Isu Perpindahan Kuil Di Shah Alam Jawapan Khalid Samad Mententeramkan...
Pada saya, tidak molek ianya terjadi. Tidak molek juga ianya berulang kembali. Cukuplah ini sekali.
Apa yang terjadi, telahpun terjadi. Sama-sama kita pelajari intipati dan saripatinya.
01. Ada manusia bertindak pantas sebelum usul periksa berdasarkan maklumat panas tetapi bukan maklumat sepenuhnya.
02. Ada manusia tidak bertindak pantas meredakan suasana demi keamanan dan keselamatan yang akibatnya buruk boleh sehingga membabitkan peringkat nasional dan international.
Sehingga ini perlu diarahkan seperti berikut:
Jumaat Ogos 28, 2009KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan untuk menyiasat satu insiden di Shah Alam hari ini mengenai penggunaan kepala lembu oleh sekumpulan penunjuk perasaan untuk melahirkan kemarahan terhadap Kerajaan Negeri Selangor.
Lagi di sini:
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/8/28/mstar_berita/20090828211837&sec=mstar_berita
Sudah selazim itukah?
03. Ada yang mahu bertindak mempolitikkan isu ini, tetapi tidak pun memenangkan parti sendiri.
04. Dua pihak bertindak salah menyalah, namun kebenaran tetap tegak juga.
Walaupun di Seksyen 23, dan walaupun di Shah Alam, serta, walaupun di Selangor, tetapi kesan, akibat, dan implikasinya kembali kena Perdana Menteri di Pusat Kerajaan.
Natijahnya, Mohd Najib Abdul Razak perlu memikirkan bagaimana cara berhemah melepaskan jawatannya, supaya pemimpin yang lebih baik, dari parti yang lebih adil, menerajui Rakyat dan Negara Malaysia.
Turun supaya berlaku Tukar kerajaan pusat.
Kesimpulan itu, adalah hasil daripada membaca informasi dari pelbagai media, dan terkini membaca informasi yang dikongsi Khalid Samad di Blognya.
http://www.khalidsamad.com/2009/08/tapak-kuil-seksyen-23-shah-alam.html