Gelombang Rakyat

BLOW - Siapa Pulak Yang Setuju ADUN Letak Jawatan Kerana Tidur Cara Dia Suka..? Malaysiakini

Zubli Zainordin
Entah di mana letak akal fikiran kita. ADUN yang tidur dengan cara yang dia suka, kemudiannya diminta letak jawatan.

Pelek sungguh.

Katanya, dia ialah mangsa.

Maksudnya ada individu ambil gambarnya sewaktu dia nyenyak tidur. Dilaporkan bahawa gambar itu mula disebarkan.

Maka perlukah ADUN itu letak jawatan?

Pelek itu.

Seseorang melakukan penganiayaan contohnya ke atas seorang ADUN, maka ADUN itu pulak diminta letak jawatan.

Pelek itu.

Malaysiakini melaporkan...

  • Ahli PKR Bkt Lanjan tidak setuju Eli letak jawatan
    Jimadie Shah Othman | Feb 18, 09 11:01am
  • elizabeth wong press conference on her offer of resignation from selangor exco post 170209Pemangku ketua PKR Subang, Syed Abdul Malik Syed A Hamid berkata, tidak ada sebab untuk Elizabeth mengosongkan kerusinya kerana sebagai wakil rakyat, beliau telah bekerja dengan sangat baik dan diterima pelbagai kaum.LAGI
  • Akan jumpa Elizabeth
    'Jangan tuduh ikut suka hati'
Masih ada di kalangan Rakyat Malaysia yang sensibel.

Sayapun.

Anda bagaimana..?
Reblog this post [with Zemanta]

4 comments:

Hasbullah Pit said...

Pada pendapat aku, dia kena buat survey dikalangan pengundi bukit Lanjan, kerana pengundi itu yang pilih dia.

MalayMind said...

Zubli,

Orang menggunakan isu ini untuk minta dia letak jawatan, tapi ini bukanlah satu-satunya isu.

Bak perumpamaan Tuan Guru, mati itu adalah kesan akhirnya, sakit itu cuma sebab musabbabnya.

Besarkan sikit skop, maka akan nampaklah sakit yang lebih besar itu.

Gelombang Rakyat said...

Saya setuju dengan pandangan Hasbullah Pit.

Gelombang Rakyat said...

MalayMind

Setakat maklumat terkini begitulah.

Barangkali tip of the iceberg.

Jika sakit sikit, sikit bunyinya, dan lazimnya lebih besar sakitnya, lebih banyak bunyinya.

Tunggu...