Gelombang Rakyat

Anwar Ibrahim Menyertai PAS - Bagaimana?
























PAS - Parti Islam Se-Malaysia sebuah parti yang baik di Malaysia. Membuka pintu kepada warga Malaysia untuk menjadi Ahli atau Penyokong.

Syaratnya jelas untuk Ahli dan Penyokong.

Memenuhi syarat itu ialah Anwar Ibrahim.

Adakah Anwar Ibrahim bakal menyertai PAS sebagai Ahli. Desas-desus di Blog dua rakan saya menyatakan begitu. Dengan kemungkinan, menjadi Perdana Menteri Malaysia melalui tiket PAS, dan kekal terus dalam PAS.

Sila ke sini:

http://www.ikutsukaakuisa.co.cc/2009/09/nizar-benarkah-anwar-ibrahim-akan.html

http://siyasahsyariyah.blogspot.com/2009/09/anwar-ibrahim-dsai-akan-sertai-pas.html

Pada saya, ini cantik sekali. Hubungan Anwar Ibrahim dan Nik Aziz Nik Mat atas dasar saling hormat.

Ramai pemimpin lain dalam PAS rapat hubungan politik dengan Anwar Ibrahim. Sama ada dinafikan atau tidak, nama seperti Husam Musa dan Abdul Khalid Samad pernah disebut di kalangan mereka yang rapat itu.

Ada lagi...



Namun, molek dilihat dahulu, Anwar Ibrahim mengumumkan demikian.

Bila itu terjadi, boleh dianalisis kesan dan akibatnya kepada Parti KeADILan Rakyat - PKR, Parti Islam Se-Malaysia - PAS, Democratic Action Party - DAP.

Seterusnya, UMNO dan Barisan Nasional. Sikit cukuplah, sebab tidak penting lagi apa mereka fikirkan, atau reaksi mahupun respons mereka. Memang tidak relevan lagi dalam arena politik Malaysia atau 1Malaysia, jika para pemimpin kedua-duanya masih mereka sekarang juga.

Tahun lalu ada saya pos supaya penggabungan berlaku, ketiga-tiga parti menjadi satu dan disebut Parti Bulatan Rakyat (Rakyat).

Ketika itu, satu kesukaran sahaja ialah persetujuan DAP dan PAS. Sedangkan PKR lebih mudah. Sebab itu saya katakan ianya molek menjadi model parti politik terbaik di Malaysia.

Notes saya di sini terdahulu:

http://www.facebook.com/zubli.zainordin?ref=name#/note.php?note_id=287188325552

Tian Chua kah yang merisik dari Nik Aziz Nik Mat?

Ditinjau kembali Anwar Ibrahim sewaktu muda, sudahpun bergelar pemimpin, ada pilihan untuk menyertai PAS atau UMNO. Sejarah ini diketahui. Memang menarik jika diposkan.

InsyaAllah jika ada kelapangan waktu.

Ada tuduhan bahawa Anwar Ibrahim sejak bebas daripada penjara Sungai Buloh, dia tidak berparti. Ada yang menyangka Anwar Ibrahim ada strategi dan pilihan berbuat begitu.

Pada saya, dia ada hikmah dan hikmah itu andai sampai masanya, adalah sama seperti hikmah dia tidak bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak ataupun Kulim, sebaliknya telah memilih Permatang Pauh.

InsyaAllah, bersambung...

Gelut Najib Di Arena Politik Malaysia
























Jika ada pemimpin politik di Malaysia kini yang sedang bergelut sekarang ini, dia ialah Mohd Najib Abdul Razak.

Pertama: Apa pergelutannya?

Kedua Menarik, siapa pasukan penasihat atau penyumbang informasi kelilingnya?







Memang kini Mohd Najib Abdul Razak tahu dia menduduki kerusi itu yang merupakan kerusi tertinggi kepemimpinan negara.

Namun, jelas sekali Mohd Najib Abdul Razak pun tahu dia bukan pemimpin politik negara satu Malaysia.

Ini jelas dari kedudukan kerusi di Parlimen, kerusi kerajaan negeri, dan sokongan Rakyat yang terbahagi dua. Mohd Najib Abdul Razak dapat sebahagian dari jumlah total.

Tentu ada yang kata, "biasalah itu..."

Pada saya tidak biasa, sebab pembahagian ini, kelihatan lebih ramai memihak kepada Anwar Ibrahim, Para Pemimpin Utama, Menteri Besar, Ketua Menteri, dan ahli parti serta penyokong Pakatan Rakyat. Ya, berbanding Mohd Najib Abdul Razak dan lain-lain kerusi yang didudukinya sebagai ketua.

Maka itu...

1Malaysia dibaca sebagai satu cara pembinaan imej Mohd Najib Abdul Razak.

Ya, satu daripada mimpi fantasinya yang bukan suatu realiti.

Untuk menjadikan erti itu dengan mengisi kekosongan supaya berisi sebagai realiti, Mohd Najib Abdul Razak melakukan dua langkah yakni gerak dan kawal.
Gerak

Geraknya menawan Selangor sepertimana Perak.

Alahai! Membaca pemikiran politik pemimpin baru dalam Pakatan Rakyat, mereka nampak ini "impossible" mengikut congakan logik mereka sendiri-sendiri.

Molek mereka matang segera. Ini politik Malaysia era siapa? Ya...

Era ini YB, kenaifan simpan dahulu dalam poket dahulu, selagi ada pemimpin pihak Barisan Nasional yang berkuasa dan mengguna kuasa itu, usah fikirlah dahulu salah atau benar, itu bukan persoalannya, namun cita politik capai akhirnya.

Tak percaya? Renung alasan insiden arak kepala lembu di Shah Alam. Setaraf tidak alasan itu dengan yang diarak?

Pusing-pusingan alasan diberikan oleh pasukan keliling Mohd Najib Abdul Razak. Mereka itu mudah dikenali, "They are exhausting every possibility, and they shall find one that is probably possible".

Pasukan ini saya sebut sebagai The Grand Design, dengan misi rebut atau rampas, Perak, Selangor, Kedah, Pulau Pinang, dan Kelantan.

Pemimpin Pakatan Rakyat boleh pantas jerit, "No Way!!!".

Pada saya, katalah yang sama, sebelum dan setelah Perak Dirampas.

Ramai tidak menyedari siapa dan di mana dalam struktur kuasa di Perak yang boleh memanfaatkan sesuatu rencana.

Molek Abdul Khalid Ibrahim, dan lain-lain pemimpin peneraju negeri, kaji dan fahami apa yang berlaku kepada Muhammad Nizar Jamaluddin.






Pun begitu, adakah pemimpin Pakatan Rakyat di negeri masing-masing nak tunggu terjadi baru menyusun tindakan. Perhatikan betapa letihnya Muhammad Nizar Jamaluddin nak masuk dewan persidangan DUN.

Lagi, pun begitu, apa yang diinginkan berlaku belum berlaku, dan yang hajat diinginkan terjadi belum terjadi, kerana Mohd Najib Abdul Razak bukan sahaja kekurangan sokongan 1Malaysia, dia juga kekurangan sokongan 1 UMNO dan 1Barisan Nasional.

Walaupun ada kalangan para Menteri dan beberapa organisasi strategik kerajaan dalam kawalan Mohd Najib Abdul Razak, namun dia kehilangan tokoh dari kalangan Vateran UMNO kecuali beberapa yang bergerak dalam NGO. Mohd Najib Abdul Razak juga ketiadaan tokoh politik handal dalam Sayap Wanita. Begitu juga kelihatan berbelah bahagi kepercayaan sebenar dalam pemimpin, pasukan, dan Sayap Pemuda.

Menekan lebih lagi ialah kehebatan rancak pemimpin dan kepemimpinan dalam MCA dan MIC berebut kerusi tertinggi parti. Manakala apa yang boleh diharapkan dari Gerakan dan lain-lain parti komponen Barisan Nasional. Barangkali bila diarah jala mereka ada tali pancing lilit tin susu kosong sahaja.

Semua ini, setakat kini membantutkan pencapaian manis nak dikecapi Mohd Najib Abdul Razak.

Dia masih bergelut.

Ketika masih ada satu lagi kemungkinan...

















Ini the weakest point dalam kekuatan politik Mohd Najib Abdul Razak.

Sedangkan pemimpin puluhan tahun berpolitik dalam Pakatan Rakyat, mereka tahu apa yang disebutkan di sini, dan pada saya, enjut kembali gerak bulatan padu tuju Putrajaya!

Jom! Kita tawan Putrajaya!!!

Siapkan Piagam Pakatan Rakyat dahulu.

Kemudian informasi akan dikongsi dengan semua, cara bagaimana ini boleh dilakukan sebaiknya, sehingga Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Abdul Hadi Awang akan restui ini kerana menepati dilaku langsungkan bertepatan prinsip perjuangan Pakatan Rakyat.

Demi itu, dua manfaat molek dicapai:

Pertama: Mohd Najib Abdul Razak yang bergelut akan bertambah keliru dan sumbang pula jurus dan langkahnya.

Kekuatan pasukannya akan terbelah dua dari aspek tumpu dan laksana.

Anwar Ibrahim boleh menerajui keyakinan bertambah bahawa usaha pemimpin yang dihilangkan di Selangor dapat dihalang, lompatan bersebab lain-lain pemimpin tidak menjadi kerana yakin setia mereka di negeri lain dikuasai Pakatan Rakyat.

InsyaAllah bersambung...

BLOW - Elizabeth Wong & Letak Jawatan? Memahami Desakan Khir Toyo & Sokongan Pemimpin PR..! Malaysiakini

Zubli Zainordin Avatar

Zubli Zainordin

Di antara berita paling hangat hari ini ialah isu membabitkan Elizabeth Wong.

malaysian selangor state assemblywoman elizabeth wong photo

Rujuk Malaysiakini:

Suara KeADILan OnLine, sehubungan itu melaporkan gesaan Mohamad Khir Toyo, supaya Elizabeth Wong meletakkan jawatan.

Sebagaimana dilaporkan wartawan Wong Choon Mei. Di atas alasan apakah gesaan itu dibuat oleh Mohamad Khir Toyo? Nanti kita ikuti penjelasannya.

Perihal Elizabeth Wong meletak jawatan, para pemimpin Pakatan Rakyat melihat Elizabeth Wong ialah mangsa. Lantaran, kenapakah mangsa dihukum? Sedangkan kesalahan mengedar foto yang mengaibkan dirinya ialah persoalan utamanya.

Abdul Khalid Ibrahim
shamsuliskandar.wordpress.com

Pemimpin Pakatan Rakyat telah memberi sokongan kepada Elizabeth Wong. Mereka terdiri daripada Abdul Khalid Ibrahim, Teresa Kok, dan Tian Chua.

Perincian di sini:

http://www.suarakeadilan.com/

Berkaitan:

Malaysiakini melaporkan:

  • BN S'gor desak Elizabeth letak jawatan
    Jimadie Shah Othman | Feb 16, 09 12:54pm
  • khir toyo smoothDatuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendesak Elizabeth Wong supaya meletak jawatan exco dan Adun Bukit Lanjan, ekoran penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum.LAGI
  • Untuk bersih nama PKR
    Elizabeth sasaran kedua

Malaysiakini melaporkan lagi:

  • Eli: Saya mangsa sebaran foto bogel
    Feb 16, 09 10:09am
  • kemaskini 3.20pm "Saya dimaklumkan beberapa orang sedang cuba mengedarkan foto-foto atau rakaman video yang menunjukkan saya separuh bertelanjang dalam keadaan tidur dan juga dalam posisi intim.".LAGI
  • Laporan di balai polis Damansara
    Sewaktu beliau sedang tidur
InsyaAllah Bersambung...
Reblog this post [with Zemanta]

BLOW - Di Zaman Pemimpin Politik Malaysia Bila Timbul ADUN Hilang..?

Cucu Cina AchehZiZi,

Cucu Tok Acheh Pedagang Cina

Ahli BLOW - Blogger Wawasan
Prima Maya Bloggers Network @ Selangor Malaysia

Rasanya wa belum pernah dengar lagilah, sehingga selepas PRU 12. Mungkin Sejarahwan Sejarahwanita boleh beri penerangan jelas.

Namun, era ini nampak sangat memang ada

ADUN hilang.

ADUN hilang hilang.

ADUN hilang halang.

ADUN hilang timbul hilang.

Dan macam-macam.

Dikatakan cuti lah, sakit lah, lepas itu rap sebuah negeri dah dirampas dan rampasan ini mulia demokrasinya kata para perampas.

Pun begitu, sesiapapun usahlah risau, perihal ADUN hilang ini tidak berlaku di Selangor. Abdul Khalid Ibrahim amat yakin.

Katanya itu semua spekulasi.

Termasuk 5 hari ke manakah ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah.

Nik Hassan Azmi, di Blog Thinking Of Life, ada stori...

12 February 2009

PR Selangor

bermesyuarat hari ini,

bincang ADUN hilang ?

.- Malaysiakini

Pakatan Rakyat Negeri Selangor akan mengadakan satu mesyuarat hari ini bagi membincangkan bagaimana untuk menghentikan semua spekulasi yang timbul termasuk kehilangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah.

Lagi di sini:

http://nikhassanazmi.blogspot.com/


Hanya spekulasi ye Y.A.B...

Orait!

Wa caya lu...

BLOW - Bloggers Peka Dan Cuba Fahami Keyakinan Khalid Di Selangor Azizan Di Kedah..?

Cucu Cina AchehZiZi,

Cucu Tok Acheh Pedagang Cina

Ahli BLOW - Blogger Wawasan
Prima Maya Bloggers Network @ Selangor Malaysia

Apa yang berlaku di Perak telah berlaku.

Kita tidak mahu rampasan keji ini berulang di Selangor atau Kedah. Serta lain-lain negeri kerajaan Pakatan Rakyat.

Namun, melihat Perak dirampas, ini bukan kerja seorang dan bukan perancangan selepas PRU 36 Kuala Terengganu.

The Grand Design.

Lantaran membaca berita di sini, nampaknya Abdul Khalid Ibrahim di Selangor dan Azizan Abdul Razak di Kedah, begitu yakin sekali.

http://www1.mstar.com.my/

Assalamualaikum.....
ISA - Ikut Suka Aku

Jangan Terlalu Yakin


Berapa peratus tahap keyakinan Menteri Besar Selangor dan Kedah bahawa tiada Adun mereka yang akan melompat parti.

Sambungan di sini:

http://www.ikutsukaakuisa.co.cc/2009/02/jangan-terlalu-yakin.html

Azizan Abdul Razak
sarawak-national-party.blogspot.com

07 February 2009

AHLI PAS KEDAH PERLU BERSEDIA

oleh

Kemelut politik yang melanda Pakatan Rakyat Perak sehingga mencetuskan krisis perlembangaan dan jatuhnya kerajaan Pakatan Rakyat Perak di bawah kepimpinan Dato Seri Mohd Nizar Jamaluddin pada Jumaat (6 Feb), sememangnya telah dijangka sejak dari awal lagi.


Ini kerana UMNO/BN yang merupakan sebuah komponen parti politik yang rakus kuasa di Negara ini tidak mungkin membiarkan kerajaan Pakatan Rakyat terus berkuasa di negeri-negeri yang telah ditumbangkan pada PRU `12. Kejatuhan regim UMNO/BN telah dilakukan melalui undi rakyat dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi.


Namun, atas sisa kuasa yang masih dimiliki oleh mereka (UMNO/BN), digunakan semaksimanya untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dengan cara yang pelbagai. Antaranya, ugutan, tawaran jawatan dan rasuah duit. Kaedah yang digunapakai oleh mereka bukan lagi menjadi rahsia umum, bahkan sudah keperingkat menjadi budaya mulia dikalangan mereka (UMNO/BN).


Setelah mereka berjaya melumpuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, kini tidak mustahil mereka akan terus ke neger-negeri lain terutamanya Kedah. Kedah menjadi pilihan kedua kerana ia diwakili oleh 16 adun PAS, lima adun PKR dan satu adun DAP. Dengan kelebihan majoriti lapan kerusi dalam PRU 12 lalu, kerajaan Pakatan Rakyat dapat ditubuhkan di Kedah dalam tempoh tidak sampai 72 jam. Dan di kira sebagai kerajaan negeri yang paling awal berjaya dibentuk dengan perkenan KDYMM Al-Sultan Kedah Darul Aman.


Lagi di sini:


http://kedahlanie.blogspot.com/2009/02/ahli-pas-kedah-perlu-bersedia.html


Pada wa, Tanbihul Ghafiliin.


Tidak lah kelak ada yang kata, "Aku dah habaq dah, pemimpin tak mau dengaq. Yakin sangat..!"