BLOW - Respons Kepada Keputusan Sultan Perak...
0 Comments
»
ZiZi,
Cucu Tok Acheh Pedagang Cina
Ahli BLOW - Blogger WawasanPrima Maya Bloggers Network @ Selangor Malaysia
Ada beberapa komen di Blog ini. Terima kasih. Biasa saya jawab satu per satu. Kini tidak kesempatan kerana Internet terlalu laju, nak pos pun payah.
Saya jawab di sini. Komen di Blog ini, tiada moderation. Kata Lah apa nak kata. Usah sampai mencarut ya sayang...
Pada saya di BLOW, kedua-dua pihak Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat telahpun bersetuju supaya pihak Istana berkongsi keadilan, mohon pekenan, dalam mengatasi kemelut siapa kerajaan di Perak.
Pada saya Baginda telahpun membuat keputusan...
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah
beritamalaysiakini.wordpress.com
Tentu Lah Baginda bertanggungjawab di atas keputusannya itu. Hanya Allah jua yang menghakiminya kelak.
Sebahagian Rakyat bergembira dengan keputusan ini.
Ada yang tak kisahpun.
Namun sebahagian lagi Rakyat Malaysia, tidak berpuas hati di atas keputusan itu.
Pandangan mereka adakah keputusan itu bertepatan dengan Undang-undang tubuh negeri Perak.
Rujuk Blog Tukar Tiub:
Khamis, 2009 Februari 05
WAJIB KEMBALI KEPADA PERLEMBAGAAN NEGERI PERAK
Sebelum ini pun peguam seperti Haris Ibrahim, dan Shad Faruqi telah menjelaskan satu gambaran keputusan, ya, opsyen.
Nanti saya dapatkan link, supaya dirujuk oleh sesiapa berminat.
Jikalau 100 peratus Rakyat Malaysia di Perak khususnya akur. Cantik!
Namun lihatlah berapa peratus yang tidak bersetuju. Lantaran apakah mereka tidak punyai hak untuk mendapatkan keadilan dari mahkamah umpamanya.
Pada saya yang mendukung BLOW, saya melihat setiap keputusan, sama ada Baginda Sultan ataupun pemimpin kedua-dua belah pihak, menguntungkan Rakyat Malaysia di Perak, dan di seluruh Malaysia.
Ya, atau tidak.
Jika tidak, adakah bukaan lain untuk mendapatkan keadilan memihak Rakyat.
Begitu...