Gelombang Rakyat

1Malaysiakah UMNO MCA MIC..?

























Konsep 1Malaysia jika hanya untuk membina imej Mohd Najib Abdul Razak sahaja, ianya satu konsep yang gagal sebelum bermula. Maka gagal terus bila dilaksanakan.

Tambahan lagi, 1Malaysia hanyalah cakap kosong, tiada inti sebenarnya yang memanfaatkan Rakyat Malaysia.

Apatah lagi Mohd Najib Abdul Razak lebih dahulu pemimpin UMNO daripada pemimpin Barisan Nasional.

Kita ketahui UMNO tidak menjadi wakil kepada satu Malaysia. Ini parti yang ada M selepas U dan sebelum NO.

Sebab itu No. Dengan M itu, UMNO, tidak dan bukan kepada perjuangan 1Malaysia. UMNO sebenarnya lebih kepada 1M, sebagaimana huruf M pada U.M.NO. itu.

Kita ketahui MCA tidak menjadi wakil kepada satu Malaysia. Ini parti yang ada C selepas M dan sebelum A.

So, you C. MCA tidak kepada perjuangan 1Malaysia. Lebih kepada C, pada M.C.A.

Kita ketahui MIC tidak menjadi wakil kepada satu Malaysia. Ini parti yang ada I selepas M dan sebelum C.

So, you C also, I. MIC tidak kepada perjuangan 1Malaysia. Lebih kepada I, pada M.I.C.

Rakyat dapatkah harapkan UMNO atau MCA atau MIC atau kesemuanya sekaligus, untuk memperjuangankan 1Malaysia. Sedangkan masing-masing mengutamakan M dan C dan I.

Gabungan yang hanya MCI sahaja.

Ketiga-tiga parti ini sudah lapok dan usang. Tidak relevan kepada Rakyat dan Negara Malaysia.

Sebab itu semakin ramai Rakyat, terutama golongan muda, tidak lagi dapat terima parti yang sesempit ini dalam perjuangan nasional mereka.

Maka, ramai yakin jika tidak dikuburkan pada 1946, kini sudah sampai masa dan ketikanya masing-masing mendekati kuburan sekelompok, selepas PRU 12.

Ada yang berkata tetapi UMNO dan MCA dan MIC berada dalam Barisan Nasional yang memperjuangkan 1Malaysia.

Tidak benar!

Perhatikan apa yang telah dan sedang berlaku di Shah Alam, perihal arak kepala lembu dan perpindahan kuil.

Perhatikan gambar Koh Tsu Khoon pernah dikoyak dipijak.

Perhatikan gelagat buruk mereka di setiap pilihanraya kecil.

Bila perjuangan itu untuk M atau C atau I sahaja, M akan didahulukan. Jika berani sebut begini:

Barisan Nasional terdiri daripada parti MIC, MCA, dan UMNO.

atau

Barisan Nasional terdiri daripada parti MCA, MIC, dan UMNO.

Tidak mungkin, walaupun 100 tahun akan datang. Hak memang tidak sama dan tidak akan disamakan. Serata dan saksama? 1,000 tahun belum tentu.

Semua ini sudah jelas.

Namun, pada saya model sebuah parti politik yang molek di Malaysia ialah Parti KeADILan Rakyat.

Perjuangannya ialah Untuk Perubahan Rakyat Negeri di dan Negara Malaysia. Rakyat itu semua.

Adil, dan saksama.

Sementara itu Democratic Action Party - DAP, dan Parti Islam Se-Malaysia, dua parti yang baik.

Bila bergabung dalam Pakatan Rakyat, itu yang menjadikan ketiga-tiganya bulatan yang mantap.

Ini kita kongsikan dengan seluruh Rakyat Malaysia, terutama Pengundi N 31 Bagan Pinang ya...
























Kota SiPuteh Usah Dikenang
Daun Padi Dikata Lalang
Jika Memang Rakyat Kan Menang
Jom Raya Pilihan Di Bagan Pinang


























16 September 2009 Hari Malaysia Untuk Seluruh Rakyat. Sama-sama kita meraikannya. UP Malaysia - Untuk Perubahan Malaysia. Penduduk dipersilakan meraikannya juga. Semua rakan di seluruh dunia boleh menyatakan ucapan...

Gelut Najib Di Arena Politik Malaysia
























Jika ada pemimpin politik di Malaysia kini yang sedang bergelut sekarang ini, dia ialah Mohd Najib Abdul Razak.

Pertama: Apa pergelutannya?

Kedua Menarik, siapa pasukan penasihat atau penyumbang informasi kelilingnya?







Memang kini Mohd Najib Abdul Razak tahu dia menduduki kerusi itu yang merupakan kerusi tertinggi kepemimpinan negara.

Namun, jelas sekali Mohd Najib Abdul Razak pun tahu dia bukan pemimpin politik negara satu Malaysia.

Ini jelas dari kedudukan kerusi di Parlimen, kerusi kerajaan negeri, dan sokongan Rakyat yang terbahagi dua. Mohd Najib Abdul Razak dapat sebahagian dari jumlah total.

Tentu ada yang kata, "biasalah itu..."

Pada saya tidak biasa, sebab pembahagian ini, kelihatan lebih ramai memihak kepada Anwar Ibrahim, Para Pemimpin Utama, Menteri Besar, Ketua Menteri, dan ahli parti serta penyokong Pakatan Rakyat. Ya, berbanding Mohd Najib Abdul Razak dan lain-lain kerusi yang didudukinya sebagai ketua.

Maka itu...

1Malaysia dibaca sebagai satu cara pembinaan imej Mohd Najib Abdul Razak.

Ya, satu daripada mimpi fantasinya yang bukan suatu realiti.

Untuk menjadikan erti itu dengan mengisi kekosongan supaya berisi sebagai realiti, Mohd Najib Abdul Razak melakukan dua langkah yakni gerak dan kawal.
Gerak

Geraknya menawan Selangor sepertimana Perak.

Alahai! Membaca pemikiran politik pemimpin baru dalam Pakatan Rakyat, mereka nampak ini "impossible" mengikut congakan logik mereka sendiri-sendiri.

Molek mereka matang segera. Ini politik Malaysia era siapa? Ya...

Era ini YB, kenaifan simpan dahulu dalam poket dahulu, selagi ada pemimpin pihak Barisan Nasional yang berkuasa dan mengguna kuasa itu, usah fikirlah dahulu salah atau benar, itu bukan persoalannya, namun cita politik capai akhirnya.

Tak percaya? Renung alasan insiden arak kepala lembu di Shah Alam. Setaraf tidak alasan itu dengan yang diarak?

Pusing-pusingan alasan diberikan oleh pasukan keliling Mohd Najib Abdul Razak. Mereka itu mudah dikenali, "They are exhausting every possibility, and they shall find one that is probably possible".

Pasukan ini saya sebut sebagai The Grand Design, dengan misi rebut atau rampas, Perak, Selangor, Kedah, Pulau Pinang, dan Kelantan.

Pemimpin Pakatan Rakyat boleh pantas jerit, "No Way!!!".

Pada saya, katalah yang sama, sebelum dan setelah Perak Dirampas.

Ramai tidak menyedari siapa dan di mana dalam struktur kuasa di Perak yang boleh memanfaatkan sesuatu rencana.

Molek Abdul Khalid Ibrahim, dan lain-lain pemimpin peneraju negeri, kaji dan fahami apa yang berlaku kepada Muhammad Nizar Jamaluddin.






Pun begitu, adakah pemimpin Pakatan Rakyat di negeri masing-masing nak tunggu terjadi baru menyusun tindakan. Perhatikan betapa letihnya Muhammad Nizar Jamaluddin nak masuk dewan persidangan DUN.

Lagi, pun begitu, apa yang diinginkan berlaku belum berlaku, dan yang hajat diinginkan terjadi belum terjadi, kerana Mohd Najib Abdul Razak bukan sahaja kekurangan sokongan 1Malaysia, dia juga kekurangan sokongan 1 UMNO dan 1Barisan Nasional.

Walaupun ada kalangan para Menteri dan beberapa organisasi strategik kerajaan dalam kawalan Mohd Najib Abdul Razak, namun dia kehilangan tokoh dari kalangan Vateran UMNO kecuali beberapa yang bergerak dalam NGO. Mohd Najib Abdul Razak juga ketiadaan tokoh politik handal dalam Sayap Wanita. Begitu juga kelihatan berbelah bahagi kepercayaan sebenar dalam pemimpin, pasukan, dan Sayap Pemuda.

Menekan lebih lagi ialah kehebatan rancak pemimpin dan kepemimpinan dalam MCA dan MIC berebut kerusi tertinggi parti. Manakala apa yang boleh diharapkan dari Gerakan dan lain-lain parti komponen Barisan Nasional. Barangkali bila diarah jala mereka ada tali pancing lilit tin susu kosong sahaja.

Semua ini, setakat kini membantutkan pencapaian manis nak dikecapi Mohd Najib Abdul Razak.

Dia masih bergelut.

Ketika masih ada satu lagi kemungkinan...

















Ini the weakest point dalam kekuatan politik Mohd Najib Abdul Razak.

Sedangkan pemimpin puluhan tahun berpolitik dalam Pakatan Rakyat, mereka tahu apa yang disebutkan di sini, dan pada saya, enjut kembali gerak bulatan padu tuju Putrajaya!

Jom! Kita tawan Putrajaya!!!

Siapkan Piagam Pakatan Rakyat dahulu.

Kemudian informasi akan dikongsi dengan semua, cara bagaimana ini boleh dilakukan sebaiknya, sehingga Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Abdul Hadi Awang akan restui ini kerana menepati dilaku langsungkan bertepatan prinsip perjuangan Pakatan Rakyat.

Demi itu, dua manfaat molek dicapai:

Pertama: Mohd Najib Abdul Razak yang bergelut akan bertambah keliru dan sumbang pula jurus dan langkahnya.

Kekuatan pasukannya akan terbelah dua dari aspek tumpu dan laksana.

Anwar Ibrahim boleh menerajui keyakinan bertambah bahawa usaha pemimpin yang dihilangkan di Selangor dapat dihalang, lompatan bersebab lain-lain pemimpin tidak menjadi kerana yakin setia mereka di negeri lain dikuasai Pakatan Rakyat.

InsyaAllah bersambung...

BLOW - Abdul Hadi Kecam Najib..! Pada Wa Kecaman Kaw Kaw..!

PAS President, Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul...Image via Wikipedia

Zizi - Cucu Tok Bebayang Acheh

Wa tak dapat fikirkan kenapa Mohd Najib Abdul Razak meletakkan dirinya di kedudukan kutukan, jika pun bukan dilaknati, orang ramai di kalangan ramai orang.

Kelak, pemimpin UMNO dan Barisan Nasional pun khoatir bila dilihat duduk berdiri atau bersamanya.

Terkini Harakah Daily Net melaporkan Abdul Hadi Awang turut mengecam Mohd Najib Abdul Razak.

Sabtu 14 Februari 2009 | 18 Safar 1430 Hijrah
Rakyat digesa cantas pemimpin yang jahanamkan negara
Wartawan Khas
Sat | Feb 14, 09 | 11:54:40 am MYT

IPOH, 14 Feb (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin masih merupakan Menteri Besar Perak yang sah.


01. Kerajaan Perompak.

02. Zalim.

03. Tidak ada maruah.

04. Tiada harga diri.

05. Belum dapat kuasa sudah tunjuk jahat, saya bimbang kalau sudah jadi Perdana Menteri nanti, hancur negara dibuatnya.

06. Kapten bahtera ini sekarang mabuk. Marilah kita campaknya ke laut, jangan biarkan dia tenggelamkan bahtera kita bersama.

07. Bersama segera mencantas pemimpin negara yang akan menjahanamkan negara.

Sepenuhnya di sini:

http://www.harakahdaily.net/

Jadi, jelas supaya Mohd Najib Abdul Razak sedar, jika diberi pilihan, Abdul Hadi Awang tidak mahu Mohd Najib Abdul Razak jadi Perdana Menteri Malaysia.

Secara terbuka, pandangannya ialah Abdullah Ahmad Badawi.

Bukan Mohd Najib Abdul Razak.

Bila orang ramai sudah marah, macam-macam cara mereka melepaskan geram:

nujab

house13-feb6

Adeh!

Macam mana bila Mohd Najib Abdul Razak jadi Perdana Menteri kelak?

Fantang orang melihat gambarnya...

Reblog this post [with Zemanta]

BLOW - Menang Pilihanraya - UMNO BN Baru Pandai Skit Tapi Blum Pandai Total..! Malaysiakini

Official Logo of Pan-Malaysian Islamic Party (...Image via Wikipedia

Cucu Cina AchehZiZi,

Cucu Tok Acheh Pedagang Cina

Ahli BLOW - Blogger Wawasan
Prima Maya Bloggers Network @ Selangor Malaysia

Pilihanraya.

Wa nengok UMNO BN baru nak pandai skit, tapi belum pandai total.

Kenapa?

Sila baca ni dulu...

Malaysiakini melaporkan...

  • Umno: Tiada lagi calon luar
    Muda Mohd Noor | Feb 12, 09 3:08pm
  • Umno Perak tidak akan mengulangi kesilapannya dalam pilihanraya umum tahun lalu apabila meletakkan calon luar untuk bertanding di kerusi Parlimen Bukit Gantang sehingga tewas di kubu kuat sendiri.LAGI
  • 65% peluang menang
    Akur suara akar umbi
Perihal penentuan calon, dasar keputusannya seperti semua hitam atau semua putih. Ini salah dan UMNO BN boleh kalah.

Wa suka cara PAS Parti Islam Se-Malaysia, menentukan calon untuk Menang. Teliti dan hikmah. Kebijaksanaan Abdul Hadi Awang, wa tabik.

Jika aspek ini PAS dapat 90 per 100. UMNO baru dapat 20 per 100 dalam penentuan calon.

Arif Shah Omar Shah

WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh

Soalnya bukan sangat dari luar atau dari tempatan.

Namun takat itulah wa bagitahu sebab di P 59 Bukit Gantang wa nak PAS menang lagi. UMNO BN bior ler depa kaloh jer memanjang. Kalah teruk seterusnya lagi dan lagi. Terutama di Perak.

Udoh ler dulu tak reti penentuan calon, kini udoh pandai skit. Tapi UMNO BN banyak lagi tak pandainya.

Hehehehehe.

UMNO BN kini ada seorang sahaja strategis jah yang baik untuk menang pilihanraya. Tapi wa tak kan sajes nama dia. Biorlah Najib lagi jadi teraju jentera pilihanraya. Yeah!!!

Takat wa tahu strategis menang pilihanraya, Mahathir Mohamad. Diikuti Anwar Ibrahim. Kedua-dua ini hebat.

Selainnya dalam PAS - Pasukan Ulamak.

Dalam PKR - Parti KeADILan Rakyat - Saifudin Nasution. Dan ramai lagi.

Namun wa tahu kali ini akan ada improvements sedikit dalam cara gaya UMNO menang pilihanraya.

Tapi jika 65% itu wa kata, usah bermimpi dan berfantasi ler Yeop Yong UMNO BN oii. Isu sekarang cukup manyak dan penuh keji.

Rampasan Perak ialah paling undemokratik.

Pilihanraya di P 59 Bukit Gantang ini, di negeri mana ye?

Hehehehehe...
Reblog this post [with Zemanta]

BLOW - Asasnya - Pusat Media Nasional Pakatan Rakyat Dan 6 Juta Pengundi Baru PRU 13..!

Cucu Cina AchehZiZi,

Cucu Tok Acheh Pedagang Cina

Ahli BLOW - Blogger Wawasan
Prima Maya Bloggers Network @ Selangor Malaysia

Kita tahu pi pi mai pun akhirnya pemimpin ditentukan oleh para pengundi di pilihanraya, sama ada pilihanraya kecil mahupun pilihanraya umum.

Rakyat tidak mahu pemimpin yang baik masa nak dapat undi, sudah dapat undi dan menang, Camry. Itu antara diutamakannya, umpamanya. Rakyat pun tidak dipedulikan sehinggalah pilihanraya umum akan datang, atau pilihanraya kecil seperti P 44 dan P 36.

Bila tiba N 25 dan P 59, menunglah Bloggers pula terus mahu berjuang sama. Mereka ini, macam mana nak berperanan, dalam keadaan tidak pernah dipedulikan, maka merekapun cuba mengguna talian internet dengan tali pancing ikan lilit mantan tin susu.

Lantaran Pakatan Rakyat perlu ada Pusat Media Nasional.

Memang syok para pemimpin dapat coverage media gah. Namun, banyak kali dan kerap, ini amat merugikan para pemimpin Pakata Rakyat. Umpamanya, manipulasi, separa benar, prejudis, bias, dan mengadu-domba.

Mula sekarang, lupakan Lah media tersebut.

Pakatan Rakyat pula kuasai media. Media sendiri.

Yakni, dengan adanya Pusat Media Nasional, macam-macam boleh dimanfaatkan:

01. Pemusatan untuk Penyatuan Paparan Blog para pemimpin Pakatan Rakyat.

02. Kemaskini dan pemakluman rasmi pemimpin Pakatan Rakyat.

03. Aktiviti ADUN dan MP Pakatan Rakyat.

04. Internet TV Pakatan Rakyat

05. Internet Radio Pejuang Pakatan Rakyat

06. Paparan Klip Video Rasmi Pakatan Rakyat

07. Galleri Gambar Pakatan Rakyat

08. Social Networking Portal Pakatan Rakyat

09. Forum Pakatan Rakyat

10. Chatz Pakatan Rakyat

11. News Aggregator Pakatan Rakyat

12. Pembekalan bahan SMS

13. Selected Games Mind Relaxation Pakatan Rakyat

14. Gubahan Lagu Pakatan Rakyat

15. Poster Pakatan Rakyat

16. Bloggers Pemikir Pakatan Rakyat.

17. Bloggers Network @ Malaysia

18. Bloggers Network Setiap Negeri

19. Pertukaran Informasi Antarabangsa

20. Latihan untuk Penyokong Pakatan Rakyat

21. Macam-macam ada...

Bila boleh mula..?

Kami mula dulu dan para pemimpin Pakatan Rakyat ikut..?

atau

Para pemimpin Pakatan Rakyat mula dulu dan kami ikut..?

BLOW - Pos Yeols PRO-REFORM Memungkinkan Pusat Media Nasional Pakatan Rakyat Rujukan Ramai..!

Cucu Cina AchehZiZi,

Cucu Tok Acheh Pedagang Cina

Ahli BLOW - Blogger Wawasan
Prima Maya Bloggers Network @ Selangor Malaysia


Saya merasakan perlunya para pemimpin Pakatan Rakyat bersatu dengan Bloggers setelah wujudnya Pusat Media Nasional Pakatan Rakyat Untuk Rujukan Ramai:


Kemudian saya baca ini...

BAPA ARUS PERUBAHAN MALAYSIA
Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI)

12 February 2009

DSAI Hargai Sumbangan Para Bloggers

Menyampaikan maklumat jelas dan tepat adalah tanggungjawab semua RAKYAT yang inginkan keadilan dan kesejahteraan subur di negara tercinta, Malaysia. Kita boleh memainkan peranan yang berkesan dalam penyalurkan maklumat ini dengan berbagai cara dan pendekatan. Sebagai golongan yang ditindas dan dinafikan hak untuk menghebahkan tentang kezaliman, penipuan dan pendustaan kerajaan UMNO/BN, RAKYAT yang prihatin, berkemampuan dan berkesempatan bisa saja melakukannya melalui kaedah yang murah dan santai.

Sesetengah RAKYAT menyampaikan berita benar melalui blog dan laman web. Sebahagiannya menyampaikan maklumat ringkas melalui ‘SMS’. Ramai yang menyampaikan pandangan dan titipan minda melalui ruangan komen di blog dan laman web yang mereka lawati. Semua ini adalah sebahagian daripada sumbangan yang insyaALLAH dapat menjana kepada revolusi mental kearah yang lebih positif.

Dalam hubungan memperkasakan minda dengan berita-berita benar melalui blog dan laman web, samada oleh pengendali blog atau penitip komen, sumbangan mereka diberi perhatian dan penghargaan jelas oleh pimpinan Pakatan Rakyat terutama oleh Anwar Ibrahim;

“Tindakan Kementerian Dalam Negeri yang bertindak merampas nashkah Suara Keadilan dan Harakah jelas menggambarkan ketidakmatangan Umno berhadapan dengan realiti kebangkitan rakyat. Saya yakin dan percaya bahawasanya perkembangan mutakhir di Perak yang dikupas secara imperikal oleh blog-blog, dan kini didedah melalui media alternatif seperti Harakah dan Suara Keadilan membuatkan Umno-BN berada dalam keadaan gundah gulana. Aduhai! Mengapa tidak diharamkan terus penggunaan komputer dan akses internet di seluruh Perak? Rakyat semakin celik, dan akan terus getek melihat tindak tanduk Umno-BN yang kelihatan gagal belajar dari keputusan PRU-12. Umno-BN boleh terus berusaha untuk membenakkan pemikiran rakyat, tetapi di akhirnya mereka akan tahu kelak bahawa rakyat tidak bodoh dan tidak mudah untuk diperbodohkan!”

DSAI

Walau bagaimanapun, masih ramai RAKYAT yang tertipu dengan hidangan berita-berita pembohongan yang disampaikan oleh TV, akhbar dan blog yang dikuasai oleh perakus UMNO/BN.

Justeru peranan para blogger dan pembaca blog harus dipertingkatkan. Bagi tujuan memperkasakan sumbangan para penulis blog (Bahasa Melayu), kerajaan rakyat dipertanggungjawabkan untuk mengenalpasti beberapa blog “Berminda Merdeka” untuk memudahkan kami menyalurkan berita dan maklumat terkini dan tepat.

Kerajaan Rakyat

Bagaimana para pemimpin lain di negeri pemerentahan kerajaan Pakatan Rakyat?

Khususnya kepada kami, soalnya di Selangor, adakah kesedaran dan keprihatinan yang sama terhadap peranan Bloggers yang diucapkan Anwar Ibrahim.

Sebelum ini para pemimpin tahu pentingnya peranan Bloggers, namun ramai yang rasakan mereka paling tidak dapat terima kasih, tidak dipedulikan dan tidak dimanfaatkan sepenuhnya.

Tiada usaha total bermula dari kepemimpinan kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Sehingga Bloggers sendiri mengwujudkan ini, dalam keadaan serba daif, namun dibangunkan juga demi Rakyat Malaysia, khususnya kami di Selangor.

Bulan bila pulak pos seperti ini mendapat perhatian Anwar Ibrahim, Abdul Hadi Awang, Lim Kit Siang..?

Khusus untuk kami, Abdul Khalid Ibrahim..?

Jika tiada respons, mungkin ada di kalangan kami yang berkata, depa ini sama Lah macam pemimpin BN gak.

Kata nak dengaq pendapat kita. Taip berjela pun, apa pun depa tak dengaq.

Adakah begitu para pemimpin Pakatan Rakyat..?

Sama-sama kita saksikan...

BLOW - Anwar - Lambat Lagikah Pusat Media Nasional Pakatan Rakyat..?

Cucu Cina AchehZiZi,

Cucu Tok Acheh Pedagang Cina

Ahli BLOW - Blogger Wawasan
Prima Maya Bloggers Network @ Selangor Malaysia

Kemudian saya susuli dengan pos ini...

Monday, January 5, 2009

Anwar - Lambat Lagikah

Pusat Media Nasional

Pakatan Rakyat..?

Dari Blog CINA ISLAM

05 Januari 2009

DAKWAAN PALSU OLEH MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

"PERAK KUNCI DEWAN 700 TADIKA KEMAS". "TINDAKAN JEJAS 11,000 KANAK-KANAK: ZAHID." OLEH Abu Bakar al-Sidek. Begitulah bunyinya laporan di muka surat 11 Berita Minggu keluaran Ahad, 4 Januari 2009.

Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya dengan dakwaan dan tohmahan yang dinyatakan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melalui laporan akhbar tersebut dan juga akhbar arus perdana bahasa melayu yang lain pada hari yang sama.

http://idhamlim.blogspot.com/2009/01/dakwaan-palsu-oleh-menteri-di-jabatan.html
Pemimpin dan Media Sepakat, masak Lah Pakatan Rakyat.

Banyak lagi dijangkakan karangan karang mengarang semacam dan seumpama di atas, selepas sekarang, dan Pakatan Rakyat molek bertindak sekarang, bukan karang...

Reblog this post [with Zemanta]

BLOW - Pakatan Rakyat Perlu Pusat Media Nasional Rujukan Ramai

Cucu Cina AchehZiZi,

Cucu Tok Acheh Pedagang Cina

Ahli BLOW - Blogger Wawasan
Prima Maya Bloggers Network @ Selangor Malaysia

Hari ini pertama kali saya mendengar pemimpin negara menyentuh khusus peranan Blogger, forumer, dan Grouper.

Ini pertanda baik.

Ingin tahu lebih lanjut lagi.

Namun terdahulu saya sudahpun pos ini...

Sunday, January 4, 2009

Pakatan Rakyat Perlu Ada Satu

Pusat Media Nasional

Untuk Rujukan Ramai

Seandainya ada usaha pemimpin atasan kerajaan bersekongkol dengan media utama untuk menghentam Pakatan Rakyat, maka para pemimpin Pakatan Rakyat tidak molek merujuk kepada media ini dan bertamparan di antara satu sama lain.

Sudah tiba masa dan ketikanya Pakatan Rakyat mempunyai Pusat Media Nasional untuk rujukan semua pihak.

Jika tidak apa yang dibina sekejap sahaja berkecai kerana salah faham sesama sendiri hasil dari kepakaran pihak media mengadu domba para pemimpin Pakatan Rakyat.

Macam mana, Anwar Ibrahim, Abdul Hadi Awang, dan Lim Kit Siang, jom kita hancurkan Pakatan Rakyat sekarang, atau kita terus mantap dan majukan gabungan yang terbaik di Malaysia ini.

Kemajuan PAS - Kemurnian Pemimpin

Pandangan sebahagian Rakyat Malaysia, pemimpin politik, jika ini bangsanya, ini agamanya, ini budayanya, maka dia pengamal rasuah, ada skandal, dan individu yang tidak baik.

Hakikat pedih yang sama ada mahu diterima atau tidak mahu diterima, namun PAS - Parti Islam Se-Malaysia masih unggul dan murni. Pemimpin politik PAS - Parti Islam Se-Malaysia, ini juga bangsanya, inilah agamanya, bukan ini budayanya, bukan dari kalangan yang rasuah, tiada skandal, taqwanya kepada Allah, dan dia individu yang baik.

Terkini, MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut ialah seorang pemimpin dari kalangan ramai yang boleh menjadi model kecemerlangan pemimpin di Malaysia.

Saya bukan ahli penyokong pun tidak. Sekadar pemerhati pemimpin dan kepemimpinan dengan fokus politik di Malaysia.

Nik Aziz Nik Mat, menyerlah. Kejayaannya memimpin Kelantan, menampakkan kelayakan, kemampuan, dan kebolehan memimpin Malaysia.

PAS perlu ramai lagi pemimpin seumpama Nik Aziz Nik Mat, dalam ertikata kemajuannya sebagai parti politik.

Pemimpin selainnya nampak ada kesatuan pegangan, namun terdapat gaya sedikit kelainan. Kelainan inilah yang menyebabkan sebahagian Rakyat Malaysia belum memahami Islam, sepatutnya diterajui PAS - Parti Islam Se-Malaysia.

Sedari dahulu saya masih belum dapat memahami Abdul Hadi Awang. Barangkali ahli dan penyokong PAS yang dekat mengikutinya lebih faham. Namun pertama kali mendengar kaset ucapannya semasa di USA, dan sesekali imbas siapakah pemimpin ini di Malaysia, cukup mahu menjauhi PAS dek ngeri jika dari Terengganu penglebaran kuasanya ke seluruh negara.

Namun, setelah dalam Pakatan Rakyat saya melihat PAS sebuah parti yang jauh lebih baik untuk Rakyat dan Negara Malaysia.

Semasa PRU 12, saya di Kelantan dan sempat melihat PAS bersama rakan Pakatan Rakyat, dan saya dapat merasakan gelombangnya dan betapa baiknya PAS menguasai bukan sahaja Kelantan, malah negeri lain pun.

Benar kemudiannya, PAS sudah menerajui Kedah, dan negeri kelahiran saya Perak memungkin Menteri Besar dari kalangan pemimpin PAS.

Walaupun awalnya nampak kulup sahaja, ternyata Muhammad Nizar Jamaluddin seorang pemimpin yang unggul dan berpotensi besar.

Selainnya, saya nampak kepemimpinan Husam Musa dan Khalid Samad. Mereka inilah di antara pemimpin PAS saya harapkan memberi penerangan inilah Islam dari pegangan PAS. Setakat ini saya belum faham kerana ketiadaan penerangan itu sampai kepada saya boleh ketahui. Harap jelas dan jelaskan, kerana Islam Hadhari memang mengelirukan.

Tetapi, apa pula cerita Erdogan ini. Pulak?

Barangkali PAS - Parti Islam Se-Malaysia sememangnya solid sudah. Cuma saya sahaja belum memahami sepenuhnya.

Pun masih ada sebahagian Rakyat Malaysia yang sama, belum memahami sepenuhnya. Sama ada kami mendamping PAS, atau pemimpin PAS mendamping kami.

Bercakap perihal berdamping. Kelihatan Bloggawan dan Bloggawanita bergerak pelbagai cara dan hala.

Sama ada benar atau tidak, PAS boleh berdamping dan peduli.

Jika Barisan Nasional, saya cukup faham, mereka tidak faham masyarakat di Bloggoworld ini. Sama ada mereka anggap depa ini Beruk, atau useless, atau insignificant atau political enemy.

Pemerhatian saya kepada Anwar Ibrahim dan Parti KeADILan Rakyat pula, ianya organisasi politik agak ketat. Masih belum longgar lantaran terbuka. Telah ada suara semacam masyarakat di Bloggoworld ini tidak dihargai pemimpin dan parti.

Parti lain masih blurr.

Saya nampak PAS - Parti Islam Se-Malaysia lebih memahami teknologi ini dan lebih menyentuh para Blogger. Contohnya, apa yang diusahakan di Perak umpamanya mendahului pemikiran semua pemimpin politik di Malaysia.

Namun, usaha ini belum meluas. Masih boleh dilebarkan.

Kenyataan Abdul Hadi Awang menjelang P 36 Kuala Terengganu mencetus satu petanda baik, akan mahu mengambil kira pandangan Bloggawan. Saya tambah, Bloggawanita.

Sebenarnya masyarakat di Bloggoworld, boleh dimanfaatkan sepenuhnya menjelang pilihanraya dan terutama PRU 13. Satu usaha sepadu boleh dilaksanakan supaya PAS kekalkan Kelantan, Kedah. Meningkat di Perak supaya tetap menjadi teraju. Selain itu kembalikan Terengganu berparas pemimpin dan kepemimpinan MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut. PAS juga boleh memenangi Perlis. Serta beberapa negeri lagi.

Jika masayarakat di Bloggoworld bakal disatukan untuk sama berjuang maka parti yang punyai kesedaran, peduli, dan menghargai mereka ini, buat masa ini ialah PAS - Parti Islam Se-Malaysia.

P 36 Kuala Terengganu - Semarak Pakatan Rakyat Bentuk Kerajaan Pusat

Seketika kita tinjau pengumuman kemenangan di P 36 Kuala Terengganu, 17 Januari 2009..!

InsyaAllah, MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut - PAS - Parti Islam Se-Malaysia - PR - Pakatan Rakyat menang, ini ialah kemenangaan pengundi P 36 Kuala Terengganu, dan kemenangan Rakyat Malaysia seluruhnya.

Kemenangan ini mensemarakkan Pakatan Rakyat tuju kejayaan total di PRU 13. Di sini kesinambungan pencapaian kejayaan P 44 Permatang Pauh.

Bertambah suara Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, dan kurang 1 suara Ahli Parlimen Barisan Nasional.

Kemudian Pembentukan Kerajaan Baru dan Perdana Menteri dari kalangan pemimpin Pakatan Rakyat yang prihatin Rakyat.

Perhatikan, kalah atau menang Wan Ahmad Farid Wan Salleh - UMNO - BN - Barisan Nasional, tidak menjadi penting kepada mereka.

Jika tidak kisah Lah jika pengundi di P 36 Kuala Terengganu mengundi dengan memberikan kekalahan kepada calon Barisan Nasional.

Tiada banyak perubahannya. Wan Ahmad Farid Wan Salleh tetap diutamakan. UMNO beralih kepada Perhimpunan Agung 9 Mac 2009, Barisan Nasional tunggu perjumpaan khas, kerajaan kembali tidak peduli Rakyat Malaysia.

Seandainya Abdullah Ahmad Badawi tidak berbohong, dan dia benar-benar bersara awal. Kemungkinan Mohd Najib Abdul Razak dipilih Abdullah Ahmad Badawi sebagai pengganti.

Ini dijangkakan adalah keputusan paling buruk bakal dilakukan Abdullah Ahmad Badawi sebelum bersara awal. Kerusi Perdana Menteri Malaysia diserahkan kepada pemimpin yang sama buruk atau lebih teruk lagi.

Katakan Lah ini persepsi terhadap Mohd Najib Abdul Razak. Namun semakin ramai sedang mencari jalan bagaimana Mohd Najib Abdul Razak tidak dapat duduk di kerusi tersebut, ataupun duduk seketika sahaja.

Caranya, ialah Snap Poll, selepas Mohd Najib Abdul Razak, rasmi sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Sila baca lanjut di sini:

http://atotalblog.wordpress.com/2009/01/08/a-possible-snap-poll-after-9th-of-march-2009-if-najib-becomes-pm/


From Suara KeADILan Online

By Wong Choon Mei


They also reiterated plans to topple the BN federal government and believe that KT may be the key that unlocks the door to a less corrupt and better-governed Malaysia

More here:http://limboochang.com/

InsyaAllah, doakan supaya diselamatkan-Nya Rakyat dan Negara Malaysia.

Nota:

Wan Ahmad Farid Wan Salleh mahu jadi jambatan di P 36 Kuala Terengganu.

Apa hal pula dengan ura-ura satu jambatan menghubung Melaka dan Achech. Khabarnya RM 38 Billion.

P 36 Kuala Terengganu - - Boleh Tahan Juga Congakan A Mum Of Three Mohd Siapa Calon?

Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
pru12.pas.org.my
Betul Lah itu. Bijak...bijak!
I'm a wife
and also a mum
to three Mohd.
Mohd. Shakir
Mohd. Shazuan
and
Mohd Syafiqa

01. Baca senarai setiap calon yang diwar-warkan.

02. Ambil klu dari kebijaksanaan Abdul Hadi Awang.

03. Senarai pendekkan.

04. Tahu sudah kita siapa calonnya.

Apa pun, dalam politik pelbagai kemungkinannya. Jadi sesama kita tunggu pengumuman rasmi.

Syabas!

Ringan sudah gelojak suspens di antara kita membaca pos A Mum Of Three Mohd.

P 36 Kuala Terengganu - Kebijaksanaan Hadi Awang Dapatkan Maklumbalas Termasuk Dari Penulis Blog

Abdul Hadi Awang
ridzuan1706.wordpress.com
Penting kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk menang di Pilihanraya Kecil P 36 Kuala Terengganu.

Informasi amat berharga, kesudian mendengar pendapat bakal memperolehinya dalam bentuk maklumbalas. Termasuk daripada kalangan Penulis Blog.

Inilah satu kelebihan pemimpin seperti Abdul Hadi Awang.

Perhatikan, jika ketika hendak menentukan calon pun meraih maklumbalas supaya dapat didengari pertimbang semua pendapat dan memilih yang terbaik darinya. Bayangkan betapa besar kesudian mendengar ini setelah PAS berjaya memenangi kerusi P 36 Kuala Terengganu.

Apapun mohonlah hidayah dari-Nya.

Saya sendiri sebagai penulis blog ini tidak arif dengan pengundi di P 36 Kuala Terengganu. Mereka sukar dibaca.

Jadi penting sekali Penulis Blog yang ikhlas, faham kecenderongan para pengundi, dan sudi berkongsi maklumat, maka mereka ini lebih diutamakan maklumbalas darinya.

Satu Blog Total sudah pun memulakan siri pos, untuk memberi sedikit kesan kepada kemenangan calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk memenangi P 36 Kuala Terengganu.

Pemimpin UMNO, kita pun tahu sudah kepemimpinan mereka. Rata-rata mengecewakan. Parti UMNO, tiada jelas nampaknya untuk membantu masyarakat yang diwakilinya. Barisan Nasional sudah tidak relevan lagi.

Dengan izin-Nya juga, sama-sama kita pastikan Barisan Nasional kalah teruk di semua pilihanraya kecil dan juga PRU 13 kelak.

Pemimpin yang bersih demi mempastikan usaha murni untuk Rakyat dan Negara Malaysia, termasuk di P 36 Kuala Terengganu, ialah pemimpin PAS dan pemimpin Pakatan Rakyat.

InsyaAllah, sama-sama kita usahakan kemenangan di P 36 Kuala Terengganu.

Abdul Hadi Kata Pak Lah Terus Kekal PM...

Begitu dilaporkan oleh Harakah Daily Net:

Ahad 7 Disember 2008 | 8 Dzulhijjah 1429 Hijrah
Perdana Menteri jangan lepaskan jawatan- Ustaz Hadi
Azamin Amin
2008-12-07 00:42:33

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Hrkh) - Presiden PAS mencadangkan agar Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi terus menjalankan tugas-tugasnya sebagai Perdana Menteri walaupun...

Sambungan di sini:

http://www.harakahdaily.net/

Pada pandangan saya Abdullah Ahmad Badawi tidak perlu kekal, tidak perlu terus menduduki kerusi Perdana Menteri Malaysia. Sebaiknya, bersara Lah awal.

Namun, Mohd Najib Abdul Razak yang diharapkan, tidak pula kelihatan mampu melakukan perubahan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Jikalau setakat meneruskan tradisi Abdullah Ahmad Badawi, barangkali betullah kata Abdul Hadi Awang itu.

Selain Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Abdul Razak, belum nampak seorangpun dalam UMNO mahupun Barisan Nasional pemimpin yang layak menduduki kerusi Perdana Menteri Malaysia.

Jalan yang terbaik kini ialah bersepakat demi Rakyat dan Negara Malaysia, kerusi Perdana Menteri dibawa ke penghadapan D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, supaya seorang daripada Pakatan Rakyat dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Nama yang dicadangkan ialah:

Anwar Ibrahim
www.metromalaysia.com
Jika Hari Ini Pakatan Rakyat Memerintah Esok Harga Minyak Turun
Bayangkanlah Lusa dan Hari Seterusnya
Berapa Banyak Manfaat Yang Dikongsinya
Dengan Rakyat dan Memajukan Negara Malaysia

Abdul Hadi Awang
amin1982.wordpress.com
Pemimpin Yang Bersih
Amat Baik Untuk Rakyat dan Negara Malaysia
Lim Guan Eng
www.malaysiakini.com
Mempunyai Kualiti Kepemimpinan
Amat Baik Untuk Rakyat dan Negara Malaysia

Ini pandangan sekadar respons kepada apa yang Abdul Hadi Awang katakan sehubungan perlukah Abdullah Ahmad Badawi terus menjadi Perdana Menteri Malaysia. Tidak perlu. Perlukah Mohd Najib Abdul Razak mengganti. Tidak molek.