BLOW - Tengok Cara Tengok Dari Sudut Pelbagai Menengok..!
2 Comments
»
ZiZi,
Cucu Tok Acheh Pedagang Cina
Ahli BLOW - Blogger WawasanPrima Maya Bloggers Network @ Selangor Malaysia
Wa harap P 59 dan N 25 - Dua Bukit - Bukit Gantang dan Bukit Selambau, ialah mercutanda ditengok sebagai kemenangan seluruh Rakyat di Malaysia.
Untuk kemenangan seluruh Rakyat Malaysia, wa akan tengok siapakah para pengundi di dua kawasan Bukit ini.
Buat masa ini, wa tengok Bukit Gantang lebih memihak kepada PAS. Dan wa tengok Bukit Selambau memihak kepada Bebas pun tidak mengapa.
Jadek, wa tengok pemimpin, parti, dan pakatan, sedang tengok dua kawasan Bukit ini, sebagai puncak mencacak bendera kemenangan.
Wa tengok, pemimpin, parti, dan gabungan, sukar untuk tengok kemenangan di dua kawasan Bukit ini jika mengikut proses dan peraturan.
Rekod pencapaiannya di P 44 dan P 36, kawasan pihak lawan kuat pun kalah, kawasan pihak sendiri kuat pun kalah.
Sayugia diingat, dan disedari, bahawa pihak mereka yang kalah pastinya mencari jalan untuk menang, dengan kemenangan besar. Itu yang wa tengok.
Terutama, cara dan laksana di Perak baru-baru ini, kata Lah apa nak kata pun, pencapaian setakat ini, halal kah haram kah, memberi sedikit kemenangan moral kepadanya.
Wa tengok dengan mereka punyai perasaan syok gitu, kemenangan akan menghalalkan cara. Apa pun cara. Jikapun tidak mengikut peraturan, pun di luar batas proses.
Jadek, pemimpin, parti, dan pakatan, tengok-tengok lah, cara pihak mereka, supaya kemenangan tiada tercapai, malahan kekalahan juga menambah rekod buruknya sebab memang mereka buruk.
Dengan itu, wa tengok, elok sesiapa nak menang, tengok cara para pengundi tengok pemimpin, parti, serta Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional.
Mudahnya, kemenangan pun dapat ditengok, apabila pengundi dari kalangan Rakyat kembali berpeluang memperlihatkan kuasa mereka untuk menentukan pihak mana akan dapat tengok kemenangan.
Kemenangan yang membolehkan benderanya dicacak di puncak dua Bukit ini.
Berjuang terus!
Wa nak tengok...