Demo Arak Kepala Lembu Dirancang atau Spontan..?
Bukan spontan, semasa berkumpul di masjid negeri dan demonstrasi perarakan kepala lembu dilangsungkan.
Paling kurang 2 tanda ianya bukan spontan malah ianya dirancang.
Tanda 01. banner mengambil masa untuk disiapkan.
Tanda 02. lembu perlu disembelih terlebih dahulu, terkecuali bahagian kepala sahaja dibeli atau diambil di tempat penyembelihan.
Jika dirancang, siapakah perancangannya?
Apakah motifnya?
Disuarakan sebagaimana laporan media, seperti berikut:
01. Kemungkinan selari dengan pihak Misi Tawan Selangor.
02. Ada pengakuan ahli dari parti PR, adakah misi menjatuhkan Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim.
50 orang sahaja sanggup menyertai perarakan ini. Jumlah yang tidak mewakili penduduk di seksyen berkenaan.
Adakah mereka ini penduduk di seksyen 23 itu? Sudah dikenalpasti ada juga orang dari luar kawasan, termasuk dari parti dalam BN.
Kenapa pihak polis tidak bertindak sepertimana lazim ada demonstrasi, yang boleh menjejaskan keamanan Rakyat dan keselamatan negeri? Tiada risikan awal? Kemudian, kenapa tiada tangkapan? sehingga kini, diketahui hanya pernyataan pinta maaf. Benarkah polis perlu permit untuk bertindak ke atas perarakan seperti ini? Bagaimana tindakan polis selepas ada laporan jika di buat?
Setakat yang diketahui:
...beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan parti komponen Pakatan Rakyat sudah berbuat demikian.Antaranya, Setiausaha Parti Sosial Malaysia (PSM), G. Arutcheluan, Bendahari Agong PSM, Sivarajan Arumugam; Ketua Penerangan PKR Cabang Kota Raja, Abdul Razak Ismail; Ketua AMK Cabang Kota Raja, Azmizam Zaman Huri; Ahli Majlis Shah Alam, Sow Kim Tar @ Sow Kim Ling, Sabastine Rao a/l Pragasam, Ahmad Sayuti Bashiron dan Ketua Pemuda PAS Shah Alam...
Lapor TVAntara
Kenapa ada "double-standard" seperti disebut S Manikavasagam Ahli Parlimen Malaysia, Kapar:
"...membelasah diri saya dengan pancutan air kimia dan gas pemedih mata sewaktu cubaan membuat laporan polis di Kuala Lumpur awal tahun ini".Lagi di sini:
http://www.mpkapar.com/manikavasagam/posts/kenyataan-akhbar-insiden-mengarak-kepala-lembu/
Selanjutnya sila baca:
The Malaysian Insider:
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/36297-are-the-cow-head-protesters-real-