Anwar Ibrahim Menyertai PAS - Bagaimana?
PAS - Parti Islam Se-Malaysia sebuah parti yang baik di Malaysia. Membuka pintu kepada warga Malaysia untuk menjadi Ahli atau Penyokong.
Syaratnya jelas untuk Ahli dan Penyokong.
Memenuhi syarat itu ialah Anwar Ibrahim.
Adakah Anwar Ibrahim bakal menyertai PAS sebagai Ahli. Desas-desus di Blog dua rakan saya menyatakan begitu. Dengan kemungkinan, menjadi Perdana Menteri Malaysia melalui tiket PAS, dan kekal terus dalam PAS.
Sila ke sini:
http://www.ikutsukaakuisa.
http://siyasahsyariyah.blo
Pada saya, ini cantik sekali. Hubungan Anwar Ibrahim dan Nik Aziz Nik Mat atas dasar saling hormat.
Ramai pemimpin lain dalam PAS rapat hubungan politik dengan Anwar Ibrahim. Sama ada dinafikan atau tidak, nama seperti Husam Musa dan Abdul Khalid Samad pernah disebut di kalangan mereka yang rapat itu.
Ada lagi...
Namun, molek dilihat dahulu, Anwar Ibrahim mengumumkan demikian.
Bila itu terjadi, boleh dianalisis kesan dan akibatnya kepada Parti KeADILan Rakyat - PKR, Parti Islam Se-Malaysia - PAS, Democratic Action Party - DAP.
Seterusnya, UMNO dan Barisan Nasional. Sikit cukuplah, sebab tidak penting lagi apa mereka fikirkan, atau reaksi mahupun respons mereka. Memang tidak relevan lagi dalam arena politik Malaysia atau 1Malaysia, jika para pemimpin kedua-duanya masih mereka sekarang juga.
Tahun lalu ada saya pos supaya penggabungan berlaku, ketiga-tiga parti menjadi satu dan disebut Parti Bulatan Rakyat (Rakyat).
Ketika itu, satu kesukaran sahaja ialah persetujuan DAP dan PAS. Sedangkan PKR lebih mudah. Sebab itu saya katakan ianya molek menjadi model parti politik terbaik di Malaysia.
Notes saya di sini terdahulu:
http://www.facebook.com/zu
Tian Chua kah yang merisik dari Nik Aziz Nik Mat?
Ditinjau kembali Anwar Ibrahim sewaktu muda, sudahpun bergelar pemimpin, ada pilihan untuk menyertai PAS atau UMNO. Sejarah ini diketahui. Memang menarik jika diposkan.
InsyaAllah jika ada kelapangan waktu.
Ada tuduhan bahawa Anwar Ibrahim sejak bebas daripada penjara Sungai Buloh, dia tidak berparti. Ada yang menyangka Anwar Ibrahim ada strategi dan pilihan berbuat begitu.
Pada saya, dia ada hikmah dan hikmah itu andai sampai masanya, adalah sama seperti hikmah dia tidak bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak ataupun Kulim, sebaliknya telah memilih Permatang Pauh.
InsyaAllah, bersambung...