Kebijaksanaan Pemimpin dan Kepemimpinan Politik Malaysia
Dari jumlah undi di PRU 12, kita dapat anggarkan sokongan Rakyat kepada bulatan Pakatan Rakyat.
Angka ini mungkin berubah, boleh turun rendah, namun usah terkejut, boleh meningkat berdasarkan paling tidak dua faktor:
01. Pakatan Rakyat ialah bulatan terdiri daripada pemimpin yang hebat dan ke semua prinsip terbaik yang menjadi asas murni ada dalam gabungan ini.
02. Barisan Nasional ialah gabungan parti politik yang bersifat kekelompokan yang dibariskan tidak sama, dalam amalan budaya yang kebanyakannya tidak baik lantaran tidak memanfaatkan Rakyat dalam ertikata sebenarnya, melainkan cakap kosong, dan tidak konsisten pula amalannya.
Rakyat menilai, Pengundi menentukan kerajaan pusat dan negeri.
Ada yang beranggapan pakatan ini ialah untuk menang pilihanraya sahaja, sebab saingan politik utama yang sama.
Kejayaan Anwar Ibrahim diakui menyatukan pakatan Parti Pakatan KeADILan Rakyat - PKR, dengan Parti Islam Se-Malaysia - PAS, dan Democratic Action Party - DAP. Tentulah ini juga kebijaksanaan Nik Aziz Nik Mat, Lim Kit Siang, dan ramai lagi para pemimpin berwibawa dalam ketiga-tiga parti yang bergabung.
Suasana berubah dan menarik sekali ialah kemenangan di PRU 12, di luar jangkaan, dan membolehkan kemenangan Pakatan Rakyat dan membentuk kerajaan negeri di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Selangor.
Kemenangan manis.
Semua ini disusuli dengan Anwar Ibrahim bertanding di P 44 Permatang Pauh, dalam laluan ke Parlimen dan ke PutraJaya. Niat ini baik, namun perjuangan ini bukanlah boleh dibiarkan berseorangan, dan beberapa kelemahan teknikal dari aspek strategi.
Saya masih lagi menyokong usaha ini, seandainya pemimpin PAS dan DAP sama berjuang meletakkan seluruh Pakatan Rakyat sebagai Kerajaan Rakyat di PutraJaya yang mampu segera memanfaatkan Rakyat ketika mana yang bengkok diluruskan segera, atas dasar kemurnian Islam, keadilan, dan kesaksamaan Rakyat.
Ini boleh dilakukan sekali lagi.
Jika penting, maka utamakanlah Piagam Pakatan Rakyat, atau Piagam Bulatan Rakyat. Ini akan meningkatkan pakatan ini jauh melebihi barisan sedia ada, dalam menjadi model gabungan parti politik yang istimewa di Malaysia.
Istimewa kerana, ketiga-tiga parti ini tidak mewakili kelompok tertentu di Malaysia. Dasar kepartiannya besar dan lebar mencakupi semua Rakyat berpeluang menyertai.
Cuma, dari aspek teknikal kehalusan amat diperlukan untuk benar-benar menjayakan bulatan Pakatan Rakyat.
Kehalusan ini saya nampak ada pada natijah satu fikir - Anwar Ibrahim, dan Nik Aziz Nik Mat, dan Lim Kit Siang, disokongi para pemimpin dalam setiap parti dalam Pakatan dan Rakyat Malaysia.
Kehalusan ini penting kerana apa juga ketebalan tidak memanfaatkan ahli parti dan Rakyat Malaysia.
Sekarang, mahu atau tidak mahu.
Satu Bulatan Rakyat melalui rombakan tidak berombak, kemudian dimantapkan menjadi satu, mengertikan Reformasi menjadi Transformasi.
Ketika itu UMNO dan Barisan Nasional yang tidak lagi relevan sejak 2003, akan menjadi pembangkang yang kecil dengan perjuangan asal mereka yang tidak akan berubah mungkin untuk 100 tahun lagi.
Mantap! Mantap!! Mantap!!!
UP Malaysia - Untuk Perubahan Malaysia.
Untuk kemenangan paling manis dan paling besar Rakyat Malaysia
Rujukan Lanjut:
Usul Tian Chua dimoleki Nik Aziz Nik Mat
Oleh
Ibnu Hasyim
http://www.ibnuhasyim.com/