Pemimpin Dan Kepemimpinan - Najib Rakus Ke Rekles..?
0 Comments
»
Image via Wikipedia
Zizi - Cucu Tok Bebayang AchehWa ada baca pandangan bahawa Mohd Najib Abdul Razak di mengatakan sebagai Rakus.
Betul ke?
Pada wa, dia juga Rekles.
Rakus dulu.
Harakah Daily Net melaporkan:
Sabtu 14 Februari 2009 | 18 Safar 1430 Hijrah
Rampas Perak : Najib lebih rakus, rakyat bakal beri hukuman |
WAN NORDIN WAN YAACOB Sat | Feb 14, 09 | 12:04:44 pm MYT | |
ANALISA : Kemelut yang melanda di Perak sebenarnya mengulangi peristiwa 1998 walaupun dalam 'skala' yang sedikit berbeza. ... Pilihan raya di Parlimen Bukit Gantang dan Dun Bukit Selambau adalah 'padang' yang jika luas dan ukurannya samarata, pastinya rakyat akan membalas keangkuhan dan kerakusan Najib. |
Rakus?
Entah Lah.
Mana wa tau.
Pada Wa, macam kawan sebaya Wa. Emak dia suruh isi air dalam cerek. Tapi dia Rekles. Air masuk cerek sikit, tapi air melimpah keluar manyak. Buat bazir jah.
Mohd Najib Abdul Razak, dia Rekles.
Contohnya di Perak. Nak capai sikit sahaja kejayaan peribadinya, tetapi ramai peribadi kena dan terkena. Termasuk Baginda Sultan Perak dan Istana. Pemimpin Pakatan Rakyat, dan Rakyat Malaysia di Perak.
Di luar Perak, dah membabit pemimpin Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. Mantan pemimpin unggul dah kena bawak ke Balai plak. Brape bulan plak dia di situ, entah Lah. Terkini Baginda Sultan Selangor pun bertitah.
Pendek kata, panjang pun kata. Mohd Najib Abdul Razak Rekles.
Kesan buruk dan bau keji di Perak Darul Ridzuan menjadi Perak Darul Rampas, usah cerita Lah. Dahsyat!!!
Muhammad Nizar Jamaluddin sampai ke Mahkamah perginya tuntut keadilan.
Sebab itu, kita nak tahu Mohd Najib Abdul Razak ini Rakus atau Rekles?
Mari kita bagi dia kuiz.
Ada 2 Cula. Satu Dracula. Satu lagi Akula.
Jika di katil dua tingkat, Dracula tidor di atas dan Akula tidor di bawah, bila Dracula kencing, siapa yang kena?
Jawab ya...