Gelombang Rakyat

BLOW - Abdul Hadi Kecam Najib..! Pada Wa Kecaman Kaw Kaw..!

PAS President, Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul...Image via Wikipedia

Zizi - Cucu Tok Bebayang Acheh

Wa tak dapat fikirkan kenapa Mohd Najib Abdul Razak meletakkan dirinya di kedudukan kutukan, jika pun bukan dilaknati, orang ramai di kalangan ramai orang.

Kelak, pemimpin UMNO dan Barisan Nasional pun khoatir bila dilihat duduk berdiri atau bersamanya.

Terkini Harakah Daily Net melaporkan Abdul Hadi Awang turut mengecam Mohd Najib Abdul Razak.

Sabtu 14 Februari 2009 | 18 Safar 1430 Hijrah
Rakyat digesa cantas pemimpin yang jahanamkan negara
Wartawan Khas
Sat | Feb 14, 09 | 11:54:40 am MYT

IPOH, 14 Feb (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin masih merupakan Menteri Besar Perak yang sah.


01. Kerajaan Perompak.

02. Zalim.

03. Tidak ada maruah.

04. Tiada harga diri.

05. Belum dapat kuasa sudah tunjuk jahat, saya bimbang kalau sudah jadi Perdana Menteri nanti, hancur negara dibuatnya.

06. Kapten bahtera ini sekarang mabuk. Marilah kita campaknya ke laut, jangan biarkan dia tenggelamkan bahtera kita bersama.

07. Bersama segera mencantas pemimpin negara yang akan menjahanamkan negara.

Sepenuhnya di sini:

http://www.harakahdaily.net/

Jadi, jelas supaya Mohd Najib Abdul Razak sedar, jika diberi pilihan, Abdul Hadi Awang tidak mahu Mohd Najib Abdul Razak jadi Perdana Menteri Malaysia.

Secara terbuka, pandangannya ialah Abdullah Ahmad Badawi.

Bukan Mohd Najib Abdul Razak.

Bila orang ramai sudah marah, macam-macam cara mereka melepaskan geram:

nujab

house13-feb6

Adeh!

Macam mana bila Mohd Najib Abdul Razak jadi Perdana Menteri kelak?

Fantang orang melihat gambarnya...

Reblog this post [with Zemanta]

4 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Terlalu kaw, Hadi Awang mahu rakyat tambah derita untuk Dolah terus jadi PM dan cita cita politik mereka mudah tercapai untuk menjadi kerajaan - satu niat dan pakatan jahat.

Najib terlalu diburukkan hingga tiada satupun kebaikan sedangkan percaturan semasa datangnya dari No. 1 yang berpura pura.

Secara peribadi, musibah dan kebencian pada Najib atas sikapnya yang lalu menyebelahi Dolah dan hari ini dia dilihat buruk baik kawan mahupun lawan.

melayuangkat said...

AstagfirullahalAzim,

Bertambah satu lagi dosa aku hari ini baca fitnah fitanh dari orang kuat PAS ni.

Ampunilah dosa dosa aku Ya Allah. Lindungilah aku dan hati aku dari terus tertutup kepada yang Haq. Kikislah perasaan benci tak tentu pasal dari Qalbuku.

Kau yang pemberi Rahmat dan Kasih Sayang di lubuk Qalbu Qalbu kami, jadi Ya Allah kurniakanlah Rahmat Kasih Sayang mu pada Qalbu ku


Jadikanlah aku Ya Allah, Ya Rahman, aku dan kami kami sebagai umatmu yang sentiasa Bersyukur atas apa pun nikmat yang kau kurniakan pada kami sebagai rakyat Malaysia dan pada Negara kami tercinta.

Gelombang Rakyat said...

Terima kasih

Kluangman...

Gelombang Rakyat said...

Terima kasih

MelayuAngkat...