Gelombang Rakyat

Abah, BN Tu Apa..?


























Grafik di
http://alditta.blogspot.com/2009/09/meerdekaaa-harga-petrol-naik.html



BaNi: Abah BaNi, BN tu apa?

BayNuh: BN tu Ba, Ni.

BaNi: BN tu apa Abah BaNi?

BayNuh: BN tu, Bay, Nuh

BaNi: Abah BaNi, BN tu apa?

BayNuh: BN tu, BaNi bin BayNuh.

BaNi: Kenapa kita asyik makan ikan Sardin hari-hari Abah BaNi?

BayNuh: BN, BaNi. Harga Barang Naik.

BaNi: BN, Bila Naik Abah BaNi?

BayNuh: Selalu BN, Barang Naik. 5 Jun 2008, harga minyak naik. BN, Baru Naik harga minyak, 1 September 2009, selepas sambutan Merdeka 1Malaysia, BN Barang Naik lagi. Nanti, lain-lain Barang Naik jugak. Sebab Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.

BaNi: BN, Berapa Naik Abah BaNi?

NayNuh: BN, Banyak Naik nya. Pemimpin BN tak ubah macam...

BaNi: Binatang! Binatang Nama apa tu Abah BaNi?

BayNuh: Binatang Nama apa, kat mana? Oh itu? Itu BN, Burung Nuri.

BaNi: BaNi nak. BaNi nak. BN, Burung Nuri atas pokok itu!

BayNuh: BN, Berat Nak. BN, Banyak Najis, nanti siapa nak cuci. Lagi pun, tinggi sangat, macam mana nak ambil?

BaNi: Panjat! BN, Bapaknya Naik.

BayNuh: Alamak! Jom kita balik ke rumah BaNi, hujan dah turun...kita kena angkat jemuran. Jika tidak, BN, Bini Ngamok, abah yang kena tidor luar malam ini.

...

Tidor luor, tak merasalah kamu bersahur nasik ngan Gulai Tempoyak:

2 comments:

abdrahim kassim said...

ikan apa tu yeop? baung ke? meleleh air liur aku...

Zubli Zainordin said...

abdrahim kassim, bukan Salmon. Op Patin, rasa-rasanya...