BLOW - Sokong Nizar Cabar KeeMBian Zambry Di Mahkamah Untuk Rakyat Di Perak..!
Image via Wikipedia
ZiZi,Cucu Tok Acheh Pedagang Cina
Ahli BLOW - Blogger WawasanPrima Maya Bloggers Network @ Selangor Malaysia
Katalah apa nak kata.
Wa sokongan kepemimpinan dan Muhammad Nizar Jamaluddin sebagai pemimpin, serta teraju utama di Perak Darul Ridzuan.
Ada sudah hasilnya, banyak perancangan telah dibuat dan manfaatnya dirasai Rakyat Malaysia seluruh Perak Darul Ridzuan.
Wa ingin sangat Muhammad Nizar Jamaluddin terus menerajui Perak Darul Ridzuan, dan bersama rakan Pakatan Rakyat kecuali beberapa ehems, terus majukan Rakyat Perak dan makmorkan negeri ini.
Inilah negeri di Malaysia yang ada Bloggers Network @ Perak Malaysia yang solid.
Pun begitu, Baginda Sultan Perak telahpun membuat keputusan. Apa yang wa tidak tahu keperihalan keputusan demikian itu, wa terima keputusannya dan wa harap Tuanku bertanggungjawab di atas keputusan tersebut bila kelak menemui-Nya.
Namun sukar wa nak terima Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar. Setakat ini wa iktirafnya MB. Ya! Mana Boleh.
Jika jawatan Menteri Besar mahunya, ya, Perak Darul Rampas.
Wa pun Anak Perak. Kelahiran Chenderong Balai, Labu Kubong, Teluk Intan, Perak. Keluarga merata Perak. Tapah, Bota, terutamanya.
Itu sebelah Abah.
Sebelah Emak Kampung Stesyen Kuala Kangsar. Keluarga di Ipoh. Ada pula pertalian dengan Panglimanya di Bukit Gantang.
Dengan demikian, walaupun wa di Shah Alam Selangor, namun wa sokong penuh Muhammad Nizar Jamaluddin cabar keeMBian Zambry Abdul Kadir.
Pulangkan Perak kepada Rakyat Darul Ridzuan.
Jika dibiarkan Zambry Abdul Kadir maka sudah katakannya, akan diteruskannya tradisi UMNO BN di Perak.
Oh tidaaaaaaaaaaaaaaaaaak!
Setelah sudah keputusan perkenan Sultan Perak dibuat, kini ada satu opsyen lagi.
Mahkamah.
Pun begitu, awal lagi wa mohon dari-Nya, kembalikanlah Perak Darul Ridzuan kepada yang haq. Rakyat Malaysia di Perak.
InsyaAllah...
Bacaan lanjut:
Dari Blog KerabuBersuara:
Dato' Seri Nizar Jamaluddin
akan cabar kesahihan perlatinan
Dr. Zamry Abdul Kader sebagai
Menteri Besar yang baru
di mahkamah
Muqqadimah:...
Lagi info di sini:
http://kerabubersuara.blogspot.com/2009/02/dato-seri-nizar-jamaluddin-akan-cabar.html