwi..
ha..ha..ha..

Gelombang Rakyat said...

ISA,

Ada gak keseronokan pepagi ni ya?

Thanks...

Tengah sunyi beb..!