Gelombang Rakyat

Pemuda UMNO - Apa Yang Terkini Menggelegak..?
























Terkini ada semacam "amaran".

Boleh jadi "ugutan" atau "peringatan"

Bersangka baik, disebut "amaran".

(Nak link informasinya saya berikan)

Jadi, saya bertanya apa yang terkini menggelegak dalam Pemuda UMNO..?

Entahlah, semenjak Khairy Jamaluddin diisytihar memang sebagai Ketua Pemuda UMNO, dan betapa pemimpin yang lebih rendah kedudukan dilantik menjadi Menteri, saya pun hilang minat untuk mengikuti pergerakan mereka.

Dalam "amaran" itu, poin yang saya memang perhatikan Pemuda UMNO senyap. Adakah mereka sudah tidak relevan lagi, ataukah perlu ada pembuktian paling tidak kepada Mohd Najib Abdul Razak sehingga Pemuda UMNO nampak atau diakui relevan.

Tiba-tiba, ada misi tawan Selangor, beberapa minggu lalu. Setahu saya, memang ianya tiada sambutan sepertimana digahkan atau diharapkan.

Walaupun Selangor Utuh, saya tetap perhatikan lelubang kelemahan jika ada yang boleh merobohkan kerajaan negeri sedia ada.

Memerhatikan beberapa insiden di negara ini, dan terutama perarakan kepala lembu di Shah Alam, memang ramai melepas dan terlepas kata, sebab perbuatan itu ramai tidak dapat terima.

Cuma dikhuatiri ibarat segelintir lembu membawa lumpur habis terpalit semuanya, sedangkan tiada nampak tindakan tepat dan pantas pihak yang dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan dan keamanan Rakyat dan Negara, serta negeri juga.

Kelewatan tindakan sedemikian merisaukan...

"Amaran" itu menyebut lagi, Puak Pelampau dan Pengkhianat Bangsa. Siapa? Perlukan label demikian sebagai penentangan?

Disebut juga mereka tidak ralat sekali lagi bermandi darah. Amboi! Lantaran disebut sejarah arwah Datuk Harun Idris. Pulak?

Pada saya, kita tidak sampai pun di situ. Kita telah bersetuju supaya peristiwa itu tidak akan berulang lagi.

Harapan saya, usahlah ada niat untuk mencetuskan sesuatu sehingga memerlukan MAGERAN, atau seumpamanya.

Setiap Rakyat saya seru bertenang...

4 comments:

TAAVEEKUN PERAK said...

salam ziarah,salam ramadhan.salam merdeka.
apa yg saya lihat adalah kita perlu menukar pemimpin BN bukan nya menukar kerajaan.UMNO itu wadah terbaik utk memajukan negara.selain UMNO saya tidak nampak lain2 parti yg berwibawa dalam menggerakkan negara ke arah kemajuan.cakap je semua manusia pun boleh.apa kata tuan?

Gelombang Rakyat said...

Rahman, Ahchong,Muniandy...terima kasih kerana ziarah. Saya masih memerhati pemimpin dan kepemimpinan politik. Jika baik, maka baiklah, jika buruk, maka buruklah.

Seandai itu persamaan kita, sesamalah kita berjuang untuk memanfaatkan Rakyat. Dan negara Malaysia...

Mrkolumpo said...

pengrusi umno bapak perompak
timbalan dia bapak penipu
nak tukar perompak kepada penipu???
hahaha...aku tak setuju lah
adalah lebih elok tukar kerajaan
kan kite negara demokrasi
demokrasi tak kata kerajaan semestinya umno/bn
try la tukar..kalau tak bagus jugak..tukar lah balik time pru akan datang..apa yg nak ditakutkan???yang takut hilang kuasa ni..org gila kuasa sahaja
tak gitu????

Gelombang Rakyat said...

Mrkolumpo,

Demokrasi, penentunya Rakyat di peti undi, itulah yang kita sesama telah persetujui...