Gelombang Rakyat

15 sen Kemudian 10 sen Nilai Prihatin Pak Lah dan Kabinet Kerajaan BN Terhadap Rakyat Malaysia

Penulis:

Zubli Zainordin

Pos #11

Telah Terbit Di TranungKite OnLine:

15 sen Nilai Prihatin Pak Lah dan Kerajaan BN Terhadap Rakyat Malaysia
Dilulus terbit pada Sunday, August 24 @ 09:55:16 MYT oleh SongkokPutih
PendapatOleh zublizainordin

 Semua sudah maklum, harga petrol dan diesel telahpun diturunkan, menjelang Pak Lah akan turun atau diturunkan, dari kerusi kepemimpinan negara, yang mana lebih awal - 16 September 2008, 19 Disember 2008, atau pertengahan 2010.

Tarikh Mengundi
Adakah penurunan harga bahan ini, pada 23 Ogos 2008 bersempena dan berkaitan dengan kempen di pilihanraya kecil P 44 Permatang Pauh?

Dari sudut pandangan Pak Lah, ini tidak ada kena mengena dengan itu, sebab tempoh pilihanraya kecil P 44 Permatang Pauh ialah dari 16 Ogos 2008, hari undi pos 23 Ogos 2008, dan hinggalah hari mengundi seterusnya pada 26 Ogos 2008.

Betul Ke?

Suatu kebetulan!

Lagi? Ya, sememangnya betul, satu kebetulan demi satu kebetulan, mengiringi Anwar dalam sepanjang langkahnya bermula dengan dia mengumumkan untuk bertanding lalu menuju cita-citanya menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-6.

Betul itu! Jadi betullah semua ini bukan kebetulan belaka?

Rasuah Politik
Adakah pengumuman Pak Lah ini, suatu rasuah politik kepada para Pengundi P 44 Permatang Pauh?

Menurut Pak Lah, tidak betul begitu.

Betul juga, Pak Lah mana pernah dilaporkan mengamalkan rasuah. Ada ke pernah laporan dibuat kepada polis atau Badan Pencegah Rasuah?

Pak Lah, ramai yang tahu, dia tidak pernah bercakap bohong. Tambahan pula keputusan yang diambilnya selama ini adalah tetap, dan tidak pernah berubah-ubah. Apa, yang disebut bloggers, flip-flop? Ya, mana ada begitu…

Betul ke?

Lagipun semua orang sayangkan Pak Lah. Mana ada bloggers terbalikkan gambarnya?

Betul ke?

Nilai Prihatin
Baiklah, biar betul-betul. Adakah 15 sen ini nilai prihatin Pak Lah dan kerajaan Barisan Nasional kepada Rakyat Malaysia seluruhnya?

Barangkali Pak Lah tidak akan mengaku begitu. Pernah dia berkata, dihatinya kalau boleh nak diturunkan lebih banyak lagi dari 15 sen. Tetapi dia tidak boleh, disebabkan harga minyak di pasaran hadapan yang tidak menentu di peringkat global. Nak buat macam mana?

Betul ke ni?

Namun, ada yang merasakan bahawa, kerajaan ada beratus billion RM dalam perbendaharaan berbentuk “federal reserves”, adakah tindakan Pak Lah ini, ibarat orang kaya mencampakkan gula-gula yang berselerak di tanah supaya direbut oleh orang yang lapar berbulan lamanya.

Barangkali Pak Lah akan berkata, tidak betul begitu.

Betul ke?

Apa yang betul ialah, Pak Lah telah turunkan sedikit harga bahan ini, semasa masih Perdana Menteri Malaysia. Walaupun tarikh pengumuman ini lebih awal dan bukan pada 31 Ogos 2008 seperti yang diketahui sebelum ini.

Jadi, tidak betullah harga petrol dan diesel hanya akan diturunkan bila Abdullah Ahmad Badawi turun atau diturunkan?

Ya, tidak betul. Saya mengaku.

Saya tersilap congak permainan politik Pak Lah. Tetapi, saya juga mengaku bahawa penurunan ini tidak setimpal dengan kenaikan harga bahan ini sebelumnya.

Penyelesaian Penuh
Apakah 15 sen, penurunan bahan ini mampu menurunkan semua harga bahan, barang, dan perkhidmatan yang telah naik secara rentetan sejak 5 Jun 2008 yang lalu.

15 sen ini bukannya penyelesaian penuh, untuk menangani sepenuhnya isu harga minyak!

Tapi Pak Lah tidak peduli apa yang orang lain nak kata. Ikut suka hati dialah, berapa dan bila harga bahan ini mahu diturunkan atau dinaikkan. Sama seperti suka hati dialah bila dia akan turun dari kerusi Perdana Menteri Malaysia.

Jadi, tahukah Pak Lah, bahawa ada pemimpin politik yang bukan di dalam UMNO, dan bukan dari Barisan Nasional, malah dia dari Parti KeADILan Rakyat, dalam Pakatan Rakyat yang mampu turunkan harga bahan ini, lebih baik daripada 15 sen yang telah Pak Lah lakukan.

Anwar Ibrahim!

Betul ke?

Adakah Pak Lah mahu biarkan Anwar ini menumbangkan Pak Lah, untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-6..?

Ataukah Pak Lah sedang berusaha berbagai cara menyekat kemaraannya itu? Termasuklah kebetulan harga bahan ini diturunkan.

Tidak kesiankah Pak Lah kepada Najib, yang setia menunggu peralihan kuasa pada pertengahan 2010. Ataukah Pak Lah sengaja mempermainkan Najib..? Pak Lah biarkan Anwar menang dan seterusnya jadi Perdana Menteri Malaysia…

Tidak kesiankah Pak Lah, bahawa InsyaAllah, bila Pak Lah menggantikan Wan Azizah, kelak, maka para pemimpin Barisan Nasional bakal menjadi pembangkang. Apa yang mereka kosongkan akan diisi oleh para pemimpin Pakatan Rakyat. Berubah dan beralih tempat duduk dan kedudukan.

15 sen, hebatlah ya tindakan begitu?

Eisyh, Pak Lah! Pak Lah!! Pak Lah!!!

Setujukah kita, walaupun harga bahan ini telah diturunkan sedikit, 15 sen, namun, Rakyat Malaysia tetap mahukan Pak Lah turun atau diturunkan sejak 9 Mac 2008 lagi.

Turun! Turun-turun…”


Last 10 News Submissions sent by zublizainordin:

  • 15 sen Nilai Prihatin Pak Lah dan Kerajaan BN Terhadap Rakyat Malaysia
  • Harga Minyak Turun Hanya Bila Pak Lah turun Atau Diturunkan
  • Antara AKIM Anwar Arif Yang Malaysia Perlukan Ialah Tokoh Di Parlimen
  • Khairy Jamaluddin Kata Kami Telah Datang Untuk “Kuburkan” Anwar
  • Arif Shah Omar Shah Cerminan Strategi BN Yakni Apa Saja Pun Boleh
  • Najib Kecundang Di Hari Ke-5 Di P 44 Permatang Pauh diperangkap UMNO
  • Kenapa Pak Lah Tak Mahu Turunkan Harga Petrol Dan Diesel?
  • Anwar Ibrahim Antara Konspirasi, Kebetulan Dan Kesalahan
  • BN Di P 44 Permatang Pauh Silap Strategi Bakal Jadi Tragedi
  • Bila Pemimpin Mula Menabur Wang Di P 44 Permatang Pauh
  • 0 comments: