Kerajaan Di Malaysia - Antara Barisan Dan Bulatan
Rakyat sedang menuju PRU 13.
Dalam penujuan ini, mungkin ada pilihanraya kecil, contohnya di Kota SiPuteh.
Seandainya Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) membuat keputusan sebagaimana mulia organisasi ini ditubuhkan, maka keputusan sudah jelas diumumkan.
Andai sekiranya mungkin perlukan pula merujuk terlebih dahulu untuk mendapatkan suruhan, maka setakat ini belum ada pengumuman dibuat, dan kita tidak tahu ada atau tidak Pilihanraya Kecil di DUN ini.
Tungguuuuuu...
Sementara itu, bilamana Piagam terbentuk, besar peluangnya, ada dua pilihan di Malaysia, dan Rakyat boleh memilih sama ada Barisan Nasional, atau Pakatan Rakyat, (Jika saya, saya sebut Bulatan Rakyat).
Barisan Nasional
dan
Bulatan Rakyat
Sebagai permulaan, katakanlah 50 % menyokong Barisan Nasional, dan 50 % menyokong Bulatan Rakyat.
Usahlah khuatir, kerana angka tersebut dijangka berubah-ubah menjelang PRU 13.
Kemenangan berdasarkan ketentuan Pengundi di hari mengundi. Sebab itu penting sangat SPR faham cara laksananya dalam sesuatu pilihanraya. Diharapkan tidak cemar, sepertimana dalam pemutusan calon di N 11 baru-baru ini. Semoleknya organisasi ini, bukan penentu pembentukan kerajaan, malah lebih kepada pengurusan rapi, supaya kerajaan pilihan Pengundi, menang.
Dengan demikian, trend parti politik kini bukan kepada membina angka ahli parti, tetapi mesra Pengundi. Ini terbukti, jumlah ahli parti tidak lagi ada kesetiaan tulen dalam pemangkahan di hari undi. Sebagaimana mantan dan kemantanan pemimpin lalu pernah bersuara perihal sabotaj dalaman. Dan pemimpin dan kepemimpinan kini yang bergelut kerana terjepit dengan drama lompat lompatan.
Maka, ada baiknya, parti politik menjadi organisasi kualiti dan bukan kuantiti. Usaha ialah memberikan khidmat terbaik untuk Pengundi, dan turut mendapat nikmat ialah Rakyat secara menyeluruh. Ataupun memberi khidmat terbaik kepada Rakyat, dan Pengundi adalah termasuk dalamnya sekaligus.
Jika demikian, congakan boleh dibuat akan jumlah pengundian padu, dan pengundian potensi.
Peningkatan kepada dua kategori Pengundi ini, membolehkan sesebuah parti menang di pilihanraya, dan seterusnya membentuk kerajaan negeri dan kerajaan pusat.
Ada yang nampak, Mohd Najib Abdul Razak, UMNO, Barisan Nasional, akan berhadapan dengan Anwar Ibrahim, PKR, Bulatan Rakyat.
1Malaysia
dan
UP Malaysia
Sebagai permulaan, 50 peratus menyokong Najib, dan 50 peratus menyokong Anwar.
Usahlah khuatir, angka ini juga bakal berubah-ubah menjelang PRU 13.
Yang mana satu pilihan kalbu?
InsyaAllah, bersambung...