Taklimat Kenal Dan Tangkap Si Brutal
Bos: Dengar sini semua, taklimat, operasi kenal dan tangkap si Brutal.
Pegawai: Senang saja nak kenal Bos, tak perlu taklimat...
Bos: Brutal dah lain macam sekarang, sukar nak kenal. Jangan tersalah tangkap pulak. Dengar taklimat dulu.
Pegawai: Si Brutal dari dulu sampai sekarang sampai bila-bila sama sahaja Bos.
Bos: Lain! Duduk diam-diam, dengar taklimat. Sekarang tengok sampel gambar ya.
Pertama: Jika arak kepala yang ini ke mana-mana bangunan. Ini bukan Brutal.
Kedua: Gambar ini, memaki pemimpin, contohnya Menteri Besar. Ini bukan Brutal.
Ketiga: Hampir sama gambarnya, tapi memaki Exco Kerajaan Negeri. Ini Bukan Brutal.
Pegawai: Tapi, itu dia jerit arah Exco, dengan perkataan tiada peri kemanusiaan, mencarut lagi, macam mana pulak bukan Brutal Bos?
Bos: Jika Exco ini, atau Menteri Besar ini dan begini, ini bukan Brutal ya. Ingat baik-baik.
Pegawai: Habis itu, definisi takrif si Brutal macam mana Bos?
Bos: Terima kasih di atas soalan itu. Senang sahaja, si Brutal boleh dikenali dengan mudah, dia bawak lilin yang bernyala. Lihat semua gambar ini, maka tangkap!
Pegawai: Tapi Bos...
Bos: Jangan banyak soal, pergi sekarang juga.
...
Betapa aman dan sejahteranya 1Malaysia. Hanya si Brutal yang sebenar-benarnya ditangkap, selainnya buatlah apapun, lepas...
...
Bacaan lanjut:
TVAntara
Enam belas orang ditahan, termasuk bekas tahanan ISA P Uthayakumar, sewaktu perarakan nyalaan lilin dekat Dataran Merdeka malam ini lapor Malaysiakini.
Lagi