Gelombang Rakyat

PRU 13


Jika ditunggu sebagai individu penunggu, memang terasa lamanya.

Jika dari sudut usaha yang perlu dilaksanakan memang suntuk tidak kecukupan masa.

Jika dibiarkan, tiada nampak sebarang hasil, dari kerajaan pusat sedia ada, khususnya yang memanfaatkan Rakyat.

Ternyata harapan masih berada dalam perjuangan Pakatan Rakyat. Bakal semakin mantap bila telah digubal Piagam.

Seandai dilihat anak muda kalangan Rakyat Malaysia, sokongan padu berjumlah tinggi kepada perjuangan Pakatan Rakyat.

Jika ada langkah terpenting kini ialah mendidik pengundi supaya mempastikan kerajaan pusat dan negeri seluruhnya dibentuk kelak ialah dari kalangan Rakyat, dalam Pakatan Rakyat, demi memajukan Rakyat dan Negara Malaysia.

Setiap individu yang searus aliran ini, melakukan sedikit pun bakal memberi sumbangan menyeluruh kepada kemenangan paling besar, dan kemenangan paling manis, untuk seluruh Rakyat.

Sila nyatakan apakah yang anda boleh dan ingin lakukan?

3 comments:

Eyes Wide Open said...

Selamat kembali saudara!

Anonymous said...

kemana menghilang selama 5 bulan?

Gelombang Rakyat said...

tak hilang ke mana, ada. Cuma Internet kena potong, bayaran tertunggak. Ini pun, guna anak punya, baru boleh on...