Mujur Kabinet Tak Naikkan Harga Petrol Dan Diesel RM 5.40 Dan RM 5.24 Seliter
Dengan senario sekarang, kenaikan dan penurunan harga minyak petrol dan diesel, dan harga sebenar minyak di pasaran global, dan harga yo-yo minyak di pasaran hadapan, saya menjangkakan Abdullah Ahmad Badawi dan menteri kabinetnya, akan menaikkan harga petrol sehingga RM 5.40 seliter, dan harga diesel sehingga RM 5.24 seliter.
Walaupun Abdullah Ahmad Badawi dan barisan menteri kabinet Barisan Nasional, boleh sesuka hati menaikkan harga petrol dan diesel sehingga RM 20 seliter pun, tiada Rakyat Malaysia yang dapat sanggah keputusan ini.
Namun, mereka ini, Abdullah Ahmad Badawi dan para menteri kabinet Barisan Nasional, sungguh prihatin dan baik-baik belaka.
10 sen...
Wow!
Banyaknya!!!
Diharapkan selepas ini, tak usahlah turunkan lagi harga petrol dan diesel. Sebaliknya naikkan lah setinggi mungkin.
Kami, Rakyat Malaysia, barangkali tidak terjejas pun dengan kenaikan harga bahan ini. Terutama ekonomi kita kukuh, negara kita maju, dan Rakyat sekarang semua cemerlang, gemilang, dan terbilang.
Jadi, tibalah masa dan ketikanya Pemimpin UMNO Bahagian mencalonkan Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden UMNO sehingga 1 Jun, 2100.
Semua menteri kabinet sekarang dikekalkan juga sehingga tarikh tersebut...
...dengan ucapan, terima kasih semua.
Ada rakan penulis artikel di TranungKite OnLine bertanya:
Minyak turun 10 sen.... patut ker????
Dilulus terbit pada Wednesday, September 24 @ 18:26:58 MYT oleh SongkokPutih
Oleh dad79
"KUALA LUMPUR 24 Sept. - Kerajaan mengumumkan harga runcit petrol RON97 dan 92 dikurangkan sebanyak 10 sen iaitu daripada RM2.55 kepada RM2.45 seliter dan RM2.50 kepada RM2.40 seliter, berkuat kuasa mulai esok. ... Berita Penuh
adakah patut turun seposen jer...."
Memanglah pada sebahagian Rakyat Malaysia, tidak patut.
Tetapi, jemaah menteri kabinet Barisan Nasional pasti akan kata, penurunan harga ini memang patut.
Pada saya, turunkan harga sebanyak itu tidaklah membebankan sangat, dibuatnya kabinet ini suruh menteri kabinetnya berdebat kali kedua, tak ker aniaya Rakyat Malaysia dibuatnya.
Mungkin, lebih baik harga diturunkan sebanyak itu daripada debat. Tobat!!!
Orang kuat TranungKite OnLine memaparkan tajuk berita ini:
Harga petrol, diesel turun cuma 10 sen
Dilulus terbit pada Wednesday, September 24 @ 17:39:24 MYT oleh greenboc
Harga petrol dan diesel mengalami penurunan hanya sebanyak 10 sen berkuat kuasa tengah malam ini.
Ia diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad di sini sebentar tadi.
Pagi tadi, mesyuarat Kabinet telah membincangkan perkara berkenaan.
Ya, memang cuma 10 sen. Betul dan benar.
Pun begitu, dibuatnya para menteri kabinet ini naikkan harga petrol dan diesel cuma RM 5.40 dan RM 5.24 seliter. Pada mereka, cuma juga.
Habeh camnor?
Wah! Ada formula ke?
FORMULA KERAJAAN TURUNKAN HARGA MINYAK!!! Memang ada formula yang logik. Namun, rasanya para menteri kabinet Barisan Nasional tidak ikut itu semua. Mereka akan mengikut formula yang Rakyat Malaysia tidak akan faham atau akan marah.
Dilulus terbit pada Wednesday, September 24 @ 19:02:40 MYT oleh greenboc
Oleh keADILanUtara
"
Inilah contoh formula yang kerajaan gunakan untuk naikan harga minyak dulu masa harga minyak dunia melambung ke USD 146 setong. Sekarang ni lebih kurang dalam USD 92.7 setong... Jadi kenapa taknak guna formula ni untuk turunkan harga minyak????
Mengikut formula kerajaan ketika menaikkan harga minyak ni, lebih kurang macam ni...
Atau, Rakyat Malaysia kecewa...
Minyak Turun 10 Sen Mengecewakan Rakyat
Dilulus terbit pada Wednesday, September 24 @ 20:28:15 MYT oleh greenboc
Oleh muhammadhanif
"
Hari ini kerajaan pimpinan BN telah mengumumkan penurunan harga petrol dan diesel 10 sen mulai esok, masing-masing kepada RM2.45 dan RM2.40 seliter, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau berkata dengan penurunan itu, harga runcit petrol RON92 pula akan menjadi RM2.30 seliter berbanding RM2.40 seliter sebelumnya.
Alahai, setakat Rakyat Malaysia kecewa biasalah itu. Apa yang penting penurunan ini tidak pun membuat para jemaah menteri Kabinet Malaysia merasa kecewa, marah, atau seumpamanya.
Jadi, pada mereka kira okay lah.