Kenaikan Harga Minyak - Semua Rakyat Setuju!!!
Semua Setuju???
Mari kita tengok siapa yang kena!!!
Rakyat yang merasakan dirinya diutamakan dan didahulukan kerajaan Barisan Nasional, tentulah kecewa dengan keputusan kenaikan harga minyak yang terlalu sedikit ini. Sepatutnya harga minyak dinaikkan begini:
Minyak jenis RON95 dinaikkan daripada RM1.75 seliter kepada RM180.00 seliter.
Sementara itu, RON97 pula dinaikkan daripada RM1.80 kini kepada RM200.00 seliter.
Jika begitu, barulah kerajaan Barisan Nasional diakui prihatin kepada mereka.
Ini mungkin tidak dipersetujui para penyokong UMNO dan Barisan Nasional. Mereka berpuas hati dan mengakui kenaikan harga yang diumumkan sekarang sudah cukup memadai dan suatu langkah paling bijak kerajaan Barisan Nasional diterajui UMNO, yakni sebaik sahaja hari kemerdekaan diraikan dan sebahagian mereka akan menyambut beberapa perayaan termasuklah Hari Raya Aidil-Fitri, dan lain-lain lagi, dari September 2009 sehingga awal 2010.
Mereka seronok dan bersyukur kerana kenaikan harga minyak yang telah diumumkan wakil kerajaan Barisan Nasional. Bijak...bijak!
Selainnya ialah Rakyat yang tidak setuju!!!
Mereka bantah!!!
Namun, jika dibaca kenapa Mohd Najib Abdul Razak menerajui kenaikan harga minyak ini pada ketika yang cukup tidak kena ini?
Adakah ini balasan kerajaan Barisan Nasional kepada Rakyat yang tidak menyokongnya di semua pilihanraya kecil, terutama selepas keputusan di N 11 Permatang Pasir..?
Ibarat membubuh pasir di pinggan makanan Rakyat. Termasuklah Rakyat yang berbuka puasa dan bersahur, bermula kenaikan harga minyak ini. BN, Barang Naik akan menyusul untuk banyak lagi jenis keperluan harian Rakyat.
Umum ketahui, Mohd Najib Abdul Razak tidak menikmati sokongan penuh Rakyat Malaysia. Sebahagian besar menyokong Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.
Soalnya, adakah ini satu daripada perancangan BESAR, jika ada, untuk menghuru-harakan negara, supaya kuasa penuh dimilikinya? MAGERAN, umpamanya. Saya harap ini tidak berlaku.
Namun, silap jika kita mengatakan bahawa Mohd Najib Abdul Razak tidak menjangkakan keputusan kenaikan harga minyak ini tidak akan disusuli dengan demo jalanan sekali lagi. Sebagaimana corak yang tercetus waktu dahulu.
Tentulah ketika itu, tindakan tidak akan sama dengan perarakan kepala lembu di Shah Alam. Senior agaknya akan di tempatkan demo kenaikan harga minyak, jika berlaku...
Sama-sama kita saksikan akibat keputusan kerajaan Barisan Nasional ini, di kalangan Rakyat Malaysia...