Gelombang Rakyat

1Malaysiakah UMNO MCA MIC..?

























Konsep 1Malaysia jika hanya untuk membina imej Mohd Najib Abdul Razak sahaja, ianya satu konsep yang gagal sebelum bermula. Maka gagal terus bila dilaksanakan.

Tambahan lagi, 1Malaysia hanyalah cakap kosong, tiada inti sebenarnya yang memanfaatkan Rakyat Malaysia.

Apatah lagi Mohd Najib Abdul Razak lebih dahulu pemimpin UMNO daripada pemimpin Barisan Nasional.

Kita ketahui UMNO tidak menjadi wakil kepada satu Malaysia. Ini parti yang ada M selepas U dan sebelum NO.

Sebab itu No. Dengan M itu, UMNO, tidak dan bukan kepada perjuangan 1Malaysia. UMNO sebenarnya lebih kepada 1M, sebagaimana huruf M pada U.M.NO. itu.

Kita ketahui MCA tidak menjadi wakil kepada satu Malaysia. Ini parti yang ada C selepas M dan sebelum A.

So, you C. MCA tidak kepada perjuangan 1Malaysia. Lebih kepada C, pada M.C.A.

Kita ketahui MIC tidak menjadi wakil kepada satu Malaysia. Ini parti yang ada I selepas M dan sebelum C.

So, you C also, I. MIC tidak kepada perjuangan 1Malaysia. Lebih kepada I, pada M.I.C.

Rakyat dapatkah harapkan UMNO atau MCA atau MIC atau kesemuanya sekaligus, untuk memperjuangankan 1Malaysia. Sedangkan masing-masing mengutamakan M dan C dan I.

Gabungan yang hanya MCI sahaja.

Ketiga-tiga parti ini sudah lapok dan usang. Tidak relevan kepada Rakyat dan Negara Malaysia.

Sebab itu semakin ramai Rakyat, terutama golongan muda, tidak lagi dapat terima parti yang sesempit ini dalam perjuangan nasional mereka.

Maka, ramai yakin jika tidak dikuburkan pada 1946, kini sudah sampai masa dan ketikanya masing-masing mendekati kuburan sekelompok, selepas PRU 12.

Ada yang berkata tetapi UMNO dan MCA dan MIC berada dalam Barisan Nasional yang memperjuangkan 1Malaysia.

Tidak benar!

Perhatikan apa yang telah dan sedang berlaku di Shah Alam, perihal arak kepala lembu dan perpindahan kuil.

Perhatikan gambar Koh Tsu Khoon pernah dikoyak dipijak.

Perhatikan gelagat buruk mereka di setiap pilihanraya kecil.

Bila perjuangan itu untuk M atau C atau I sahaja, M akan didahulukan. Jika berani sebut begini:

Barisan Nasional terdiri daripada parti MIC, MCA, dan UMNO.

atau

Barisan Nasional terdiri daripada parti MCA, MIC, dan UMNO.

Tidak mungkin, walaupun 100 tahun akan datang. Hak memang tidak sama dan tidak akan disamakan. Serata dan saksama? 1,000 tahun belum tentu.

Semua ini sudah jelas.

Namun, pada saya model sebuah parti politik yang molek di Malaysia ialah Parti KeADILan Rakyat.

Perjuangannya ialah Untuk Perubahan Rakyat Negeri di dan Negara Malaysia. Rakyat itu semua.

Adil, dan saksama.

Sementara itu Democratic Action Party - DAP, dan Parti Islam Se-Malaysia, dua parti yang baik.

Bila bergabung dalam Pakatan Rakyat, itu yang menjadikan ketiga-tiganya bulatan yang mantap.

Ini kita kongsikan dengan seluruh Rakyat Malaysia, terutama Pengundi N 31 Bagan Pinang ya...
























Kota SiPuteh Usah Dikenang
Daun Padi Dikata Lalang
Jika Memang Rakyat Kan Menang
Jom Raya Pilihan Di Bagan Pinang


























16 September 2009 Hari Malaysia Untuk Seluruh Rakyat. Sama-sama kita meraikannya. UP Malaysia - Untuk Perubahan Malaysia. Penduduk dipersilakan meraikannya juga. Semua rakan di seluruh dunia boleh menyatakan ucapan...

0 comments: