Gelombang Rakyat

Barisan Nasional Tetap Utuh Dulu Kini Dan Selamanya..?
























Barisan Nasional punyai pemimpin dan parti komponen yang sentiasa bergolak?

Logikanya jika Rakyat merasa tidak puas hati dengan parti peneraju dalam Barisan Nasional, maka adakah pemimpin, ahli, parti berkenaan itu, bukan Rakyat? Bukan tergolong dalam merasa tidak puas hati juga?

Itukah hakikatnya?

Entahlah di bulan puasa ini, tergelak sakan saya menyaksikan betapa akal budi para pemimpin dalam Barisan Nasional ini, ada yang dari dalam kapal sendiri cukup seronok melihat parti dan pakatan di sekeliling ibarat retak menanti belah, sedangkan hampir semua pasangan pemimpin utama parti komponen Barisan Nasional sedang menghentak lobang di lantai kapal mereka dan pemimpin utama tidak masuk campur dalam semangat setiakawan kepartian, sedangkan 1Malaysia sedang terhakis?

Rakan saya kata, "Eleh, Balisan sendili pon tak leh handle, ini mau handle satu M'sia ka?", katanya sambil menyuap segenggam nasik berisi lauk gulai kari kepala ikan di tengahari bulan puasa, dan saya hanya dapat tengok sahaja...

Jika semua ini betol-betol, bukan cobaan, betol-betol, bukan drama mengatasi 15Malaysia, macamnya menutupi ekonomi Malaysia meleset kah...maka, di manakah retak dan bila belahnya Barisan Nasional ini yang lazimnya disebut shot-formnya, Be End.

Mungkinkah afdal cuti diambilnya, ketika selainnya bergelumang Di Permatang Pasir N11 tempohari, tentunya Dollah Yankee (Avatar Baru!) manyak cerita di blognya yang saya belum sempat baca, kini ada tiga kemungkinan barangkali mungkin keretakan dalam parti komponen Barisan Nasional, Yem See Yeah, Yem Aiy See, dan YamNO, dia sedar kah atau tidak?

Bak kata watak A. R. Tompel dalam satu filem lama, "Impossible? Possible!"

Sayapun bukan peduli sangat, retak kah, belah kah, sememangnya tidak relevan lagi di Malaysia sejak sebelum 8 Mac 2008, sebab yang saya lebih khuatir, dalam tumpuan fokus lensa dan mata ke arah mereka, Selangor diserang rampas kah, dan kemudian semua pelakon menunjukkan gigi yang putih ketika bibir senyum melebar mencecah ke sepasang telinga masin-masin.

Selamatkanlah Selangor.

Perhatikanlah Perak, nak bersidang 2 September 2009 pun payah.

Apapun,

MCA - Ong Tee Keat dengan Chua Soi Lek.

MIC - S. Samy Vellu jika bukan dengan S. Subramaniam, ewah S. Sothinathan sudah ranking dalam senarai watak utama.

UMNO Terengganu - belum reda lagi Idris Jusoh dengan Ahmad Said. Well, apa cite Mechedeh dulu, tak sempat update...

Lantak ler mengkomer, bak kata Sheikh Blogger Teluk Intan yang ada laptop kat ribanya, semoga cepat semboh, ada gerakan gelombang UP Malaysia yang akan membentuk kerajaan baru di negeri Johor pada PRU 13 nanti bermula sekarang. Saksikan siapa akan terlondeh. Air ke negara jiran kah? Si penjualnya kah?

Sheikh oii, miker udah pencen, bile satniker nye mike kerojer menjadi Tukang Sebat pulok. Jikalor jawatan itu Teman tak sior mike pegang, sebab mike berjiwa pengasih, lembut hayunannya tidak seperti BiG...ye...Hantu Kopek!!!

Aaachiuuu!

Mana ini ISA, Radejowo yang mewarta 1Malaya, opocot Wakaka, Wak salah ngeja ke, 1Maya ya, dan Dr Abdul Wahab Arbain, tak kasi saya sampel pun, itu baik punyia homeopathy dayatahan cegah jika ada N Satu H Satu...

Seperti Mak Chik sorang dalam bas penuh wanita itu, katanya, sayapun kata sama serupa, Wa pun nak cegah gak...





















Mum mana? A Mum Of Three Mohd. Nak tahu who is in and who is out kat Kedah, lunas ke tak lunas Kota SiPuteh?

0 comments: