Gelombang Rakyat

N 31 Bagan Pinang - Pihanraya Kecil Tiada Sebab 1 Syawal Hari Raya..?
























Siapalah di Malaysia yang seronok sangat ada pilihanraya kecil di negara ini?

Saya.

Siapa lagi?

Jika dulu tidak segera pos pada hari dapat tahu. Lama kemudian barulah pos perihal piliharaya kecil lalu.

Namun, betapa rasanya bila N 11 Kota SiPuteh menjadi suatu nikmat yang bakal dikecapi Rakyat. Namun berakhir dengan keputusan di dalam jangkaan ramai, bahawa organisasi yang semoleknya memenangkan Rakyat, dikhabarkan lebih mirip memenangkan sesuatu pihak.

Adil?

Ada yang merasakan tidak adil keputusan itu. Namun ini sekali lagi terjadi sebagaimana berulang kalinya terjadi, bila sebilangan Rakyat dikenakan begini, kembali mereka berbondong-bondong seperti selalu, seperti biasa, memanjatkan doa mohon imbang perakaunan dari-Nya.

Rakan Blogger merakamkan, di antaranya, ibarat "Hari ini membentuk kerajaan, harga minyak akan dinaikkan dan dinaikkan lagi dan lagi, kemudian dinaik pula, dan dinaikkan..."

Maklumlah Barang Naik.

Begitulah juga dengan, "Hari ini kau kansel N 11 Kota SiPuteh, segera sahaja muncul pilihanraya di N 31 Bagan Pinang pula".

Saya ingin sangat tengok, pengmengberterkorneranan pilihanraya kecil di N 31 Bagan Pinang pula. Katakanlah pilihanraya di sini tidak akan dilangsungkan kerana alasannya 1 Syawal Hari Raya.

Usah terkejut seandainya doa Rakyat dikabulkan-Nya lagi, dan DUN Terengganu pula bubar.

Pemimpin dan kepemimpinan tidak molek bermain kuasa, dan sekongkol pula dengan yang mensemarakkan kuasa itu untuk melakukan korner baring lipat supaya Rakyat teraniaya.

Sama-sama kita tunggu keputusan pilihanraya N 31 Bagan Pinang diumumkan. Tiada pilihanraya!

Jangkaan saya, pilihanraya di sini akan ditiadakan dengan sebab tertentu.

Silakan...

0 comments: