BLOW - Rampasan Kerajaan Perak - Siapakah Yang Bersalah Dan Dipersalahkan..! Malaysiakini
0 Comments
»
Image via Wikipedia
Saya katakan kepada Rakan Blogger, bagus rampasan kerajaan Negeri Perak ini terjadi.Ada baiknya.
Pertama, perbuatan keji ini mendedahkan Perampas. Terutama dia tergamak melakukan apa yang tidak demokratik demi memuaskan serakahnya. Ramai tidak setuju dan telah timbul keinginan supaya Perampas ini tidak menduduki kerusi tertinggi negara.
Kedua, pasukan Perampas telah membabitkan Istana sehingga cemar. Mengaibkan Baginda Sultan Perak Darul Ridzuan yang wibawa.
Ketiga, angkuhnya pemimpin UMNO. Dulu, kini, dan selamanya. Tidak berubah. Apa dilakukan ke atas Muhammad Nizar Jamaluddin, tiada sopan dan susila.
Keempat, bagaimana media telah merudum ke lembah hina, dan kewartawanan dilacurkan, sehingga terbabas jatuh dari paras etikanya.
Kelima, Badan yang mengaku adil dan saksama, dan diharapkan telus dan tidak memihak, telah menggadaikan maruahnya.
Keenam, Rakyat Malaysia di Negeri Perak mengakrab diri ke hadrat-Nya, mohon petunjuk supaya yang Haq menjadi Tegak dan yang Bathil menjadi Tumbang.
Ketujuh, Kemenangan masih dipihak Rakyat Malaysia.
Sivakumar Elected Speaker 1 240 x 195 - 16k - jpg pakatanrakyat-perak.blogspot.com | Sivakumar Elected Speaker 2. Perak ... 240 x 153 - 14k - jpg pakatanrakyat-perak.blogspot.com |
MB dan semua exco Perak digantung hadiri sidang DUN |
Feb 18, 09 6:50pm |
Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini menggantung Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir daripada menghadiri sidang dewan selama 18 bulan, manakala kesemua enam exconya digantung selama 12 bulan. Keputusan itu diumumkan oleh Speaker DUN Perak V Sivakumar selepas selesai bersidang hari ini. Sambungan di sini: |
Jadi bagaimana?
Bila telah ada sistem yang hampir molek, mahu dirobek. Inilah jadinya...
Zizi Cucu Tok Bebayang Acheh
Dah silap...kena betulkan lah ye bang..?
Jika dah salah, ngaku jah...
Serah semula pada yang benar...
Tok Bebayang Acheh
Sesungguhnya Allah bersama mereka yang sabar...
Semoga Perak Darul Rampas dikembalikan dan kembali semula sebagai Perak Darul Ridzuan...
Seterusnya?
Rampasan Kerajaan Perak - Ramai sudah tahu, siapakah yang bersalah dan dipersalahkan..!
Mohd Najib Abdul Razak tranungdaily.blogspot.com |