Gelombang Rakyat

Demo Arak Kepala Lembu Dirancang atau Spontan..?
























Bukan spontan, semasa berkumpul di masjid negeri dan demonstrasi perarakan kepala lembu dilangsungkan.

Paling kurang 2 tanda ianya bukan spontan malah ianya dirancang.

Tanda 01. banner mengambil masa untuk disiapkan.

Tanda 02. lembu perlu disembelih terlebih dahulu, terkecuali bahagian kepala sahaja dibeli atau diambil di tempat penyembelihan.

Jika dirancang, siapakah perancangannya?

Apakah motifnya?

Disuarakan sebagaimana laporan media, seperti berikut:

01. Kemungkinan selari dengan pihak Misi Tawan Selangor.

02. Ada pengakuan ahli dari parti PR, adakah misi menjatuhkan Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim.

50 orang sahaja sanggup menyertai perarakan ini. Jumlah yang tidak mewakili penduduk di seksyen berkenaan.

Adakah mereka ini penduduk di seksyen 23 itu? Sudah dikenalpasti ada juga orang dari luar kawasan, termasuk dari parti dalam BN.

Kenapa pihak polis tidak bertindak sepertimana lazim ada demonstrasi, yang boleh menjejaskan keamanan Rakyat dan keselamatan negeri? Tiada risikan awal? Kemudian, kenapa tiada tangkapan? sehingga kini, diketahui hanya pernyataan pinta maaf. Benarkah polis perlu permit untuk bertindak ke atas perarakan seperti ini? Bagaimana tindakan polis selepas ada laporan jika di buat?

Setakat yang diketahui:

...beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan parti komponen Pakatan Rakyat sudah berbuat demikian.

Antaranya, Setiausaha Parti Sosial Malaysia (PSM), G. Arutcheluan, Bendahari Agong PSM, Sivarajan Arumugam; Ketua Penerangan PKR Cabang Kota Raja, Abdul Razak Ismail; Ketua AMK Cabang Kota Raja, Azmizam Zaman Huri; Ahli Majlis Shah Alam, Sow Kim Tar @ Sow Kim Ling, Sabastine Rao a/l Pragasam, Ahmad Sayuti Bashiron dan Ketua Pemuda PAS Shah Alam...

Lapor TVAntara


Kenapa ada "double-standard" seperti disebut S Manikavasagam Ahli Parlimen Malaysia, Kapar:
"...membelasah diri saya dengan pancutan air kimia dan gas pemedih mata sewaktu cubaan membuat laporan polis di Kuala Lumpur awal tahun ini".
Lagi di sini:

http://www.mpkapar.com/manikavasagam/posts/kenyataan-akhbar-insiden-mengarak-kepala-lembu/

Selanjutnya sila baca:

The Malaysian Insider:

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/36297-are-the-cow-head-protesters-real-

Isu Hangat Di Shah Alam Belum Reda Mungkin Meningkat
























Jika ada situasi begini, memang tidak bagus. Api begini boleh merebak jika tidak dipadami awal.

Nanti saya ulas lagi...

Sementara itu ada gambar dikongsi rakan, Ala Gendran, di Facebook. Apa disebalik gambar ini molek kita tahu bersama-sama. Supaya dapat diselesaikan dengan sebaiknya.




































Lagi berita dan gambar di the Malaysian Insider:


http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/36272-protesters-threaten-bloodshed-over-hindu-temple

P 36 Kuala Terengganu - Yakin Menang Pak Lah Tak Boleh Pakai Sebab Rakyat Tak Yakin Kepemimpinannya..!

Abdullah Ahmad Badawi entah apa Lah dibuatnya keluar negara itu. Sebaiknya di dalam negara menyelesaikan apa yang belum diselesaikannya.

Abdullah Ahmad Badawi masih kekal Perdana Menteri Malaysia kini, dan entah sampai bila.

Jika adapun kedengaran, pemimpin yang mahukan Abdullah Ahmad Badawi kekal sebagai Perdana Menteri sampai tamat mandat diberikan kepadanya di PRU 12 ialah Abdul Hadi Awang.

Cuba wartawan tanya Abdul Hadi Awang, kenapa dia mengumumkan begitu?

Saya nampak, selagi Abdullah Ahmad Badawi kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia, semakin busuk UMNO, semakin rapuh Barisan Nasional, semakin tidak prihatin dan tidak peduli kepada Rakyat Malaysia.

PAS terus relevan dan meningkat maju. Pakatan Rakyat semakin menyerlah sebagai gabungan terbaik untuk Rakyat dan Negara Malaysia.

Khabarnya, Abdullah Ahmad Badawi bukan main yakin calon dan Barisan Nasional akan menang dan mengekalkan kerusi Parlimen di P 36 Kuala Terengganu.

Tetapi, yakin Abdullah Ahmad Badawi itu tidak boleh pakai. Dia masih di alam mimpi.

Rakyat Malaysia sememangnya berterusan tidak yakin lagi dia sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Berkaitan:

The Malaysian Insider melaporkan...

Wan Hamidi is a veteran journalist who has a penchant for rock music.

Warisan politik Abdullah, beban buat Najib

JAN 18 – Dua hari sebelum pengundian, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi begitu yakin Barisan Nasional akan menang dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu. Keyakinan beliau dizahirkan setelah dua kali lawatan ke kawasan PRK itu.

Beban juga kepada Rakyat Malaysia, entah berapa puluh tahun baru kita pula dari kesan peninggalan kepemimpinan buruk dan teruk Abdullah Ahmad Badawi.