Gelombang Rakyat

Kenapa Muncul Kelompokan Kecil Individu Dan Parti Baru Di Malaysia?
























Semakin inginkan satu dan bersatu, timbul muncul pula pecahan dan serpihan memperjuangkan hak masing-masing.

Parti politik baru. NGO. dan segala macam.

Jawapannya senang. Belum ada seorang pemimpin dan parti politik di Malaysia yang benar-benar memperjuangkan nasib kebajikan seluruh Rakyat Malaysia. Sehinggalah muncul ketara sebelum PRU 12.

Ya, setakat ini, yang jelas ialah potensi Anwar Ibrahim. Parti KeADILan Rakyat molek menjadi model parti politik terbaik di Malaysia. Ini kerana dari aspek komposisi dan aspirasi dalam PKR sama dengan bentuk Rakyat dan Negara Malaysia.

Walaupun jelas lantang suaranya, dan teladan baik parti ini, masih diperlukan masa agak panjang mendidik Rakyat memahami dasar perjuangannya.

Walaupun ada petanda baik, kalangan generasi muda, namun kerisauan masih menebal akan bahawa individu dan kelompoknya akankah terpinggir dalam kecapan nikmat jika pemimpin menerajui perjuangan bukan dari kalangan negarawan terbilang yang bertaraf Kelas Dunia.

Keyakinan saya sejak PRU 12, masih belum berganjak. Ini kerana sejak sebelum itu, bahawa itulah idaman saya sebuah negara Malaysia dan saya seorang daripada Rakyat di sini.

Idaman yang terdahulu tiada harapan sedangkan sifat parti politik dijelmakan melalui UMNO, MCA, dan MIC. Setiap abjad M dan C dan I itulah menghampakan. Masih menghampakan.

Namun harapan tetap ada, ketika mana huruf itu tiada dalam PKR. Yang ada ialah R.

Cuma, masa diperlukan dalam PKR untuk belajar menerima hakikat setiap Rakyat, di bumi Malaysia merdeka inilah tanah tumpahnya darah anak kita semuanya.

Jika ada kelapangan perhatikanlah Goodwill Ambassadors di Facebook. Saya seorang daripada mereka, melangkau batas lazim yang mengkongkong upaya satu dalam semua sama, untuk membawa perkongsian kebaikan kepada warga dunia.

Barangkali di antara yang belum kesampaian siapa dirinya dicipta-Nya, disebut Khalifah di muka bumi, masih mahu memilih jiwa kecil untuk kolompokan tertentu...

4 comments:

dollahyankee said...

hi..pi buat PhD kot..? ingatkan retired as blogger, atau kecewa dengan suasana politik malaysia..

Zubli Zainordin said...

dollahyankee, tarak lah beb. Fulusil sempit daa...Internet kena potong 4 bulan. Hehehe...Ini guna anak punya, dapat on kembali...

dollah yankee said...

street blogger macam kita nie..memang macam tu laa..

Zubli Zainordin said...

dollah yankee, dulu depa tahu tapi tak mahu buat. laa ni, depa nak buat tapi tidak tahu. Jika kita tak buat, ekonomi kita padam dulu...Ya, street blogger...