Gelombang Rakyat

Lawak Kepala Lembu

























Pegawai: Bos! Dahsyat Bos, kepala lembu depa bawak berarak...

Bos: BullDog saya pernah dengar, ini arak Jenama baru ke?

Pegawai: Bukan arak Bos, BERArak...demo kepala lembu kat Shah Alam!

Bos: Cantik! Ada chance kita tawan Selangor!!! Memang dasar depa ni demo jalanan...

Pegawai: Tapi yang berarak bukan orang depa Bos.

Bos: Orang mana pulak? Tak kan pendatang asing dok kat Pekan kot?

Pegawai: Bukan Bos, ini gambar mereka, cuba Bos tengok...

Bos: Macam ku kenal semua ini, tapi di mana ya? Oit, ini apa pasal pulak ada yang bawak banner Take Beer ni?

Pegawai: Bukan Take Beer, Bos, Takbir, ejaan baru atas semangat 1Malaysia. Dewan mungkin luluskan...

Bos: Tok sah cari pasai. Nanti Pak Samad kita kena pedihkan matanya sekali lagi. Ooo ini Isu perpindahan kuil kat Shah Alam ya. Bagaimana suasana dan situasi?

Pegawai: Orang ramai kalangan ramai orang marah Bos. Ramai yang kutuk. Kat Fasbuk pun depa bertalu-talu debuk.

Bos: Orang kita sudahkah bersuara?

Pegawai: Belum Bos, cuma budak pemuda sekor dah lantang bersuara. Mendahului Bos! Nanti, orang anggap dia ada ta lam wau ro, Bos punyia ibarat nampak kat dahi pulak.

Bos: Problem saya kalau gitu. Apa saya patut buat, sebab depa baru letak saya icon besar kat Batu Caves?

Pegawai: Senang sahaja, kita cari wakil dari Yem Yai See, suruh dia cakap bagi pihak Bos.

Bos: Cantik. Lakukan segera. Oh ya, sebelum itu, nak tanya, ada sesiapa yang demo ini sudah kena tangkap?

Pegawai: Mana ada Bos. Kalau pihak sana yang demo, pasti sudah kena pancutan, pemedih mata, ISA, dan sebagainya. 50 orang ini kita kena pelihara. Tapi ramai marah sebab, tiada tangkapan dibuat.

Bos: 50 orang sahaja? Baru berapa peratus penduduk di Seksyen itu? Tak ngapa. Baiklah, alert dia dulu, kemudian saya akan buat-buat arah supaya bertindak, tapi 2nd meaning ya, maksudnya tak usah bertindak.

Pegawai: Faham Bos. Tapi, dalam ramai-ramai yang marah dan kecam, tambahan lagi, kenyataan Rasmi pemimpin PKR pun, saya risau satu sahaja Bos!

Bos: Apanya?

Pegawai: Kenyataan Resmi kumpulan pencinta sup ekor dan sup topedo

Bos: Kenapa pulak?

Pegawai: Sebab wakil kita di Shah Alam kata, depa bawak berarak kepala lembu sahaja, bahagian lain yang elok depa masak buat berbuka, bersahur, dan bahagian baik punyia depa akan hantar kepada Bos, untuk umph punyia...

Bos: Wow! Tapi, lembu ini depa beli kah depa curi?

...

Diharapkan sekadar lawak sahaja, ketika panas membara semakin reda...

2 comments:

Eyes Wide Open said...

lembu ni depa bela dari bdr tun razak dulu kot!

Zubli Zainordin said...

Bela okay laa Eyes Wide Open, harapnya bukan curian...