BLOW - Tiada Siapa Dipaksa Sokong Anwar - Tapi Adilkah Dia Diserang Kepalsuan...!
Image by KamalSell via Flickr
Sejarah merakamkan. Informasi benar dan palsu. Perihal Anwar Ibrahim pun begitu.Ramai kagumi Anwar Ibrahim. Semasa di kampus, teguran saya sedikit sahaja perihal misainya, namun empat orang juga mencekak kolar baju saya disorong ke dinding. Anwar Ibrahim tidak boleh ditegur. Saya jadi tahu. Saya tidak pernah pedulikannya lagi.
Bila dia dituduh dan dipenjarakan, saya bertanya dan mahukan kebenaran.
Ada rakan di Kampung Baru, semacam tiada kerja lain melainkan monitor Anwar Ibrahim sejak dia menyertai UMNO. Darinya saya perolehi informasi tidak penuh tapi dari A sampai Z.
Saya memang sejak dulu minat politik. Sampai sekarangpun minat sahaja, tidak pernah atau mahu terlibat. Namun saya faham dan memblog perihal pemimpin dan kepemimpinan. Terutama mereka dalam politik.
Tapi minat saya dalam politik yang memuncak di zaman Mahathir Mohamad, merudum bila Abdullah Ahmad Badawi memperkenalkan Islam Hadhari. Kemudian saya tinggalkan politik Malaysia selepas mendengar Abdullah Ahmad Badawi, Ku Cari Abadinya. Ketika itu saya tahu Rakyat Malaysia dan Negara Malaysia, bakal dipimpin oleh seorang pemimpin paling buruk dan paling teruk dalam sejarah kepemimpinan Malaysia.
PRU 12, saya sahaja nak tahu apa perkembangannya. Namun minat memuncak kembali. Saya lihat Rakyat Malaysia dan Negara Malaysia telah terima akibat buruk dan teruk dari kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi sejak Oktober 2003.
Walaupun saya hormat Abdul Hadi Awang, namun pada saya Abdullah Ahmad Badawi sebaiknya berhenti, turun, undur, bersara sejak 9 Mac 2008.
Saya mohon kepada-Nya, supaya ada pengganti dan biarlah pengganti ini tidak seburuk Abdullah Ahmad Badawi sebagai pemimpin.
Saya pernah berjumpa Abdullah Ahmad Badawi dahulu, saya faham siapa dia. Pun begitu sebagai sesama manusia, saya tidak ada apa-apapun secara peribadi. Saya hormat Pak Lah sebagai manusia. Tetapi tidak sebagai pemimpin. Apa dia patut buat dia tidak buat. Apa dia tidak patut buat dia buat.
Pernah, orang yang rasional membalun saya kerana mengkritik Abdullah Ahmad Badawi. Beri hujjah, pintanya. Saya senaraikan 13 dari beratus sebab kenapa Abdullah Ahmad Badawi tidak layak sebagai Perdana Menteri Malaysia. Abdullah Ahmad Badawi sebenarnya tidak layak pimpin apapun berkaitan kesejahteraan Rakyat dan Negara Malaysia.
Semasa itu, saya memang minat Mohd Najib Abdul Razak. Saya pernah bertemu dengannya. Dia memang first class. Itu dulu. Mohd Najib Abdul Razak telah jadi lain, dan di TranungKite OnLine saya mula menulis persamaan kepemimpinan. semacam kembar politik Mohd Najib Abdul Razak dan Abdullah Ahmad Badawi.
Kini kitapun tahu Mohd Najib Abdul Razak tidak lagi layak mengganti Abdullah Ahmad Badawi. Mula saya nampak betapa teruknya kepemimpinan Mohd Najib Abdul Razak ialah selepas dia menjadi Menteri Kewangan I Malaysia. Saya tahu, ini pemimpinnya, hancur ekonomi negara.
Sementara itu saya tahu Mahathir Mohamad telah bersara, dan perjuangannya belum selesai. Namun, saya agak kagum, Mahathir Mohamad masih aktif sebelum PRU 12. Kemudian saya ikuti blognya.
Dalam masa yang sama, saya ikuti perjuangan Anwar Ibrahim bermula ceramahnya di Kelantan, dan saya berada di situ. Saya tahu. Selepas Mahathir Mohamad, sememangnya Anwar Ibrahim ialah pemimpin untuk Rakyat Malaysia dan Negara Malaysia.
Dengan itu sokongan kepadanya sejak PRU 12 dan terutama P 44 Permatang Pauh. Saya juga turut sama enjut 16 September 2008. Namun, pada saya tarikh itu tidak penting. Apa yang penting ialah Perdana Menteri baru untuk Malaysia dari Pakatan Rakyat. Serta pembentukan Kerajaan Malaysia baru oleh Pakatan Rakyat.
Saya tidak risau dengan Anwar Ibrahim, sebab dia diimbangi ahli keluarganya, partinya, dan para pemimpin dan parti dalam Pakatan Rakyat. Sebab itu usahanya kendur seketika, kerana seperti saya, kita mahukan pencapaian itu berdasarkan lunas undang-undang.
Anwar Ibrahim akur, namun semangatnya tidak pernah padam. Baguslah, jika padam, perhatikanlah bangkit kembali UMNO dan BN, yang tidak relevan lagi namun terus membebani Rakyat Malaysia dan memesongkan Negara Malaysia dari landasannya.
Dengan yang demikian itu, BLOW - tiada paksa pun sesiapa untuk sokong Anwar Ibrahim. Tiada siapa pula boleh memaksa atau mencemuh sekiranya saya memilih untuk menyokong Anwar Ibrahim. Masing-masing ada hak dan pendirian.
Terutama kini Anwar Ibrahim ibarat lampu yang membawa Nur, sedang mahu dipadamkan oleh orang lain dan pelbagai pihak tertentu. Tak apa laa, Anwar Ibrahim boleh defend dirinya sendiri.
Namun sabagai individu yang kini berkongsi matlamat yang diperjuangkannya, terutama perubahan dan tukar kerajaan, saya bertanya, adilkah Anwar Ibrahim diserang dengan kepalsuan? Terutama menerusi media massa.
Setelah yakin dengan pembuktian di Mahkamah perihal yang lalu, saya ambil rekodnya sejak dibebaskan. Sah, murni.
Jadi, sokongan kini diberikan kepada Anwar Ibrahim supaya usaha bersama mendapat pemimpin dan parti serta pakatan selain UMNO dan Barisan Nasional, menjadi kenyataan.
Beri saya bukti, saya tidak akan menyokongnya lagi. Jika sekadar cerca dan kata nesta, bukan taraf di BLOW untuk menerima itu dan menafikan apa yang telah dan sedang diperjuangkan kini oleh Anwar Ibrahim, rakan pemimpin serta parti dalam Pakatan Rakyat.
Sesiapa sehaluan, boleh kita bersama dan bekerjasama ke arah merealisasikan PRU 13. Sambil berperanan dalam menangani isu sepanjang perjalanan kita ke PutraJaya kelak.
Pun begitu, setelah mengetahui apa yang berlaku di Perak, tidak molek pemimpin Pakatan Rakyat merasa syok, jika ada yang sehaprak pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.
Kerana demi redha-Nya, saya dan beberapa rakan hanya mahukan Rakyat Malaysia dimajukan dan Negara Malaysia dimakmorkan.
Pemimpin, UMNO, BN bukan pilihan.
Harapan tetap pada pemimpin, dan Pakatan Rakyat..!