BLOW - Terkini Kes Pembunuhan Altantuya Shariibuu - Kembali Ke Petak Satu..! Malaysiakini
0 Comments
»
Sejak beberapa lama tidak kemaskini maklumat kes ini. Soalannya masih sama dan belum mendapat jawapan pasti.
Siapa Pembunuhnya?
Apa yang terkini?
Peguam mahu tertuduh
kes Altantuya dibicarakan semula
16/02/2009 11:18am
KUALA LUMPUR 16 Feb. – Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili Koperal Sirul Azhar Umar membuat kejutan di Mahkamah Tinggi Shah Alam dengan mengemukakan permohonan supaya ketiga-tiga tertuduh dalam kes bunuh Altantuya termasuk penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda dibicarakan semula.
Beliau mengemukakan permohonan tersebut ketika menyampaikan hujahan di akhir kes pembelaan.
Pada saya, nampaknya panjang lagi.
Jika pada saya, kes ini ibarat naik kenderaan dari Kuala Lumpur nak ke Shah Alam. Namun, dari Kuala Lumpur kita pergi ke Johor, kemudian Pahang, terus ke Kelantan, dan pusing Perlis, Perak dan kembali ke Kuala Lumpur.
Adeh!