Najib atau UMNO Kah Begitu Atau BN pun Sama..?
Ketika ini saya terkejut dengan apa yang telah berlaku dan apa yang mungkin lebih berlaku.
Soalnya adakah Najib atau UMNO kah begitu. Atau BN pun sama.
Begini.
Sebelum PRU 12, saya merasakan sebahagian orang UMNO itu sombong, dan angkuh. Pada sangkaan saya, saya seorang sahaja merasakan begitu di Malaysia ini.
Pemimpin UMNO, BN, negeri dan negara, mereka ini dari kalangan Rakyat juga, namun dipilih untuk menjadi pemimpin supaya kepemimpinannya mewakili dan memanfaatkan Rakyat.
Namun bila berkuasa sebahagian mereka ini kelihatan seperti ini parti kita, ini barisan kita, ini negeri kita, ini negara kita, ini kerajaan kita, maka semacam tidak peduli dan prihatin kepada orang lain yang bukan dari parti UMNO.
Pun begitu, dalam lingkungan kuasa yang sama, mungkin kurang sedikit, ialah sombong dan angkuh sebahagian pemimpin dari kalangan MCA, MIC, dan Gerakan. Selainnya begitu juga.
Bila ada aduan, rayuan, dari Rakyat, jawapan sebahagian para Menteri kabinet contohnya, amat menyakitkan.
Maka...
Adakah kelaku begitu turut menyakitkan sebahagian ahli dan pemimpin UMNO yang berpegang kuat kepada perjuangan 1946 itu?
Adakah kelaku begitu turut menyakitkan sebahagian ahli dan pemimpin MCA, MIC, Gerakan, dan lain-lain lagi.
Adakah kelaku begitu turut menyakitkan ahli dan pemimpin parti dalam Pakatan Rakyat.
Paling teruk sekali kelaku begitu turut kah menyakitkan Rakyat seluruhnya.
Disangkakan setakat itu sahaja, namun ada rakan di Facebook menyedarkan saya betapa kelaku begitu sudah pun mula menyakitkan sebahagian Rakyat di negara jiran. Ya, darri kalangan di negaranya.
Rakan ini seperti melihat dirinya tidak besar namun melihat marah itu bukan kecil.
Apa pun, tidakkah Mohd Najib Abdul Razak sensitif kepada ini semua lantaran memperbaiki diri dan para pemimpin lapisan berikutnya dalam bidang kuasanya.
Jika disukat marah sebahagian Rakyat negara jiran, kalangan mereka telah menggunakan kemahiran hacking untuk menyatakan kemarahan itu.
Entahlah, jauh daripada kemampuan saya menyelami betapa mendalam marah mereka. Namun, apa cara pun jika ada bara dan api sekecil manapun, hendaklah diredakan kerana persaudaraan dan persahabatan sesama jiran tetangga.
Ini tugas dan tanggungjawab Mohd Najib Abdul Razak sekarang, kecuali pemimpin baru dari Pakatan Rakyat menduduki kerusi Perdana Menteri kelak.
Maka, saya berharap sangat agar tiada kedengaran suara darinya atau rakan pemimpin sewaktu dengannya, "Ini kecil punya hal. Tak usah pedulikan..."
Kelak saya katakan, pos ini telah saya tuliskan.
Bacaan lanjut:
The Malaysian Insider
http://themalaysianinsider.com.my/
Najib Turns Blind Eye To Anti-Malaysian Protests