Gelombang Rakyat

KeAMARANanan Mintri Nigri Dalam

Amaran biaser nyer sebelum sesuatu terjadi kan? Kalor sudah terjadi, aper mender amaran aper nyer? Kan?

Perarakan Kepala Lembu Di Shah Alam

Mintri: Saya agak, saya agak, saya tidak akan teragak-agak, untuk memberi amaran.

Pegawai: (Berbisik) brutal lagi Bos!

Mintri: Saya sekarang memberi amaran kepada mereka; awak semua ek.

Pegawai: (Berbisik) mereka sudah buat pun perarakan kepala lembu itu Bos!

Mintri: Amaran saya, tindakan akan diambil kepada sesiapa yang menjejas keselamatan orang ramai, dan keamanan negeri dan negara.

Pegawai: (Berbisik) bukan akan, Bos, perarakan kepala lembu itu telahpun berlaku!

Mintri: Kemintrian saya bertindak sekarang terhadap mereka itu. Sekarang jugak! Sekarang jugak ek!!!

Pegawai: (Tidak berbisik lagi) Itu macam lah Bos! Nah, bawak keris ini ya semasa berucap. Ingat, cabut cium sarung kembali.

Mintri: Baiklah. Hebat kan saya ek?

Setiausaha: Maaf Bos mengganggu, Bos sudah ready nak berucap kah?

Mintri: Sudah!

Setiausaha: Bagus, sidang media Bos isu perarakan kepala lembu ini, dijadualkan berlangsung pada...

Mintri: SEKARANG kah?

Setiausaha: BUKAN! Bulan depan...

Mintri: Ya kah? Kenapa cepat sangat. Buat di bulan Januari 2010 boleh tidak?

Setiausaha: Boleh! Kita yang menjadualkannya...

Mintri: Cantik! ek?


...

Manyak ler ek kor...


0 comments: