Kesedaran Rakyat Johor Kepangkuan Keadilan
0 Comments
»
Negeri Johor diakui membawa kemenangan kepada pembentukan kerajaan negeri dan kerajaan pusat sekian lama, termasuk PRU 12.
Dari sini lahir para pemimpin yang diangkat dalam kedudukan parti politik dan kepemimpinan negara.
Bagaimanapun, terdapat peningkatan ahli yang semakin tidak berpuashati bagaimana projek pembangunan di sini tidak mereka manfaat sepenuhnya.
Sementara itu Rakyat Malaysia di negeri Johor mula sedar, apalah gunanya memberi sokongan seperti selama ini.
Perubahan!
Inikah yang dinampak Anwar Ibrahim, dan Chua Jui Meng.
Berdasarkan pengumuman AMK Batu Pahat Club
Satu Pidato Menjana Kebangkitan Rakyat Johor oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim akan diadakan di PASTI pekan Parit Sulong, Batu Pahat, Johor pada 6 hb September 2009, bermula pukul 10 malam. Ceramah juga menampilkan Dato' Seri Chua Jui Meng dan Ketua Cabang KEADILAN Parit Sulong, saudara Hasmi Hashim.Dalam masa yang hampir sama, Ong Tee Keat juga bakal sampai di sini, mungkin bukan untuk pengukuhan MCA atau Barisan Nasional, tetapi mensemarakkan perpecahan dengan pemimpin saingan dan para penyokongnya Chua Soi Lek.
Rujuk:
http://www.facebook.com/reqs.php?mid=1058dfeG1f5b35c0G35a9919G2#/event.php?eid=125114717619&ref=nf
Apa pun, kejayaan dan kemenangan atau kegagalan dan kekalahan pada PRU 13 akan banyak meraih erti dari aktiviti begini.
Jangkakan kemungkinannya...
Former health minister Chua Jui Meng today quit MCA to join PKR, making him the most senior BN politician to have defected to the opposition.