Tidak Gempar!!! Tiada PRK Di N 05 Dan N40...
Wartawan 1: Ini ada berita tentang pilihanraya kecil di N 05 Sungai Dua dan N 40 Telok Bahang. Macam sungai dan sudah bahang. Respons Datuk.
Datuk: Tak ada, tak ada pilihanraya kecil di situ.
Wartawan 2: Tapi ini kerana masalah dalaman UMNO, 2 ADUN ini tidak puas hati.
Datuk: Semua parti politik ada masalah dalaman. Tak ada, tak ada pilihanraya kecil di situ.
Wartawan 3: Tapi mereka berdua akan letak jawatan selepas raya aidilfitri.
Datuk: Selepas raya apa pun, tidak ada pilihanraya kecil di situ. Tak ada, tak ada pilihanraya kecil di situ.
Wartawan 4: Kenapa tidak ada pilihanraya kecil di situ Datuk. Macam konfiden sahaja.
Datuk: Saya konfiden tak ada pilihanraya kecil di situ. Sebab sekarang, untuk sesuatu pilihanraya diadakan di sesuatu kawasan DUN, maka ADUN hanya perlu kemukakan MC.
Wartawan 2: MC???
Datuk: Ya, Medical Certificate. Atau Sijil Sakit.
Wartawan 3: Jika seseorang ADUN meninggal dunia, macamana?
Datuk: Semasa hidupnya mestilah dia mempunyai dan menyimpan 25,000 keping MC. Jika tidak tiada pilihanraya di situ.
Pegawai: Maaf ya Reporter, Journalist, semua, sidang akhbar di Dewan Melor, sudah bermula 10 minit yang lalu. Datuk ini, kami nak bawak balik ke Hospital Gila. Maaf ya...
...
Letih!
Baik berbuka nanti aku pekena ini
Sweet Sour Ayam Rincik Berperisa Nanas