Gelombang Rakyat

BLOW - N 25 Bukit Selambau - Teraju Pilihanraya Kecil BN Berhadapan Tuntutan UMNO MIC..! Malaysiakini

Malaysian Indian CongressImage via Wikipedia

Zubli Zainordin Avatar

Zubli Zainordin


Mungkin masih awal.


Namun sudah berbunyi gendang tuntutan dari wakil pemimpin UMNO - United Malays National Organization, dan wakil pemimpin MIC - Malaysian Indian Congress.



Bunyi gendangnya tidak sama. Berbeza.



Masing-masing mahu calon parti politiknya menjadi calon untuk pilihanraya kecil N 25 Bukit Selambau.



Teraju Utama Jentera pilihanraya kecil N 25 Bukit Selambau pada 7 April 2009 ini, akan berhadapan dengan tuntutan dari UMNO Merbok yang tidak akan berganjak mahukan calon dari UMNO bertanding.

Ini dikatakan bukan pandangan UMNO Merbok, namun suara akar umbi dari kalangan orang ramai yang ahli dan yang menyokong UMNO. Khususnya Pegawai Kerajaan.


Demikian disuarakan Ketua Umno bahagian Merbok, Tajul Urus Md Zain.

.

TURUN PADANG: Calon BN  Parlimen Merbok, Datuk Tajul Urus Md  Zain  menaiki motosikal  bersama calon BN DUN Bukit Selambau, S Krishnan   untuk  menemui pengundi India di kawasan Ladang Bukit Lembu, Amanjaya, Sungai Petani.


Desakan akan tetap diteruskan supaya kerusi ini dikembalikan kepada UMNO.



Menurut Tajul Urus Md Zain, selain faktor lebih 50 peratus pengundi Melayu, kebosanan rakyat Bukit Selambau terhadap MIC mengakibatkan orang India tidak menyokong calon BN.



Malahan dari maklum balas yang diterimanya menunjukkan bahawa pemimpin MIC peringkat bawahan di situ sendiri tidak menyokong MIC.



S. Samy Vellu
savebukitgasing.wordpress.com
Sementara itu, Malaysiakini melaporkan:

Saravanan calon Bukit Selambau?
Athi Veranggan | Feb 15, 09 12:32pm

MIC mungkin mencalonkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau, V Saravanan untuk bertanding dalam pilihanraya kecil di situ pada 7 April depan.

Menurut sumber-sumber, Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu sedang menimbang secara serius untuk mencalonkan Saravanan yang juga pengerusi MIC Kedah bertanding bagi merebut semula kerusi tersebut.

bm version bukit selambau state seat 090209 Berita selanjutnya di sini: http://www.malaysiakini.com/




Dalam pada MIC dan UMNO masing-masing akan kemukakan calon dari parti politiknya, perlu ingat bahawa dalam PRU 12 yang lalu pemenang DUN ini ialah V Arumugam, calon bebas yang telah menewaskan S Krishnan, calon BN dari MIC.

Reblog this post [with Zemanta]

1 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Pengundi Melayu akan memberi sedikit tambahan undi jika UMNO terus berani meletakkan calon UMNO di sana - UMNO di anggap terlalu bertolak ansur dan menjaga hati kaum lain - persetankan semangat Barisan Nasional jika UMNO ditikam dari belakang.

Anggap sahaja 'kalah' jika selain dari calon UMNO.

Lebih baik UMNO tewas ketika memperjuangkan hak Melayu daripada tetap kalah ketika cuba menjadi hero semua kaum.