Gelombang Rakyat

Pemimpin Kepemimpinan Najib Dan BN - Kenaikan Harga Minyak
























Mohd Najib Abdul Razak diketahui mempunyai pandangan sendiri mengenai dirinya sebagai pemimpin tertinggi negara. Begitu juga dengan orang lain.

Namun, ramai orang di kalangan orang ramai sedang menyaksikan satu kesilapan paling besar dilakukan Mohd Najib Abdul Razak setakat ini, dari pelbagai kesilapan kepemimpinnya yang nyata pada pandangan Rakyat yang menilai di masa lalu ialah menaikkan harga minyak di Malaysia.

Dengan kenaikan ini dia diakui menggagalkan sendiri fantasinya 1Malaysia.

Kononnya hasrat menjanjikan kesejahteraan untuk semua di atas semangat nasional dilihat ramai sebagai hanya cakap kosong sahaja.

Apa gigi yang lebih lembut dari lidah melenggok ungkapan manis dengan tema Rakyat Diutamakan, Pencapaian Didahulukan,tetapi bila ada sedikit bebanan tanggungan kerajaan pimpinannya, selamba sahaja bebanan itu dihenyak ke atas bahu setiap Rakyat.

Ini ciri kepemimpinan yang tidak baik pemimpin negara. Ini juga menunjukkan kelemahannya yang semakin ketara di mata ramai.

Sejak menjawat jawatan Menteri Kewangan Malaysia, dia telah mempamerkan diri yang tidak reti teraju kewangan negara. Ini sepatutnya boleh diimbangi dengan melantik orang yang reti. Namun dia tidak pula reti melantik orang yang selayak itu. Ini penambahan kepada kelemahannya yang tidak layak menduduki kerusi tertinggi negara.

Dia pernah menyebut meneruskan tradisi. Kenaikan harga minyak di Malaysia, tindakan mundurnya bersama sekongkolan pemimpin, kepemimpinan, kabinet jemaah menteri Barisan Nasional, adalah meneruskan tradisi kelemahan lalu itu.

Perubahan yang diharapkan Rakyat Malaysia tidak tercapai kerana masih ramai di kalangan mereka yang tidak layak masih menduduki kerusi masing-masing masih dikekalkannya. Purata, mereka yang dari kalangan lembab, lemah, longlai, lesu, masih dipilih untuk bersama semacam mahu cuba menerajui negara. Jika sekadar angguk sahaja, maka ini kesilapan paling besar kerana memilih mereka.

Tidak cukupkah bebanan ditanggung Rakyat sejak PRU 12, dan bebanan tambahan mendadak 5 Jun 2008, maka bebanan harga minyak dinaikkan pula pada 1 September 2009?

Setiap Rakyat mempunyai pandangan tersendiri mengenai kenaikan harga minyak ini. Maka kekalkanlah dengan pandangan itu. Pos ini sekadar menyatakan satu pandangan tersendiri pula.

Pada saya, Rakyat dan Negara perlukan pemimpin dan kepemimpinan yang mampu mengekalkan harga minyak demi berat sama dipikul ringan sama dijinjing.

Namun, kita semua mempunyai pemimpin yang mampu melakukan lebih dari itu. Dengan konsisten menyatakan berdasarkan kepakaran, kelayakan, pengetahuan dan pengalaman bahawa, "Hari ini Pakatan Rakyat membentuk kerajaan, esok harga minyak turun".

Turun!!!

Bukan kekal paras apatah lagi naik, malah turun.

Ada yang mula berpandangan semoleknya para pemimpin yang tidak reti akan kenaikan harga minyak dan rentetan kenaikan segala macam barang keperluan harian Rakyat, sebaiknya turun dari kerusi masing-masing. Biar Rakyat naikkan pemimpin yang reti dalam bulatan pakatan yang mahir, maka barulah harga minyak turun.

Serta pelbagai kepincangan sekarang dapat dimantapkan semula.

Jika ada yang merasakan tidak tentu hala, ketika parti rapuh menanti relai, retak menanti kecai, dan barisannya senget dengan pemimpin yang lebih suka kepada cakar-cakaran untuk merebut kerusi nombor satu, lebih baiklah tukar dengan turun berhemah.

Pemimpin yang tidak mampu lantaranturun, supaya pemimpin yang mantap maka naik, supaya harga minyak turun dengan turunnya segala macam telah, harga Barang Naik, itulah sebenarnya 1Malaysia yang ada kaitan sedikit dengan kita merdeka.

Jika tidak, kenaikan harga minyak hari ini, mungkin kesannya sehingga 2100 Rakyat Malaysia terbeban.

Kepada Mohd Najib Abdul Razak, renungkanlah, tiada ertinya jawatan dan pangkat serta kuasa, jika semua itu tidak mendatangkan manfaat kepada Rakyat dan Negara Malaysia.

Apa juga orang lain nak kata, maka katalah. Ini kata saya yang alami beban dengan keputusannya bersama rakan pemimpin yang sewaktu dengannya, memilih untuk menaikkan harga minyak di Malaysia...





1 comments:

dollah yankee said...

Dalam radio/TV/paper...bila pun dia nanti kata dia paham masalah rakyat...tapi apa yang dia paham pun tak tau !