Diam Diutamakan Lengah Didahulukan
Pegawai: Apa macyiam Bos? Orang ramai dah bising kita belum bertindak lagi.
Bos: Habis itu kita nak buat macam mana?
Pegawai: Bos kena bertindak.
Bos: Sukar kita nak bertindak, sebab kepala lembu itu kita tidak dapat kesan di mana ia.
Pegawai: Kita boleh analisis mereka yang terlibat Bos.
Bos: Sukar, sebab tiada bukti. Jika ada gambar dia orang, atau klip video, kita boleh panggil pakar luar negara untuk buat analisis. Paling lama pun 58 tahun, kita akan dapat jugak hasil analisis itu. Maka, barulah kita boleh bertindak.
Pegawai: Tapi orang tempatan sudah pun buat analisis Bos dari fakta untuk dijadikan bukti, kat sini.
Bos: Tapi semua itu mungkin mereka superimpose, dan bukan dari tempat kejadian.
Pegawai: Jadi macam mana Bos?
Bos: Beginilah, kita ini 1Malaysia, maka Diam Diutamakan Lengah Didahulukan. Biarlah. Ini hangat sekejap sahaja. Lama-kelamaan mereka pun lupa.
...
Betoi ke gitu weh? Kes Altantuya siapa yang lupa..?